Monday, September 10, 2018

Duduk Dengan PAS, Mesti Jadi Baik.




Apabila suatu ketika dahulu Tun Mahathir menumpang di pentas PAS kerana berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman sekitar tahun 60-an, beliau dikatakan banyak berucap menghentam Umno, dasar-dasar yang tidak dipersetujui beliau yang dilaksanakan oleh Tunku. 
Tun tidak pula dilaporkan bercakap berkenaan hal penghinaan kepada Rasulullah yang tiada pisau ‘Gillette’ atau apa-apa semisalnya yang melanggar syarak atas makluman bahawa PAS memperjuangkan hukum hak Rasulullah. Maka menjadi baiklah percakapan beliau, selaras dengan kehendak Allah yang mana PAS perjuangkan. Hanya bicaranya tertumpu khusus serangan terhadap dasar Tunku yang dikatakan tidak betul itu.
Sewaktu PAS bergabung di bawah bendera Perikatan di pertengahan tahun 70-an, PAS banyak membantu kerajaan dalam melaksanakan prinsip Islam dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia. Laporan menyebut bahawa banyak acara-acara kerajaan yang melibatkan hidangan arak, berjaya dihapuskan, walaupun tidak semua. PAS juga berjaya menerbitkan buku-buku agama bagi pihak kerajaan yang masih digunakan sehingga kini. Antara buku-buku terbabit yang menjelaskanBatas-batas Iman dan Kufur yang berkenaan aqidah umat Islam. 
Tidaklah BN beromongan atau memaksa mengenai perkara dosa dan noda bersama dengan PAS ketika itu kerana tahu kehendak PAS. Bahkan, PAS pernah memecat seorang ahlinya kerana menari dengan wanita dalam satu majlis keramaian.
Semangat 46 mengajak PAS sebumbung dengan mereka bersama beberapa lagi parti lain pada akhir tahun 80-an di bawah Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebagai satu pasukan menentang BN yang dilihat semakin rakus di bawah kepimpinan Tun Mahathir ketika itu. Dakwa Ku Li sebagai Presiden S46, kemenangan beliau pada pemilihan Agung Umno 87 dirampas Tun Mahathir. Habis digegerkan kejahatan dan keburukan Tun. Tetapi dalam masa yang sama, tiada pula disyarahkan akan keperluan mengekalkan hukum yang diasakan Lord Reid. 
Ber-Hudud, ber-Takzir dan ber-Qisaslah mereka bagi menari mengikut rentak politik Islam yang dipalu oleh PAS. Memuja-mujilah akan kehebatan Islam yang pada janji mereka akan diberikan keutamaan apabila memerintah nanti. Dan sememangnya patut Islam itu dipuji. Hasilnya, Kelantan semenjak tahun 90, kekal di bawah pemerintahan ulamak. Tidak kurang ahli S46 menukar parti kepada PAS selepas berpecah.
Apabila peristiwa ‘mata lebam’ Pak Syeikh tahun 98 terjadi, PAS sekali lagi diperlukan bagi Pak Syeikh menyuarakan mengenai betapa beliau tidak bersalah atas segala tuduhan-tuduhan oleh mentor beliau Tun Mahathir. Habis pelosok ceruk kampung di Malaysia, disinggah beliau, menggunakan pentas PAS yang mana ketika itu, beliau tidak berparti. Sewaktu pidato berapi-api yang beliau ungkapkan, beliau langsung tidak menyebut perihal cadangan untuk mengadakan rancangan dosa yang tiada berfaedah kepada agama dan rakyat. 
Imej yang berkaitan
Mengetahui jelas PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan idea dosa, maka beliau membuang jauh-jauh apa-apa sekali berkaitan dosa, kerana menyedari akan kesannya jika PAS menjauhkan diri. Menari rentak lagu Tamil pun tidak. Tapi difahamkan ketika itu pinggangnya masih sakit.
DAP juga tidak ketinggalan mempamerkan sisi baik mereka apabila duduk dalam pasukan yang PAS turut berada di dalamnya, Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka mula menghafal ayat-ayat al-Quran bagi memberikan kefahaman kepada rakyat mengenai betapa kesungguhan mereka mahu menjadikan Malaysia lebih baik, makmur dan sejahtera.  
Oleh kerana PAS meyakini bahawa hanya Islam yang akan memandu manusia ke arah itu, DAP tanpa segan silu melafazkan segala bentuk perkara yang diingini PAS yang sebenar pada hakikatnya diinginkan oleh Islam. Tiada mereka mengumpul perkataan keji membina bait-bait ayat bagi menyebut mengenai hal lagha yang sangat dibenci oleh PAS.
Hatta Dyana Sofea ketika kempen PRK Teluk Intan, berselendang dia semasa duduk bersama Presiden PAS. Walaupun tak lengkap tutupan auratnya, tapi masih berusaha untuk bersopan, menghormati PAS. Juga apabila ada artis yang mesra PAS, mereka tidak berdansa berpegang tangan lelaki perempuan bila membuat persembahan. Malah penyanyi wanita juga tidak dibenarkan menyanyi di hadapan lelaki ajnabi. Patuh mereka dengan kehendak PAS yang juga syarat Islam itu.
Imej yang berkaitan
Terbaharu ialah musuh ketat PAS semenjak sekian lama, Umno, turut menjadikan pentas PAS sebagai apa yang dikatakan titik penyatuan Melayu Islam. Di atas pentas PAS, tiada kedengaran suara Umno menyeru kepada penghinaan terhadap hukuman sebat Syarie yang dilaksanakan oleh Kerajaan negeri Terengganu di hadapan orang ramai baru-baru ini. Tiada lagi mereka mempertahankan segala bentuk perkara yang tidak betul yang mereka lakukan ketika berkuasa dahulu. 
Yang ada adalah bagaimana mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah kerajaan yang lebih adil di masa hadapan. Semuanya berkaitan dengan kebaikan. Kebencian kepada ulamak, tidak disuarakan oleh mereka, selain mereka turut berkopiah dan berjubah. Tiada diundang Puteri Umno yang berseluar yengki atau berkebaya ketat dengan rambut jambul di depan.
Maka inilah kehebatan Islam yang dibawa oleh PAS. Tajuk di atas mungkin dirasa agak nakal bagi sesetengah orang, mungkin juga memualkan. Siapa lagi kalau bukan kepada pembenci PAS. Tetapi antara kebencian yang menebal itu, dengan kenyataan sebenar jauh di lubuk hati mereka, mereka terpaksa mengakui akan kebenaran kenyataan itu. 
Mereka telah melihat sendiri bagaimana sebahagian tokoh-tokoh yang dinyatakan di atas ketika duduk bersama-sama dengan PAS, akan bertertib tingkah laku mereka. Seperti ada pengawal lagak gayanya. Cakap hanya kebaikan, akhlak juga tidak meliar. Saya tanpa ragu mempertahankan kenyataan ini. 
Apa signifikasinya tulisan ini? Padahal tokoh-tokoh itu sebahagian besar akhirnya berpisah dan menentang pula PAS, malah ada yang lebih dahsyat tentangannya selepas itu. Tidaklah juga berubah perangai mereka. Ya, itu pandangan yang betul, mereka hanya cuba menggunakan PAS. Lari daripada berkawan dengan PAS, mereka kemudiannya menunjukkan perangai lama mereka. 
Tun Mahathir kembali bercakap karut mengenai Islam, Pak Syeikh kembali mempersoalkan sebatan Syarie, DAP membenci perkara-perkara baik yang dicadangkan PAS, seperti mahu mengharamkan pesta arak, memberikan kebebasan pekerja seperti pramugari menutup aurat dan banyak lagi. Lihat juga sekumpulan ahli yang keluar daripada PAS sekarang? Ikut bos mereka, janji manifesto bukan satu perkara yang wajib ditunaikan, jangan berlumba-lumba menonjolkan Islam. Pernahkah perkataan itu dikeluarkan ketika mereka bersama PAS dahulu? Carilah sejarah, pasti tidak berjumpa. Dan jika ada, mereka pasti akan ditegur atau dihukum.
Tetapi dari satu sisi positif ialah, sekurang-kurangnya mereka berhenti bercakap mengenai kejahatan atas apa yang Islam larang ketika bersama-sama dengan PAS. Apabila tokoh-tokoh itu turut mahu bercakap mengenai Islam di pentas PAS, mereka mesti belajar dahulu supaya tidak tersalah. Mereka juga pastinya malu melakukan kejahatan kerana ramai yang akan terpalit. Dan rakyat yang baik pasti akan membenci mereka jika masih ‘nakal’ ketika bersama PAS. Sebagaimana apabila berada di dalam masjid, kita menjaga segala akhlak buruk kita agar tidak dipamerkan. Begitulah sikap mereka bila berada ‘dalam’ PAS.
Bukankah Hadis Rasulullah ada mencadangkan untuk bercakap perkara yang baik sahaja atau diam? Inilah hasilnya ketika mereka bersama PAS. PAS memandu mereka ke jalan itu. Biarlah mereka mahu dekat dengan apa niat sekalipun, kerana mereka pasti akan meninggalkan perkara buruk bila bersama PAS. Tiada cocok perlakuan sumbang dengan identiti PAS. Itu semua orang tahu. 
Jika ada ahlinya terbuat perkara dosa, maka akan segera dikritik orang seperti biasa dikata orang “ahli PAS apa, macam itu? Buat dosa tak ingat dunia”. Tidak masuk akal jika ada orang cuba menukar posisi PAS dalam ayat contoh itu kepada Umno, DAP, Bersatu mahupun PAN. Jadi ia jelas membuktikan PAS bukan tempat berbuat dosa, walau terkadang ada ahlinya terkhilaf. 
Paling menyerlah, PAS tidak pula terpaksa mengikut prinsip mereka bila bersama. Tidak pernah PAS bersetuju atas pentas mereka untuk bersepakat dalam hal keburukan dan kejahatan dari pandangan Islam. Tidak pernah. PAS ajak yang baik-baik sahaja. Jika ada yang mengajak PAS berbuat onar, PAS akan menjauh. Jadi biarlah Umno, Tun, DAP jika mahu berbaik dengan PAS sekarang atau lain kali, sebab mereka akan jadi baik insyaAllah. Jadi bila duduk dengan PAS, mesti dengan sendiri seseorang itu akan jadi baik.
MOHD NASIR ABDULLAH
Al-Khor, Qatar
9 September 2018/22 Zulhijjah 1439 - HARAKAHDAILY 9/9/2018
IMG 20180909 WA0017

13 comments:

ted manoff said...

Insaflah tuan ibnu..pas dh makin jauh dengan nilai2 islm..semakin byk ahli dh meniggalkn perjuang pas..semoga tuan ibnu sedar dn meninggalkn perjuangan sia2 bersama pas..insaflah tua dah..😥😕😒😟😞😖🙁☹😜😝




PrOoTt💨💨💦dmuka tuan ibrahim tuan man..arghhh leganya..💩💩

Anonymous said...

Lu saja perasan. Nak hujah tak mampu, duduk syok sendiri. Perjuangan Islam kekal hingga hari kiamat. Lu kafir musuh Allah, mana tahu?

Anonymous said...

Penyanyi Aishah sekarang dah masuk parti Amanah, hai nak tulis rencana tapi out of date!

Anonymous said...

Adus....makin ramai isi borang amanah di Pengkalan Cepa dan Pasir Mas.....kasihan PAS, PAS berkubur di Kelantan...

Anonymous said...

Ibnu...jangan lupa makan ubat

Anonymous said...

Budak kecik pun paham. Objek kalau bersih imej pun bersih. Macam tu jugak dap yang kufur. Imej nye sama kufur. Tak mungkin objek kufur imej tidak kufur. Lihat ted pun dah boleh jadi bukti. Banyak sekongkol dengan dap, tulisan pun najis macam dap.

Anonymous said...

Ted bertaubatlah sementara sisa umur masih ada. Bersamalah perjuangkan islam. Jangan membutakan hati pada kemungkaran gerakan musuh islam mengunakan kamu dan khadam dap. Jangan kata kamu tak tahu hukum.

Anonymous said...

Sekarang dah jadi trend dari pemimpin hingga khadam dok seronok kata ramai ahli pas masuk amanah kenapa tak kata semua ahli pas masuk amanah lagi seronok.

Anonymous said...

Puak liberal cap kuali, bunga dan mata iluminati adalah kepala bapak munafik dan puak kafir harbi roket adalah kepala bapak islamophobia yang berpura-pura 'suci' untuk menyebarkan pelbagai fitnah terhadap PAS.

Mereka gagal menghancurkan parti Islam PAS maka mereka juga menghapuskan perjuangan Islam kerana PAS masih wujud, kukuh dan kuat dan sokongan terhadap PAS semakin meningkat selepas rakyat menyedari mereka telah ditipu oleh pakatan liberal-kafir harbi.

Anonymous said...

Pembetulan komen 9:48 pm:

Mereka (pakatan liberal-kafir harbi) gagal menghancurkan parti Islam PAS yang bererti mereka juga gagal menghapuskan perjuangan Islam kerana PAS masih wujud, kukuh dan kuat dan sokongan terhadap PAS semakin meningkat selepas rakyat menyedari mereka telah ditipu oleh pakatan liberal-kafir harbi.

Anonymous said...

Sikap munafik barua-barua ternakan lebai kulup roket terdedah apabila barua-barua menjilat lebai kulup kafir harbi roket dan menghina dan menfitnah ajaran Islam, ulama Islam, jemaah Islam seperti parti Islam PAS dan umat Islam yang cintakan Islam.

andah said...

Kamu yg tak faham rencana. Baca semula dari awal. Fahami contoh yg penulis kemukakan. Ramai bekas pemimpin jd baik, jaga adab semasa menumpang pentas PAS. Mcm contoh penulis beri, Anwar x pernah menari mcm hindu semasa buat roadshow bila dipecat diatas pentas PAS. Begitu juga dengan penyanyi Aishah yg suaudara kata dah mssuk Amanah. Semua ahli PAS tau. Cuma semasa berada dlm PAS ada beliau menyanyi ke atas pentas PAS mcm pak sheikh buat atas pentas PKR.Kalau nak komen tu hadham betul2 dulu atikel yg di tulis. Kalau masih tak faham, memang patutlah jd pengikut PH.

bunbinban said...

masuk PAS jadi baik?....kahkahkah....baik apanya kalau dok fitnah sana sini. Darul LGBT la, pil kuda la, abis spender putih nak letak mana?...kahkahkah...Jap MCA ibarat seketul daging babi tapi skang MCA sektul daging babi yg telah di halalkan oleh hadi awang...kahkahkah....Riuh sekampung RUU355 tapi last sekali, Pandikar Amin mulia say no...terkucil pejuang islam lebai2 x brani nak bantah. Yg salah tetap PH...kahkahkah..Jadi baik apanya kalau amanah rakyat sering di kesampingkan. Asyik ponteng parlimen je. Ada lebai sorang tu dlm parlimen senyap sunyi jadi pasu bunga, tapi dlm FB...dialah heronya...kahkahkah..kawin ramai pandai, nafkah suh kerajaan tanggung..kahkahkah...kang aku kata sesat kang, tuduh aku kata lebai nak neraka...kahkahkah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails