Friday, September 14, 2018

K'sama PAS/UMNO, Macam Bapak Perompak Jadi Pemimpin Suci PH?



KUALA LUMPUR – Kerjasama politik di antara UMNO dan Pas dilihat bertambah erat selepas beberapa pemimpin tertinggi kedua-dua parti tersebut mula mengadakan pertemuan dan perbincangan demi penyatuan orang Melayu serta agama Islam. 

Terbaharu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan telah berkongsi beberapa keping gambar yang dimuat naik ke Facebook miliknya melibatkan pertemuan kepemimpinan kedua-dua parti.

Perjumpaan yang diadakan di rumah Mohamad, semalam itu dihadiri beberapa kepemimpinan tertinggi Pas iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Mohamad berkata, pertemuan itu merupakan satu pendekatan terhadap penyatuan ummah Melayu dan Islam. 

“Satu pendekatan terhadap penyatuan ummah Melayu dan Islam. Perjumpaan ramah mesra minum petang di rumah saya dengan Abdul Hadi, Tuan Ibrahim, Takiyuddin dan Ahmad Shamsuri.

“Turut serta, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin,” katanya dalam status berkenaan, semalam. 

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi yang turut berkongsi gambar pertemuan tersebut berkata, perjumpaan itu membincangkan mengenai masa depan Islam dan ummah. 

“Pertemuan mesra dengan barisan pimpinan Pas di rumah Timbalan Presiden UMNO diketuai Abdul Hadi. Banyak perkara yang dibincangkan berkisar mengenai masa depan Islam dan Ummah di Malaysia. Moga Allah merahmati pertautan ukhwah yang mula mekar atas dasar kasih sayang kerana Allah,” katanya dalam perkongsian di Facebook miliknya. – UM

MR : Macai PH daripada 2008 buat fitnah PAS-UMNO, akhirnya apa yang difitnah kini telah menjadi kenyataan, siapa sangka itu semua kerja Allah s.w.t. Macam juga Mahathir bapa perompak kini jadi PIMPINAN SUCI PH.... 

MINDARAKYAT


7 comments:

Anonymous said...

Al-hamdulllah! Terdedah sudah Ted Manoff seorang PH yang dibayangi agenda Malaysian Malaysia. Perkataan ' leganya' membuktikan (September 14, 2018 at 7:26 AM).

Banyak perkara2 dalam agenda MM yang bertentangan dengan Islam. Jadi dia bukan berfikirah Islam. Ini yang kita bimbangi orang mengaku Islam tidak berfikrah Islam. Berbangga dapat menghina Islam dan pemimpin2 Islam. Mereka mengikut strategi komunis menghina pemimpin dan ulama Islam lebih dulu sebelum menghina Islam.

Isya Allah akan bersambung..

ted manoff said...

Hadi bapak kafir..😊


**MR : Macai PH daripada 2008 buat fitnah PAS-UMNO, akhirnya apa yang difitnah kini telah menjadi kenyataan, siapa sangka itu semua kerja Allah s.w.t. Macam juga Mahathir bapa perompak kini jadi PIMPINAN SUCI PH.... ,,**

Anonymous said...

siapa sangka pemimpin suci walaun dah jadi kawan utk sama2 menikmati ketidaksucian umno. hari tu hati gajah sama dilapah..sekrng hati nyamuk sama dicicah.

penyatuan pas umno dijenama penyatuan melayu islam. bila dh sama2 pembangkang eloklah bersatu. susah bersama.

langkah pertama nk menetap tarikh bersunat utk umno yg baru masuk jawi. mungkin cuti sekolah akhir tahun ni sesuai utk majlis berkhatan beramai2 utk umno.

abahturon said...

Saya sayang UMNO tetapi bukan dipimpin org yg ada skrg. Saya suka PAS, tetapi bukan pimpinan nya yg rasa mereka lebih Islam dari yg lain. Saya sokong PH kerana dipimpin Tun M, saya yakin Tun M mampu membawa Malaysia kembali makmur.

Anonymous said...

Berapa ramai pemimpin kanan PAS dibuang kerana menentang penggabungan PAS/UMNO?.. dan berapa banyak penafian oleh tok lebai usaha untuk bergabung dengan UMNO?.. akhirnya Allah tunjuk.. agama sebagai alat parti semata.. akhirnya assabiyyah Melayu yang diutamakan.. bacalah ucapan tentang assabiyyah oleh pemimpin utama kamu wahai pengikut PAS.. pasti kamu akan rasa tertipu oleh mainan politik putar belit mereka.. ini politik natang.. bukan politik matang..

Anonymous said...

admin kata ke tun tapi tak sedar kencing atas kepala sndiri... najib yg byk skandal dah jadi suci sgt ker bila begabung... lepas tu guna alasan sembang pasai islam dan melayu...

ikan said...

dulu amanat sekarang macai, jom naik mercedes

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails