Friday, September 14, 2018

K'jaan PH Dibayangi Agenda Malaysian M'sia


KUALA TERENGGANU, 3 Muharram 1440H, Khamis – Kerajaan Pakatan Harapan tidak mempunyai hala tuju jelas sehingga ramai pihak mengambil kesempatan menggugat Islam dan hak Melayu, kata Ketua Pemuda PAS.
Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, melihat kepada sikap kerajaan ketika ini, ia menuntut kita keluar daripada kepompong liga politik.
“Retorika perpaduan yang dicanang Pakatan Harapan, bukan sahaja bersifat sementara tetapi turut dibayangi agenda ‘Malaysian Malaysia’ yang dicita-citakan DAP sejak sekian lama,” katanya ketika menyampaikan ucaptama dalam Majlis Perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Ke-59 di sini hari ini.
Perasmian dilakukan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Mengulas lanjut Khalil berkata, dinamika politik hari ini benar-benar telah berubah.
“Kita berpolitik dengan dasar syariat demi kelangsungan umat Islam dan masyarakat Melayu sebagai majoriti dalam demografi populasi negara.
“Maka dengan pelbagai dinamika politik yang terbuka, berubah dan menjadi kian rencam di masa depan menuntut ‘kefaqihan’ seluruh ahli PAS termasuk Pemuda hingga berupaya menyulam gerakan secara aktif dan inovatif.
“Saya percaya, keupayaan sekurang-kurangnya dalam kedua cabang fiqh ini, bahkan jika boleh lebih dari itu, akan menjadikan PAS penggerak politik yang sentiasa terkehadapan,” katanya.  (IH)

3 comments:

ted manoff said...

PrOoTt..arghhh leganya..

Anonymous said...

haha tn ted proot anak beranak hadi kena.. anak bapak sama je tu.

Anonymous said...

Al-hamdulllah! Terdedah sudah Ted Manoff seorang PH yang dibayangi agenda Malaysian Malaysia. Perkataan ' leganya' membuktikan (September 14, 2018 at 7:26 AM).

Banyak perkara2 dalam agenda MM yang bertentangan dengan Islam. Jadi dia bukan berfikirah Islam. Ini yang kita bimbangi orang mengaku Islam tidak berfikrah Islam. Berbangga dapat menghina Islam dan pemimpin2 Islam. Mereka mengikut strategi komunis menghina pemimpin dan ulama Islam lebih dulu sebelum menghina Islam.

Isya Allah akan bersambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails