Monday, August 20, 2018

Ujian Ribut Pasir Di Arafah, Bagaimana Jamaah Haji M'sia?


KEADAAN di Arafah ketika dilanda ribut malam tadi. - Foto Sofea Chok Suat Ling 


ARAFAH: Kejadian ribut pasir yang jarang berlaku ketika musim panas di sini, membadai penempatan jemaah haji yang bersiap sedia untuk berwukuf di Padang Arafah lewat petang semalam.
Angin kencang itu merosakkan khemah jemaah hingga menyebabkan bekalan elektrik terganggu di seluruh kawasan perkhemahan jemaah di Arafah.

Ia bermula ketika matahari mulai terbenam kira-kira jam 6.30 petang dalam keadaan jemaah haji tiada persediaan serta tidak menyangka kawasan itu akan dibadai ribut.
Bagaimanapun ribut yang melanda tidak menggugat semangat jemaah haji untuk melakukan wukuf apabila menganggap hujan yang dialami sebagai satu rahmat dan ujian dalam menunaikan ibadat haji.
Ketua rombongan jemaah Tabung Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, berkata semua jemaah Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Beliau berkata, pihak berkuasa Arab Saudi terpaksa memotong sementara bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan ketika ribut melanda di antara jam 6.30 petang hingga 8.30 malam demi memastikan keselamatan jemaah haji.
"Sebahagian khemah yang rosak akibat bencana itu sedang dibaiki oleh pihak berkuasa. "Bekalan elektrik ke kawasan perkhemahan dipulihkan secara berperingkat mulai jam 10.45 malam," katanya.
Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia mula tiba secara berperingkat untuk berwukuf di Arafah mulai pagi semalam, bagi menyertai kira-kira tiga juta jemaah haji dari seluruh dunia berhimpun di sini yang menjadi rukun dalam ibadat haji. (BH) 
Bagaimana jamah haji Malaysia? Kita tunggu maklumat lagi..
Hasil carian imej untuk ribut pasir di arafah
Hasil carian imej untuk ribut pasir di arafah
Hasil carian imej untuk ribut pasir di arafah
Hasil carian imej untuk ribut pasir di arafah
Hasil carian imej untuk ribut pasir di arafah

9 comments:

Anonymous said...

Bangkali ada orng pas dlm jemaah di arafah...pas telah lari ajaran islam sebenar...tuhan dah marah...di malaysia tuhan tak bagi pas menang...doa lobai pas tidak diterima tuhan...sedarlah diri wahai penyokong pas seblm bala yg lebih besar dihantar oleh tuhan....

Anonymous said...

Begitu singkat dan jahilnya pemahaman agama geng 'lebai kulup'anti Ilam...

Ya, nilai sendirilah komen di atas.. August 20, 2018 at 9:34 AM

cik siti said...

Betul tu. Komen yang tidak hiraukan sensitifiti umat Islam..

Puaka Rimba said...

Innalillah.........semoga dilindungi Nya.

Anonymous said...

Masyaallah..statment macam org tak de iman..ada share dengan tuhan ke sampai boleh tahu tuhan tak terima doa orang pas.. Jangan sombong sangat dengan kemenangan sementara.. Sedarlah tak semestinya yang menang itu Allah redha..

ikan said...

best tak nikah dengan umno. dah jadi macai mca nampak..

Anonymous said...

Doa kanak2 Yemen yg tak berdosa. Mat Sabu tak nak bersubahat tapi geng2 PAS, Klepto, Sepupu lembik, Menteri Agama DUMNO semua bersuara lantang marah2 MS.

Anonymous said...

PAS bergomol dengan MCA dan MIC setelah "memayung" UMNO.

Anonymous said...

Kat kedah dh lama meliwat x heran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails