Saturday, September 15, 2018

Bakal Lahir Gabungan Baru Tanpa BN. -Presiden PAS



Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini membayangkan akan lahir satu barisan baru pembangkang bagi menghadapi kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). 
Bercakap kepada media di Kuala Terengganu hari ini Abdul Hadi juga menjelaskan setiap suatu gabungan parti politik mempunyai hayat tertentu. 

"Kalau Perikatan (gabungan sebelum BN) dulu ada hayat dia, (maka) BN juga ada hayat dia," katanya. 

Jelas presiden PAS itu orang ramai wajar menantikan perkembangan baru selepas ini.  Kata Abdul Hadi PAS sentiasa bekerjasama dengan sesiapa saja yang dianggap boleh memberi kebaikan kepada negara dan rakyat. 

"Dan akan berlaku satu perubahan yang lain... akan berlaku. Kita tunggu dan lihat," katanya pada sidang media selepas merasmikan konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu di Gong Badak, Kuala Terengganu hari ini. 

PAS sedang mengadakan muktamar tahunannya sehingga Ahad ini.  Ketika negara semakin menghampiri PRU ke-14 PAS dilihat bersikap semakin lunak kepada Umno walaupun di atas kertas kedua-dua parti berseteru dengan satu sebagai kerajaan dan satu lagi pembangkang. 

Andaian tak nak layan 

Bagaimanapun selepas 9 Mei, Umno - dan BN - gagal mendapat mandat untuk kekal menjadi kerajaan dan terpaksa menjadi pembangkang.  PAS pula kekal pembangkang kecuali di Kelantan dan Terengganu.  Perkembangan itu menyaksikan kedua-dua parti semakin akrab dan secara terbuka menjalin kerjasama walaupun belum ada ikatan rasmi. 

Untuk rekod di atas kertas BN kini hanya dianggotai Umno, MCA dan MIC selepas parti lain mengambil keputusan meninggalkan gabungan itu selepas HARAPAN menawan Putrajaya.  Kata Abdul Hadi perubahan yang dibayangkannya itu juga akan diikuti dengan perubahan gabungan parti-parti yang ada di negara ini, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang. Bagaimanapun beliau enggan mengatakan BN akan terkubur. 

"Kalau komunis yang diharamkan (pun) tak terkubur... BN bukan diharamkan," katanya lagi. 

Abdul Hadi juga - seperti biasa - enggan menjawab apabila ditanyakan sama ada perubahan itu akan melibatkan gabungan PAS dan Umno secara rasmi.  "Saya tak boleh jawab (soalan) andaian," katanya. (MINDARAKYAT)

10 comments:

Anonymous said...

Pabila lebai membuka bicara
MUNAFIQ NIFAQ mula bergema
Laksana macai tak tahu baca
Tahniq infaq manakan sama!

Laksana macai tidak tahu baca
Tibai dan infaq manakan sama!
PH perintah rakyat terasa ceria
Lebai pekak!PRK PH menang semua

4 bulan banding 60 tahun
Macam baby melawan atok
Tuan Presiden parti wala`un
Tak sedar diri dah tua kutok

Perbandingan bodoh lagi hamPAS
Masalah tinggalan umno yg dikuPAS
Hendak sanding umno itulah PAS
Selamat mampos wahai PAS HAMPAS

Anonymous said...

akhirnya hadi nk tiru strategi tun. dulu kt pas kuat bersendirian. kini fatwa bertukar u turn lg.

maka bakal ditubuh gabungan Barisan Uturn utk mnghadapi ph.

tahniah hadi sebb belajar dpd tun yg pintar itu.

Anonymous said...

Tuan Presiden!

Jangan lupa serapkan nilai nilai ghulat, rafidhoh, imamah dan zaidiah dalam gabungan baru tu nanti..........okey!..........kalu tak cukup........ tambah wahbi sekali di dalamnya!

Anonymous said...



“PH ada kelemahan. Ya kami mengaku salah ( plead guilty ). Kami sedang berusaha keras untuk betulkan yang salah, luruskan yang bengkok, wangikan yang busuk, bersihkan yang kotor, perbaiki yang rosak dan pelbagai lagi lah.

“Yalah bukan mudah. Kami sedang mewarisi” “barangan buruk dan busuk” yang berusia 60 tahun.

Orang yang biasa sokong “benda buruk dan busuk” tak mengapalah. Dah biasa. Kami tak biasa,” kata beliau dalam Facebooknya.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyifatkan Kerajaan PH yang baru mentadbir negara empat bulan didakwa lebih teruk daripada Umno-BN yang memerintah selama enam dekad ini.

..........YB HANIPA MAIDIN

Anonymous said...

Demokrasii. Pas hanya sebuah parti sama mcm parti mca mic umno dll. Boleh je join kelab mana suka.

Anonymous said...

Luka kecil je tu..sakit sikit je

Anonymous said...

hadi....355 mana. jgn sibuk pasal ph blh tak. klu ruu pun tk mampu buat memang tklayak langsung la nk tadbir negara. sungguh tkde wibawa nk mntadbir negara

Anonymous said...

355 kena tendang dengan umno. Sekarang kena tendang dengan ph. Dap suka sangat sebab itu. Padri guan eng dah babtist mahathir dan pan.

Anonymous said...

Ceria ke bila dap minta belah timor utk melayu belah barat utk cina.

Anonymous said...

"Kata Abdul Hadi perubahan yang dibayangkannya itu juga akan diikuti dengan perubahan gabungan parti-parti yang ada di negara ini, sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang."

Kalau ini terjadi maka yg akan terkantoi adalah pee.haramjadah sbb statement tu sebut ada parti dari pee.eh dah nak 'tobat' dari terus kencing rakyat.
Jika ianya benar2 terjadi pasti 51% dari pengundi2 pru14 yg tidak mengundi pee.eh akan bergembira lebih awal dari jangkaan yg pee.eh bakal kalah teruk pada pru15.
Walaubagaimanapun pee.eh masih boleh menang pru15 sekiranya dapat meyakinkan pengundi2 dengan janji2 baru yg lebih power lagi seperti memberi ijazah tampa hadir kuliah pada pelajar2 yg berkumpul dan berguling2 depan sogo atau dimana2 sahaja dgn memakai tee.shirt berlambang pee.eh.
Lebuhraya pula pee.eh mesti janjikan untuk kesetiap kampung2 dan yg penting ianya bukan sahaja tampa tol malah akan diberi kad cabutan bertuah kerana menggunakan tol. Piji mesti boleh buat janji2 macam tu sebab dia "..diturunkan tohan untuk menangkan pee.eh.." mcm kata Sanimonkee.
☺☺☺☺☺

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails