Monday, September 10, 2018

Identiti Kaum PPBM Tak Bagus Untuk PH, Negara.. Kata B/Ketua DAP Johor.


PETALING JAYA: Bekas ketua DAP Johor membidas pengisytiharaan PPBM sebagai parti berasaskan kaum, mengatakan fahaman sebegitu langkah ke belakang buat reformasi dan bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan. 

Dr Boo Cheng Hau berkata ideologi “Bumiputera dan ketuanan Melayu” sebab rakyat terbahagi atas garis perkauman.  Kenyataan tegas PPBM bahawa ia parti berasaskan kaum menunjukkan ia tidak “berpandangan jauh dan tidak ikhlas menempa reformasi demokrasi dalam politik Malaysia,” katanya.

Bekas Adun Skudai itu berkata parti komponen Pakatan Harapan iaitu PKR, DAP dan Amanah menang majoriti kerusi untuk gabungan itu. Gabungan ini menunjukkan rakyat, termasuk orang Melayu, menerima pendekatan yang rentas Malaysia dan bukan perkauman untuk reformasi institusi, katanya. 

“Kenyataan dari para pemimpin PPBM melanggar manifesto pilihan raya PH dan gagal mencadangkan penyelesaian yang lebih berkesan dan kukuh kepada dilema yang dihadapi negara kerana mereka tidak boleh terima ketuanan Melayu-Bumiputera tidak berkesan dan tidak memulihkan keadaan negara,” katanya dalam kenyataan. 

Malam tadi, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan identiti kaum partinya sebagai realistik kerana rakyat terbahagi atas garis perkauman. Beliau berkata walaupun ia dikritik, hakikatnya semua parti politik memilih calon berdasarkan majoriti kaum di kawasan yang ditandingi.

Tetapi Boo berhujah politik bukan perkauman mesti tidak boleh dikompromi. Beliau menyeru Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng supaya menggesa sekretariat PH memanggil mesyuarat majlis presiden tergempar untuk membincangkan isu menyahrasiskan politik Malaysia.  Majlis itu patut dapatkan penjelasan Dr Mahathir tentang mengapa PPBM bertegas dengan politik satu kaum. 

“Majlis presiden PH patut beri kata dua kepada PPBM untuk kemukakan satu jadual untuk menyahrasiskan agenda ketuanan satu kaum bagi mengelakkan PH menjadi Barisan Nasional 2.0.”

9 comments:

Anonymous said...

Barua punya PAS.

Bukan kah ini satu fakta bahawa Tun Mahathir bukan kuli DAP?

Walaupun BERSATU adalah politik perkauman yang mewakili orang Melayu, tetapi mereka bergerak dan membuat keputusan politik dalam lingkungan PH.

Jika Mahathir atau BERSATU perkauman, siapa kah yang melantik LGE dan AG yang kuat di bantah oleh pembangkang mengena isu perkauman.

Itu lah fakta walaupun BERSATU adalah parti untuk orang Melayu tetapi dalam hal membuat keputusan politik tetap terikat dengan prinsip PH.

Mokhtar senik said...

Ketua Penerangan PAS Perak Wan Tarmizi Abd Aziz tampil dengan cadangan langka sempena sambutan Hari Wanita 2018 yang jatuh pada hari ini.

Beliau mencadangkan para isteri membenarkan suami mereka menambah 'cawangan' sebagai tanda penghargaan terhadap golongan wanita.

"Hari Wanita akan lebih bermakna jika wanita itu menghadiahkan seorang lagi wanita kepada pasangannya sebagai tanda menghargai wanita lain," katanya di Facebook hari ini.

Anonymous said...

Sesungguhnya binatang/makhluk yang seburuk-buruknya pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apa pun.

mamat ni ingat semua melayu boddo

kalau tempat china bnayak letak calong melayu amano pkr pbbm pas
boleh menang ka??????

kalau tempat melayu ramai letak calon cina india
boleh menang ka ??????

memamng kita hidup ikut kaum
awat ngok snagat
kalau nak tipu melayu tipu ynag boddo boleh la

ynag cilakonya melayu islam nak beramal nagn hukumhukum islam di sanggah
oleh puak kpair lahanat ni ynag cilako
tumpang semangkok ada juga melayu ynag bersama puak kapir menentang
lagi bnayak lahanat puak melayu jenih ni

mulut cakap tak anti islam tapi suara dengar memang anti pung

Anonymous said...

Pas buatlah hukum isteri tak boleh sekat suami...

Anonymous said...

Pas pon parti asobiyah jugak..

Anonymous said...

Puak ph lebih takut pada maknusia dari allah. Puak ph berani pertikaikan hukum allah demi kelangsungan kuasa didunia. Puak ph melebih bela kafir dari seagama. Puak ph membisu bila bangsa melayu dan agama islam digangu sebab keseronokan nikmat dunia. Puak ph lebih rela bekorban untuk dunia dari memperjuangkan agama islam dan bangsa melayu. Puak ph lupa allah telah beri banyak petinjuk dunia akhir zaman. Puak ph berseronok atas kehayaan menghancurkan perpaduan bangsa melayu dan agama islam. Cuba puak ph buka hati kepada allah dan lihat apa yg berlaku sebenarnya. Melayu hilang kuasa kerana menjauhi agama islam sebab tu dari dulu kini dan sekarang masih memusuhi pas yg istikomah perjuangkan agama islam. Kini umno dah tiada kuasa dan ahli umno dah mula menerima kembali islam itulah kuasa allah. Bila berkuasa lupa akan kakuasaan allah sekarang umno mencari keredoan allah. Dulu puak ph bersama pas masa belum berkuasa tapi bila ada kuasa tolak pas buat bermacam2 fitna. Sekarang dah kuasai pusat kenapa negara makin tersepit kenapa perompak masih bebas kenapa pas masih lagi dimusuhi dulu kata pas bukan musuh. Itulah tipu daya kafir yg sentiasa mendustai janji mereka sendiri. Bagi umat islam yg dalam ph kembalilah kepada al quran dan hadis dan ikutilah sunah rasulallah moga kita tidak sesat menuju akhirat yg makin hampir.

Anonymous said...

Puak ph yg sesat ni adalah tanggungjawab kerajaan untuk menyedarkan mereka. Kita boleh tegur dan ingatkan mereka dan beserah pada allah. Tapi pemimpin yg islam akan dipertanggungjawabkan diakhirat sebab allah dah bagi kuasa dudunia kenapa islam masih ditekan sejak dari kerajaan dulu dari pm1 pm2 pm3 pm4 pm5 pm6 dan yg terkini pm7 allah akan adili mereka dahulu dan bangkitlah mereka mengikut sapa pemimpin yg mereka sokong.

Anonymous said...

Ini bukan bukti bersatu bukan kuli dap tapi derama minggu ini.

Anonymous said...

Ini cadangan yg baik.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails