Tuesday, September 11, 2018

Hijrah Masakini, Menangkan Suara Islam Di Parlimen, DUN..

Hasil carian imej untuk hijrah
FIRMAN Allah SWT dalam surah Al Anfal ayat 72,
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا ۚ وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Melihat akan apa yang kamu lakukan."
ustnajhansudupns
Penyertaan PAS dalam sistem demokrasi dan pilihan raya semenjak sebelum merdeka, berjuang bagi mendapatkan undi dan bilangan sokongan adalah perkara yang sangat penting untuk meletakkan PAS dan suara Islam di persada pemerintahan negara.

Kepentingan dalam usaha mendapatkan dan memperolehi undi sokongan bagi menjayakan misi dan visi Islam satu perjuangan yang sama seumpama dengan medan jihad dakwah untuk mengajak dan menyeru manusia kepada Islam.
Ini kerana Islam diturunkan oleh Allah ialah untuk menyeru seluruh umat manusia yang belum Islam dan juga yang meninggalkan Islam supaya kembali semula ke pangkal Islam jalan yang sebenar.
Kenangan peristiwa Hijratur Rasul SAW dan seluruh para sahabat Baginda Nabi SAW adalah satu aspek penting untuk dilihat dan diteliti oleh ummah pada masa kini.
Perlu difahami dan diteladani bahawa perintah penghijrahan Allah SWT dan Nabi SAW ke atas seluruh para sahabat di Mekah ke Madinah adalah untuk memastikan undi dan sokongan suara Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW agar mendapat tempat dalam sistem pemerintahan Madinah.
Baginda Nabi SAW diangkat sebagai pemimpin Madinah selepas peristiwa Bai'ah kesetiaan suku Aus dan Khazraj dalam Aqabah Pertama dan Kedua memerlukan sokongan dan sokongan suara yang lebih kukuh daripada sahabat-sahabat Nabi SAW dari Mekah yang lebih teruji kesetiaan dan pengalaman.
Sahabat-sahabat Nabi SAW di Mekah amat di Madinah di kala Nabi SAW sebagai pemerintah yang sudah tentu sokongan suara diperlukan untuk memperteguhkan pemerintahan Nabi SAW di samping sahabat Madinah yang masih baru dalam Islam dan kurang berpengalaman. Pada masa yang sama golongan yang Bukan Islam seperti Yahudi, Nasrani, Majusi dan Musyrikin masih lagi menjadi majoriti dan memonopoli dalam pelbagai sektor di Madinah.
Maka sudah tentu, dalam keadaan suara Islam yang hanya bergantung kepada sahabat-sahabat asal dari Madinah sahaja masih belum mencukupi untuk memberi keteguhan kepada kepimpinan Nabi SAW.
Allah SWT mewajibkan secara mandatori penghijrahan sahabat-sahabat Nabi SAW ke Madinah adalah satu petanda bahawa pemerintahan Islam di Madinah memerlukan suara dan sokongan individu dari kalangan sahabat-sahabat Nabi SAW dari mekah, apa lagi mereka adalah sahabat yang telah terbukti kemampuan dan kesetiaan ketika mereka bersusah payah bersama Nabi SAW di permulaan perjuangan Islam selama 13 tahun.
Allah SWT juga dalam ayat diatas bagaimana kita mampu memahami bahawa besarnya kemurkaan Allah kepada mereka yang ingkar dan enggan berhijrah sehingga memungkinkan tergugatnya kedudukan pemerintahan Islam di Madinah.
FirmannNya, dalam AL Anfal ayat 72 (maksudnya): "Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya."
Begitu juga dalam ayat 89 Surah an Nisa' yang bermaksud: "Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam)."
Kedua-dua ayat ini secara langsung menjelaskan bahawa dalam sistem pemerintahan, apalagi dalam konteks sistem pilihan raya dan demokrasi yang diamalkan di negara ini yang disertai oleh PAS, undi dan sokongan individu Muslim begitu kritikal untuk memastikan suara Islam mampu memonopoli dan menguasai suasana dan sekali gus meletakkan kedudukan Islam pada tempatnya.
Undi rakyat dalam pilihan raya dan suara bilangan ahli parlimen serta bilangan ahli dewan undangan negeri sebagai contoh perlu dipastikan berpihak kepada Islam agar segala usaha untuk memperjuangkan Islam mendapat tempat dan direalisasikan.
Bayangkanlah bagaimana agaknya Nabi SAW mampu untuk meletakkan polisi-polisi Islam dalam pemerintahan Madinah sekiranya suara Yahudi, Nasrani dan Musyrikin menjadi majoriti? Sudah tentu, tidak. Walaupun Nabi SAW sebagimana diyakini akan dibantu oleh Allah SWT, namun hakikatnya usaha manusia tetap menjadi sebab dan faktor untuk memperolehi pertolongan daripada Allah SWT. Kalau tiada usaha daripada kita untuk membantu dan memberi sokongan kepada agama Allah, bagaimana mungkin Allah sendiri akan membantu perjuangan kita.
Sebagai contoh kini kita boleh melihat, bagaimana usaha memartabatkan sistem Mahkamah Syariah menerusi RUU 355 begitu susah untuk diluluskan dan direalisasikan, adalah disebabkan suara Islam adalah suara yang kecil berbanding dengan suara yang menentangnya. Bilangan ahli parlimen Islam di Dewan Rakyat masih belum mencukupi untuk berupaya memenangi kehendak Islam dalam sistem demokrasi yang diamalkan.
Begitu juga, sekiranya suara Islam lemah atau bilangan undi Islam tidak kukuh, maka sudah tentu golongan majoriti yang menolak Islam menguasai suasana undian dan berupaya menentukan keputusan mengikut kehendak mereka. Contohnya undang-undang dan polisi yang tidak menguntungkan Islam dan bercanggah dengan Syariah akan diluluskan. Adalah menjadi tidak mustahil sekiranya suara majoriti undi dan ahli wakil rakyat di Dewan Rakyat dan Dewan Negeri adalah bukan Islam atau yang menentang Islam, polisi membenarkan dan menghalalkan LGBT mampu diluluskan dan dibenarkan di negara ini.
Mungkin ada ahli parlimen Muslim yang lain, tetapi ahli parlimen Muslim sahaja belum mencukupi untuk menyokong Islam dan sebagai contoh RUU335 atau menentang polisi anti Syariah, kerana disebabkan kejahilan atau faktor duniawi yang menghambat amalan Islam mereka sehingga teragak-teragak untuk bersuara mengundi menyokong atau menentang.
Sebab itulah apabila dilihat kerahan mandatori sahabat-sahabat Nabi SAW dari Mekah untuk berhijrah ke Madinah adalah kerana sahabat-sahabat Mekah adalah golongan yang lebih berkeyakinan dan memiliki kemantapan Iman dan Islam mereka yang boleh diharap untuk mempertahankan dan memperteguhkan kepimpinan Nabi SAW di samping sahabat-sahabat di Madinah.
Kesimpulannya, adalah satu bentuk anjakan paradigma perlu diusahakan dan dilonjakkan kepada umat Islam di negara ini, bahawa kepentingan meraih undi, sokongan rakyat, memiliki bilangan majoriti Ahli Parlimen Muslim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Muslim agar kedudukan dan usaha memartabatkan Islam dapat dilaksanakan.
Kisah Hijratul Rasul SAW perlu diolah dan dicerakinkan dalam segenap ceramah, majlis ilmu dan kuliah termasuk ulasan para ulamak dan ilmuwan untuk memahamkan umat Islam dan rakyat di negara ini akan kepentingan undi dan pilihan raya bagi memenangkan calon pilihan Islam dalam sistem demokrasi negara ini.
PAS akan terus istiqamah dan tetap berjuang dalam ruang demokrasi berparlimen di negara ini menerusi penyertaan pilihan raya sebagai satu ijtihad PAS yang difahami dan diyakini bahawa ia juga tidak memiliki perbezaan dengan apa yang disirahkan oleh Nabi SAW dalam perjalanan hidup Baginda SAW sehingga Baginda berjaya meletakkan dan memartabatkan Islam lalu diteruskan oleh pengikutnya sepanjang zaman. PAS juga berkeyakinan usaha ini menepati syarak dan dikira sebagai dakwah sebagaimana Islam itu menguasai 2/3 dunia melalui dakwah dan akhirnya Islam menguasai pemerintahan ke atas seluruh umat manusia.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1440
Sejahtera Bersama Islam
Hijrah Itu Pengorbanan - HARAKAHDAILY 11/9/2018

Penulis adalah Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat merangkap Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor

9 comments:

Anonymous said...

Anjing-anjing kurap dan pemimpin-pemimpin pakatun pimpinan sifu kulup roket sedang panik dan meroyan histeria melihat majoriti pakatun sedang merundum dan sokongan dan undian untuk parti Islam sedang meningkat membuktikan rakyat telah sedar selama ini mereka telah dikencing hancing oleh rejim pakatun.

ted manoff said...

Tahun baru nii marilah kita berhijrah tuan ibnu..hentikn sikap adudomba fitna dn irihati tuan ibnu..😊😊


Insaflah tuan ibnu..jgn terus terjerumus dgn parti jumud taliban pas..😟😞😖🙁☹😟🙃🤕😝😝😜

Anonymous said...

Ya, hijrahlah ted manoff kepada Islam. Agama yang suci bersih fitrah. Islam itu agama fitrah. Kalau kamu belum Islam, kami doakan supaya mendapat taufik dan hidayah dari Allah SWT.

Anonymous said...

Anonymous said...
Anjing-anjing kurap dan pemimpin-pemimpin pakatun pimpinan sifu kulup roket sedang panik dan meroyan histeria melihat majoriti pakatun sedang merundum dan sokongan dan undian untuk parti Islam sedang meningkat membuktikan rakyat telah sedar selama ini mereka telah dikencing hancing oleh rejim pakatun.


September 11, 2018 at 1:10 PM

KOMEN PENYOKONG PAS KE NI....?
MEMANG SAH BUKAN ISLAM NI.....

Anonymous said...

tokoh maal hijrah pas...hj hadi...hijrah dr perjuangan rakyat kpd fahaman khawarij syiah takfiri..

Anonymous said...

tu komen khawarij.. tktau sapa...blh jd tn ibnu sendiri.

Anonymous said...

Dakwah dalam Islam ada banyak cara dan pendekatan TAPI tak ada satupun ayat al-quran atau hadis yang menyatakan memaki hamun, mengata atau mencerca adalah salah satu pendekatan dakwah MALAH UNSUR-UNSUR MEMAKI HAMUN ini adalah ciri-ciri YAHUDI LAKNATULLAH.

Kalau ada orang yang memaki atsas nama Islam dalam ruangan ini, SAHLAH dia pengikut Dajjal yang menyamar umat Islam.

Salam hijrah.

Anonymous said...

Ahli dan pemimpin PAS patut hijrahkan "akhlak" .

Anonymous said...

PAS dh lama hijrah. Dari guna otak kpd guna siku dan lutut.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails