Saturday, August 25, 2018

Selepas Batu Puteh, Tun M ‘Gadai’ Pula Khazanah!

Selepas Batu Puteh, Tun M ‘Gadai’ Pula Khazanah!

JUAL... Selepas berjaya ‘gadai’ hak Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 30 Mei lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi bertindak ‘gadai’ kepentingan negara kepada republik tersebut.

Menurut laporan portal berita Malaysian Reserve yang pro-Pakatan Harapan (PH) dan dipetik laman anti-Barisan Nasional (BN), Free Malaysia Today, kali ini ia melibatkan syarikat pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Berhad.
Difahamkan tindakan pelik berkenaan terpaksa dilakukan Perdana Menteri konon untuk kerajaan PH dapat bayar balik hutang negara lebih RM1 trilion diwarisi BN selain elak daripada dikenakan saman oleh pemerintah Singapura.
Ini terutama setelah negara jiran itu dilaporkan mahu saman Malaysia kerana batal projek Tren Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura selain isu harga jualan bekalan air mentah yang didakwa Mahathir amat murah.
Justeru demi elakkan ketegangan diplomatik antara dua tetangga itu, pihak Khazanah diarahkan Mahathir untuk berunding jual segala pegangannya sebanyak 60 peratus dalam sebuah syarikat usaha sama hartanah di Singapura.
Syarikat itu diwujudkan hasil kerjasama dengan syarikat pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings yang teruk dilanda kontroversi pelbagai skandal urus tadbir beberapa tahun lalu sehingga sering catat kerugian besar.

Baca: Singapura Gembira Malaysia Setuju Gadai Batu Puteh

Juga: Kisah Mahathir Selamba Gadai Johor Kepada Singapura

 Projek hartanah Khazanah di Singapura bukti kebijaksanaan Najib dapat jana pendapatan ekonomi kerajaan Malaysia di luar negara. – Gambar hiasan
Laporan itu memetik sumber berkata, rundingan tersebut mungkin merangkumi penjualan 50 peratus pegangan dalam sebuah lagi firma usaha sama, Pulau Indah Ventures, yang terlibat projek wilayah Iskandar Malaysia di Johor.
Berikutan pelantikan anggota lembaga pengarah baharu Khazanah, Mahathir, 93, melakar sejarah dengan lantik diri sendiri jadi pengerusi kemudian membayangkan pelbagai langkah aneh melibatkan beberapa firma milik kerajaan.
Untuk rekod, asalnya Khazanah dapat sebidang kawasan di Singapura dikenali Marina One dan Duo sebagai ganti Malaysia kehilangan stesen KTM Tanjong Pagar dan beberapa lokasi strategik di pusat bandar raya negara tersebut.
Ia susulan tindakan Singapura ‘halau’ Malaysia dengan cara halus iaitu menaikkan kadar cukai tanah kepada paling melampau walhal penjajah British bagi tanah itu kepada pihak Malaya dan pewarisnya selagi ada bulan dan bintang.
Kes ini mengulangi ‘drama’ sama Pangkalan TLDM di Woodlands iaitu KD Malaya diusir oleh Singapura secara halus dengan cara serupa dan paksa Malaysia berpindah ke kem baharu di Kota Tinggi, Johor semasa era Mahathir.
Namun atas kebijaksanaan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tanah KTM dan beberapa lot itu berjaya diganti balik dengan kawasan lain yang sama nilai dan jadi milik kerajaan Malaysia sebanyak 60 peratus.
Jika laporan jualan pegangan Khazanah di Singapura itu benar, Malaysia selepas ini cuma ada Masjid Temenggung Daeng Ibrahim di Telok Blangah yang masih diuruskan kerajaan Johor sejak abad ke-19. – Agensi/Mynewshub.TV

7 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...berkat kesabaran mmperjuangkan islam yg memberi rahmat kpd semua rakyat malaysia..husam musa akhirnya dilantik sebgai senator.

Anonymous said...

Husam jadi senator???. Bertambah lah lagi bilangan spt sabu dan nizar. Khianat kpd tuan guru dan penjilat tegar dap. Dah tentu tak jaga kepentingan islam dan melayu.

Anonymous said...

Tuan guru mana? Hadi ke. Elok la khianat. Seorg yg mengakui syiah sbg mazhab dlm islam elok di tunjal je kepala bengong nye.

Anonymous said...

Apa kelebihan HA smpai nk kena hormat? Maki hamun org jer keja dia. Sidang parlimen pun asyik ponteng. Makan gaji buta.

Anonymous said...

Oii 9.54 haji hadi pegi iran nak damaikan permusuhan syiah dan sunni yg merugikan dua2 belah pihak. Itu yg ko cakap haji hadi pro syiah. Yahudi mmg nak la sunni dan syiah bertelagah dan umat Islam lain duduk diam sampai yg memang jadi arang dn kalah jadi abu. Ko yahudi ke? Mat sabu memang anggap ayatollah sbg role model dlm kata2nya dulu. Tp ko 9.54 jauh lebih teruk drpd mat sabu syiah bila berperangai yahudi

Anonymous said...

Semua ahli parlimen malaysia mmg kaki ponteng.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim adalah blogger pembuat fitnah,penulis lucah no 1 di Malaysia.Mungkin dah kerap makan nasi kangkang keluaran Bomoh Mah Enterprise dan dedak haram dari Ketua Lanun Bugis Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails