Sunday, August 19, 2018

Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?



BAITULMAQDIS, 6 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Rejim pengganas Israel menutup Masjid Al-Aqsa di sini selepas menembak mati seorang warga Palestin berusia 30 tahun, yang didakwa cuba menikam sekumpulan anggota polis rejim itu, semalam.
Berikutan itu, rejim pengganas Israel menghalau jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa, sebelum menutup pintunya dan menghalang umat Islam memasuki pekarangan masjid.
Sebagai tanda protes, ratusan rakyat Palestin melakukan solat Isyak di luar pintu pagar hingga menyebabkan tentera rejim Israel menggunakan bom pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Bagaimanapun, tentera rejim kemudiannya membenarkan beberapa pegawai Palestin untuk solat di dalam masjid suci ketika umat Islam itu.

Pada masa sama, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa rejim Zionis membuka semula Masjid Al-Aqsa sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.
Kenyataan itu menyebut, apa-apa langkah yang akan mengubah status agama dan sejarah Al-Aqsa hanya akan membawa kepada keadaan tidak tenteram.
“Baitulmaqdis Timur dan Al-Aqsa adalah garis merah kami. Tidak akan ada keamanan dan keselamatan tanpanya,” kata kenyataan itu seperti dipetik laporan berita antarabangsa.
Dalam kejadian lain, dua lagi rakyat Palestin terbunuh dan 40 cedera selepas tunjuk perasaan ‘Great March of Return’ di sempadan Gaza-Israel, diserang askar rejim Zionis.
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kementerian Palestin, Ashraf al-Qidra berkata, dua rakyat Palestin ditembak mati oleh askar Israel berhampiran sempadan timur kem pelarian Al-Bureij di Gaza, manakala 40 warga Palestin cedera akibat tembakan peluru hidup.
Sa’di Akram Muammar, 26, ditembak mati di timur Rafah, manakala Karim Abu Fatayer, 30, pula maut ditembak di kepala ketika tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza.
Sejak tunjuk perasaan yang bermula pada 30 Mac lalu, sekurang-kurangnya 162 warga Palestin terbunuh dan ribuan lagi cedera akibat serangan tentera rejim pengganas Israel. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah ratusan hari PH perintah negara, tapi sikap PH terhadap pertarungan Islam-Israel masih belum jelas. Atau ambil sikap pengecut? Pengecut pun ada dua. Pengecut ketakutan terhadap kekuasaan Israel/AS. Atau pengecut terhadap DAP yang menguasai kerusi kedua terbanyak dalam PH, sekali gus mampu menentukan haluan PH dalam menerajui negara.
Yang mereka tidak takut hanya kepada Allah SWT.
Jahannam Israel!
Allahu Akbar!

19 comments:

Anonymous said...

Ibnu hasyim dan lobai pas yg berani boleh lawan israel....tak percaya bagi pas perintah malaysia...lobai2 pas dan pejuang taliban pas akan bawak kete kebal pas lawan israel...

Najib lantik yahudi sebagai punahsihat lobai pas dan ibnu hasyim senyap menikus..

Anonymous said...

Betul ke Dap kuasai kerusi terbanyak di parlimen?...ibnu buat fitnah kerana bodoh tak.pandai matematik...kaki putar belit dan penipu puak lobai pas..

Anonymous said...

Pas hanye berani tindas orang asli bani temiar dikelantan..

Anonymous said...

Ibnu hasyim takut Allah sebab tu ibnu hasyim menipu fakta dan sebar fitnah...

Lobai Pas paking takut dgn Allah..tu pasal lobai berani tipu dan subahat dan makan duit haram najib...pas tipu dan sorok hukum Allah Ruu 355..

Lobai buat ape pon tak berdosa dan tak masuk neraka...kunci syurga dipegang oleh pas


Pas menang kerana malaikat tolong undi...tapi malaikat tak nak tolong undi pas ke putrajaya dan sg kandis.....bila puak lobai ni nak insaf..

Anonymous said...

Tuan Ibrahim: Kegagalan 100 hari HARAPAN, senjata kempen PAS
Anne Muhammad
18 Ogs 2018, 11:37 malam (Dikemaskini 18 Ogs 2018, 11:41 malam)

A A
PRK SERI SETIA | PAS akan menekankan isu kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) menunaikan manifesto janji 100 hari serta komposisi kerusi yang tidak seimbang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang PRK Dun Seri Setia.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua isu berkenaan dilihat penting memandangkan ia berkait dengan kepentingan rakyat.

Katanya juga, rakyat telah menyatakan kekecewaan terhadap kegagalan kerajaan menunaikan janji di dalam manifesto mereka.

“Dalam konteks negeri, perlu suara pembangkang yang kuat untuk mengimbangi kerajaan.

"Sekarang kita cuma ada lima suara pembangkang dalam DUN Selangor. Sebab itu kita perlu ada semak dan imbang yang kuat dalam kerajaan negeri.

“Isu kedua adalah apabila peralihan pentadbiran berlaku, rakyat boleh menilai prestasi selama 100 hari yang dijanjikan kerajaan dan sejauh mana mereka mampu menunaikannya," katanya ketika hadir di Pusat Penamaan Calon PRK Seri Setia di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

Anonymous said...

Lobai malang bahlul asik berangan....sg kandis pas dan umno serang hebat tapi gagal....orang selangor cedik bukan mcm orng kelantan dan terengganu...orng selangor tahu lobai2 pas penipu..

Anonymous said...

100 hari: Tangani kos sara hidup rakyat antara pencapaian utama Pakatan Harapan

Bernama | Published Ogos 18, 2018 07:00 MYT

Walaupun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan baik. - Facebook/pakatanharapan.my
Walaupun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan baik. - Facebook/pakatanharapan.my

KUALA LUMPUR: : Kerajaan Pakatan Harapan (PH) meraih pencapaian memberangsangkan dalam tempoh 100 hari penubuhannya dan meskipun berdepan kekangan kewangan, isu-isu membabitkan kos sara hidup rakyat telah berjaya ditangani dengan baik.

Beberapa pihak melahirkan rasa puas hati mereka dengan usaha yang dilakukan kerajaan, dengan mengambil contoh antara lainnya, kadar inflasi Jun yang merekodkan penurunan ketara daripada setahun lalu.

Ketua Penyelidikan Ekonomi RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon berkata meskipun masih terlalu awal untuk menilai sama ada kos hidup rakyat telah benar-benar menurun dalam tempoh 100 hari PH mengambil alih pentadbiran, namun berdasarkan data Indeks Harga Pengguna (IHP) Jun, kadar inflasi susut dengan ketara kepada 0.8 peratus daripada 3.6 peratus dalam bulan yang sama tahun lepas.

"Sudah tentunya, IHP yang rendah itu adalah hasil daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar serta penstabilan harga bahan api RON95 dan diesel.

"Justeru itu, berdasarkan kepada kadar inflasi (yang diukur menerusi bacaan IHP), ya, kita boleh katakan kos hidup rakyat telah menurun," katanya kepada Bernama.

Ramai yang menjangkakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), yang bakal diperkenalkan semula pada 1 Sept ini akan menyebabkan kenaikan harga barangan.

Anonymous said...

Ditanya sama ada pengenalan semula SST itu akan bercanggah dengan ikrar pilihan raya PH bagi menangani kenaikan kos hidup, Peck berkata beliau percaya harga akan stabil dalam tempoh jangka panjang, walaupun pelarasan meningkat mungkin dilihat dalam tempoh terdekat ini.

"Sebelum ini, di bawah rejim GST, perniagaan menganggap yang mereka tidak dapat menerima bayaran balik cukai serta merta. Setengah daripada mereka mungkin telah memasukkan enam peratus ke dalam harga jualan mereka, dan dengan itu telah menaikkan kadar inflasi.

"Dengan pelaksanaan SST tidak lama lagi, saya percaya situasi ini tidak akan berlaku kerana perniagaan akan lebih berdisplin dari segi melepaskan kos kepada pengguna. Ini akan secara tidak langsung membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat," katanya.

Selain daripada itu, Peck berkata, berita bahawa agensi penarafan Fitch Ratings mengesahkan penarafan mungkir penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia pada 'A-' dengan prospek stabil juga akan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap negara ini dan membantu menaikkan ringgit berbanding dolar AS.

"Ia akan membantu mengurangkan inflasi diimport, yang merupakan satu daripada faktor utama yang menyumbang kepada harga tinggi, jadi saya percaya kos sara hidup akan menjadi lebih stabil pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata para pelabur secara umumnya menerima dan selesa dengan apa yang telah dilakukan kerajaan baharu setakat ini, dinilai daripada pasaran ekuiti dan ringgit yang bertahan dengan baik, meskipun ia terjejas oleh penurunan lira Turki kebelakangan ini.

dipaksa ke atas peneroka FELDA

4. Memperkenalkan skim caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada suri rumah

5. Menyamaratakan gaji minimum bulanan pekerja di seluruh negara

6. Meringankan beban peminjam pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

7. Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat institusi yang berdepan skandal

8. Memulihkan hak autonomi Sabah dan Sarawak, sebagaimana termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)

9. Memperkenalkan skim kesihatan "Skim Peduli Sihat"

10. Mengkaji semula semua projek-projek mega yang menelan kos yang amat tinggi

Setakat 17 Ogos, beberapa janji telah dipenuhi, iaitu pemansuhan GST, penstabilan harga bahan api, menghapuskan dasar senarai hitam bagi peminjam yang gagal menbayar balik PTPTN, mengkaji semula projek mega termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Laluan Rel Pantai Timur, serta memperkenalkan fasa pertama skim pencen bagi suri rumah bermula 15 Ogos, 2018. -- Bernama

Anonymous said...

Pas ade ke kepakaran menilai prestasi ekonomi dan inflasi?...kalo ade sudah tentu kelantan hampir maju dgn penang dan selangor...

Orang asli bani temiar tak menjadi mangsa ketamakan gondol hutan oleh lobai Pas..

Anonymous said...

Kita orang tunggu IB pegi dulu baru kita orang ikut. IB kan berani dan pahlawan baris hadapan .

Anonymous said...

Senarai kabinet, PKR dan DAP kena ‘game’ dengan Tun?
TTKM TTKM
2 months ago

Kuala Lumpur : Parti paling banyak kerusi di dalam Pakatan Harapan, PKR dan DAP mendapat kurang perwakilan dalam kabinet Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat sumpah semalam, menurut laporan Malaysiakini.

Jika dicampurkan jumlah kerusi kedua-dua parti tersebut, ia mewakili 73.6% perwakilan kerusi kerajaan, tetapi hanya mendapat 50% jawatan dalam kabinet sahaja.


Manakala, Bersatu, Amanah pula mendapat perwakilan berlebihan dalam kabinet dan di kalangan menteri.

Dap abang besar?...tun takut Dap?..

Bodoh betul penilaian ibnu hasyim....hidup dengan buat fitnah hari2...patutlah malaikat enggan tolong undi pas..

Anonymous said...

Palestin jadi mangsa israel kerana kebodohan orang arab sendiri...

Pas ade ulamak dunia...pas patutnye mainkan.peranan satukan puak arab lawan israel...tapi ulamak dunia pas penakut...tak buat ape2...

Anonymous said...

Lebai Kulup dan kuncu2nya terus kelupur.
Tembak lagi Pak Asim..
Ha ha ha.

Anonymous said...

ibnu... anjur demo besaran pas umno marah israel. pastu penat balik search kot2 ada cita janda klntan khalwat lg. marah ph pulak sebb janda tu.

ulang2 gitu.. begitulah hebatnya perjuangan ibnu dn walaun dlm mmpertahankn islam.

Anonymous said...

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah ratusan hari PH perintah negara, tapi sikap PH terhadap pertarungan Islam-Israel masih belum jelas. Atau ambil sikap pengecut? Pengecut pun ada dua. Pengecut ketakutan terhadap kekuasaan Israel/AS. Atau pengecut terhadap DAP yang menguasai kerusi kedua terbanyak dalam PH, sekali gus mampu menentukan haluan PH dalam menerajui negara.


Baru seratus hari.ibnu ni kalau tk fitnah mmg tak sah hidup.ajaran hadi awang?

Anonymous said...

ust lotfi dn beberapa rakan ke syria mmbantu umat islam yg dizalimi syiah. mereka syahid disana.

bila viral ust lutfi tu ahli pas maka hj hadi dn pas pecat keahlian beliau. walaupun beliau pergi atas individu. mungkin hj hadi takut pas dianggap teroris disamping syg nya pd syiah.

ibnu taksub yk hj hadi pun tk tau semua ni. lg nk kutuk ph tk takut Allah. sedap je mulut nilai iman takwa org lain.

klu ibnu takut kt Allah sila buktikn dn ikut jejak assyahid ust lutfi... mnyusup ke gaza dn serang israel.

Anonymous said...

Tentera sabil pan mesti sokong israel jugak seperti mana dia sokong dap. Sabu the syiah pun sokong israel sebab dia khadam dap. Ust nizar dan prof aziz bari sekarang pun dah jadi tentera sabil. Aziz bari ahli dap, dah tentu menentang Islam dan lebai pas. Nizar dah lama sokong dap sebab masa jadi mb perak, luluskan hak milik 99 tahun ke 999 tahun. Lagi kuat khianat kpdorg melayu, tunduk kpd dap malah bersaudara dengan ahli dap sebab belah mak adalah keturunan cina.

Red army dap akan terus dengan agenda fitnah Islam dan pas. Ambil upah haram dengan duit dap.

Anonymous said...

Dana 1.2 bil israel kpd DAP bila nk saman??? Berjanggut telor aku nunggu..

Anonymous said...

Apalah yg nak diharapkan dgn pendokog lgbt....arahan lgbt pun datangnya drpd bos besar zionis. Takkan la nak dilawan bosnya sendiri... Apalah ibnu ni....logik la sikit....

Kalau ph nak kena bantai dengan pengundinya, pergilah support palestin tu kalau berani.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails