Tuesday, August 21, 2018

Perutusan Presiden PAS Sempena Aidiladha 1439H




HARI Raya Aidiladha disambut bersempena dengan ibadat haji dan ibadat korban yang telah diasaskan oleh Nabi Ibrahim A.S.
Ibadat Haji adalah himpunan terbesar umat Islam di kota suci yang diwajibkan kepada orang Islam yang berkemampuan sebagai menyahut seruan ilahi. Mereka yang berhimpun di Makkah datang dari seluruh pelusuk dunia, sebagai menyahut seruan Allah.
Hari raya ini kita menyembelih binatang ternakan, melakukan ibadat korban yang tidak sama dengan sembelihan memuja syaitan yang diamalkan oleh penganut agama lain. Kita menyembelih kerana Allah dan membuat kebajikan sesama kita dengan perintah Allah.
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37(
“Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjuk kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baik amalannya” (Surah Al-Hajj: 37)
Allah memerintahkan kita umat Nabi Muhammad S.A.W mengambil contoh daripada Nabi Ibrahim A.S untuk menjadi seorang Islam yang sebenar-benarnya, bukan sahaja melakukan ibadat haji dan korban bagi mereka yang berkemampuan. Allah menegaskan Islam sahaja agama Allah, bukan agama dan ajaran yang lain termasuk yang diciptakan oleh akal manusia.
Jadikanlah hari raya ini untuk mendekatkan diri kepada Allah dan mengeratkan lagi kasih sayang dan semangat persaudaraan Islam yang membawa berkat kepada kehidupan di dunia dan keselamatan di Hari Akhirat.
Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG

Presiden PAS - HARAKAHDAILY 21/8/2018


Takbir Hari Raya Penuh

7 comments:

Enti PAS BODO said...

5PAS BAKAL MASUK BN?


Selepas menjalin persefahaman dengan UMNO dalam pilihanraya kecil iaitu Sungai Kandis dan sekarang di Seri Setia, Pas kemudiannya turut mengorak langkah untuk berbaik sama dengan MCA dan juga MIC.


Dalam pilihanraya kecil Balakong di mana MCA bertanding yang tarikh pengundiannya serentak dengan Seri Setia, PAS secara terbuka menyatakan sokongannya kepada calon parti itu.


Dengan MIC, barisan kepimpinan Pas yang diketuai Hadi Awang pula telah mengadakan perbincangan rasmi dengan kepimpinan baru parti tersebut dan kedua-duanya sepakat menyatakan kesediaan untuk saling bekerjasama.


Bermakna, jika selepas ini ada pilihanraya kecil yang yang kouta bertandingnya dimiliki oleh MIC, Pas tiada masalah lagi untuk turut menyatakan sokongannya terbuka kepada calon parti itu, sama seperti yang dilakukannya kepada MCA di Balakong.


Secara kebetulan, ketiga-tiga parti yang Pas sudah bekerjasama, menyatakan sokongan terbuka dan dekati itu ialah saki-saki yang masih tinggal dalam BN sekarang ini.


Sebelum PRU14, BN ada 13 parti komponen di dalamnya, tetapi sebaik ia hilang kuasa, satu demi satu meninggalkannya hingga yang masih setia ketika ini hanyalah UMNO, MCA dan MIC saja.


Adakah dengan berbaik-baik dengan ketiga-tiga parti itu merupakan petunjuk bahawa Pas akan menyertai BN?


Apakah ia mustahil?


Tidak ada yang mustahil dalam politik selagi yang masing-masing kejar ialah kuasa kerana dalam keinginan untuk mengejar kuasa, mereka boleh berpakat dengan sesiapa saja.


Malah, akan sentiasa ada dalil, nas atau bakal dicari hadis-hadis tertentu untuk menghalalkan apa yang mahu dilakukan itu.


Itulah seronoknya bermain politik yang nikmatnya tidak kedapatan jika sekadar menubuhkan persatuan, NGO atau sekadar sembang-sembang politik di kedai kopi.


Tidak kira apa anutan sekali pun parti politik yang terlibat, baik Islam, nasionalis atau apa saja, hukum politiknya adalah sama iaitu kuasa dan demi kuasa, semua perkara jadi boleh belaka.


Di sudut yang lain, sebenarnya juga menyertai BN juga adalah satu-satunya pilihan jika benar Pas mahu menguatkan kedudukan pembangkang selepas era tumbangnya BN pada pilihanraya 9 Mei lalu.

Enti PAS BODO said...

Ahki2 Pas mesti redho dan wala berkorban dgn cita2 lobai Hadi yg nak bersama dgn BN..

Umno mca dan mic sedang nazak..pas tak berape lega...elok mereka ni semua bersatu dlm satu gagasan parti orang nazak..

Enti PAS BODO said...

Perintah Allah melalui nabi supaya jauhkan kenungkaran dan subahat dgn kemungkaran tak dioedulikan oleh lobai hadi dan pas..

Lobai Pas tak pakai perintah yg tak untungkann lobai....nanti ade dalilnye mcm berbaik dgn mca dan mic walhal mualaf prof Rheduan Tee telan cerai talak 3 dgn mca..

Anonymous said...

Pee.eh lgbt dah nazak dah, bakal berkubur tak lama lagi.

Anonymous said...

tahniah akhirnya BN2.0 bakal menjadi realiti. dimana pas akn diperkudakn oleh 3 lelaki bangsa melayu cina dn india secara bergilir2.... aahhh pas puashati.

Anonymous said...

rupanya selama ini bukan dgn umno saja pas bergumpal dlm semak... dgn mca dn mic pun ada.. tklupa hindraf pun sama.

semua sudah sunat juga deyy

Anonymous said...

Anonymous Enti PAS BODO said...
Perintah Allah melalui nabi supaya jauhkan kenungkaran dan subahat dgn kemungkaran tak dioedulikan oleh lobai hadi dan pas..

Lobai Pas tak pakai perintah yg tak untungkann lobai....nanti ade dalilnye mcm berbaik dgn mca dan mic walhal mualaf prof Rheduan Tee telan cerai talak 3 dgn mca..

August 21, 2018 at 7:53 PM
-------------------------------------------- memang hang mengaku hang bodo

Awat dok ada org macam ni dalam parti pakatan/dap hang mai mana lebai kulup ph..adoi ..tak faham tanya..matlamat hang tak jelas - sah anti islam
sukar menerima saranan n panduan alquran/hadish n teguran ulamak - perbuatan mnafikun
sukar melaksanakan islam sebagai ukwah ubaidilah - ibadat mungkin tidak dipandu dgn alquran/hadish: tak belajar secara khusus dok dengar ceramah politik je kan
tidak focus dalam perjuangan islamyg syumur - banyak lara hanya main politik kepatian..kaya

mai belajar alfatihah dulu bagi betoi...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails