Saturday, September 15, 2018

Kaji Semula Sebahagian Janji Manifesto. -PM


PETALING JAYA, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Kerajaan Pakatan Harapan perlu mengkaji semula sebahagian janji manifestonya berikutan timbul kekangan tertentu untuk melaksanakannya, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, sekiranya sebahagian janji tersebut dilaksana ia akan mendatangkan kerugian besar kepada negara kerana negara kini berdepan pelbagai masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Sebab itu kita perlu kaji semula janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah (dalam Pilihan Raya Umum ke-14).
“Tapi sekarang kita menang, jadi sekarang sekatan-sekatan itu terkena kepada kita,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di sini hari ini.

Perdana menteri, bagaimanapun, tidak menyatakan janji-janji yang akan dikaji semula itu sama ada ia merujuk kepada 10 janji dalam 100 hari atau keseluruhan yang terkandung di dalam manifesto.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata Bersatu sedang menjalani proses penyusunan selaras dengan ketetapan dalam perlembagaannya bagi menghadapi mesyuarat agung yang akan diadakan September tahun depan.

Katanya, penyusunan itu termasuk penubuhan cawangan yang akan didaftar supaya setiap daripadanya dapat menghantar wakil ke mesyuarat bahagian.

“Seterusnya mesyuarat di peringkat bahagian dapat menghantar wakil ke mesyuarat agung,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa Bersatu akan memulakan penubuhan bahagiannya di Sarawak secepat mungkin.- Bernama


Mengapa jadi begini? 
G/Eng Perbodoh Rakyat, Kit Siang Perbodoh Madey? 
Kerana nak jadi PM walaupun terpaksa menjual perjuangan UMNO, sanggup bertuankan DAP, menolak sistem Islam? Hinanya manusia spesis ini..

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

6 comments:

Anonymous said...

Veteran PAS Mustafa Ali bersuara tiada apa yang perlu dibesar2kan mengenai Manifesto PH, beliau berpuashati dgn impak perubahan Kerajaan baru dan banyak kekangan yang ditinggalkan regim Klepto Najib utk dibaiki sebelum Manifesto PH dapat dilaksanakan dalam 5 tahun.

Beliau bercakap dalam konteks orang yang jatuh bangun dgn PAS bertukar2 pasangan politik utk kejar impian politik.

Jugak dalam konteks Hadi sendiri mintak penyokong sabar menegenai Manifesto PAS Terengganu dan mohon masa utk realisasi, ada yang boleh, ada yang tak boleh dicapai kerana kekangan dan banyak kena tunda. Atau Manifesto PAS Kelantan yang banyak maseh tak tertunai dari PRU11 lagi sehingga AiR Kelantan dah bertukar warna nenyerupai warna PAS. Atau Manifesto BN PRU13 yang maseh tak tertunai walau dah hilang kuasa diPRU14. Janji Najib dulu harga kereta turun, 3 juta peluang pekerjaan, GST tidak bebankan rakyat semua tinggal janji manis dari mulut siPencuri.

Yang lebih malang, konteks Mustafa Ali menegenai manifesto yalah U-turn 360 darjah Hadi dari janji2 Amanat Hadi bila gulai kawah tahun 1980 ketul2 daging babi dah boleh dimakan sekarang.

Malah muwazanah diMuktamar KT terkini yalah pilihan antara PAS masuk gukai kawah babi BN atau kafir2 BN masuk PIGS bawah PAS.

Jadi Ibnu dan Lobai2, relakslah Bro. Kalau Mustafa Ali kata no hal Manifesto PH, lu orang pun kena cari isu lainlah nak jatuhkan PH.

Satu cadangan selidiklah kemana perginya RM90 juta broker Nasha dapat dari duit curi Klepto tu, Shafee pun dah kena AMLA dan lari cukai. Timbalan IGP pun kata lebih 50 orang yang terima duit dan lebih beratus transaksi haram Najib dikesan dan disiasat. Pastu masuk mahkamah.

Anonymous said...

Yg penting kita ahli pas harus sokong pimpinan umno. Umno lebih baik dr ph. Pemimpin umno tak simpan duit kt rumah. Beli beg.

Kata hadi munapik. Si Anjing yg berebut tulang

Anonymous said...

Yg penting harga petrol tetap x turun

Anonymous said...

Kpd bukan pengundi ph tak kisah dgn janji harga petrol turun ke tak.

Yg penting kita ahli pas hudud kena laksana.

Biar pengundi ph yg meroyan.

Anonymous said...

Org PAS takde cakap macam tu YOP....yg cakap macam tu engkau....

Anonymous said...

Ana setuju. Sblm pru ahli pas mmg tak pernah percaya manifesto ph sbb itu kita tak undi mereka.

Biar rakyat yg mengundi ph yg tuntut janji.

Kita pas, umno dan parti lain tak terlibat.

Kita tumpukan kpd manifesto gagasan sejahtera. Kita patut kumpulkan parti ikatan bangsa dan hamim utk bersama sama mengembleng tenaga.

Jgn lupa kpd parti2 dlm gagasan sejhtera. Mereka smua parti pejuang islam


Ayuhhh. Takbirrr

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails