Thursday, August 23, 2018

Dr M Ke China Satu Bencana. Mengarut Ke Tak Mengarut?


Dr Mahathir Mohamad kembali ke Malaysia semalam, selepas mengadakan lawatan rasmi 5 hari ke China. (Gambar Bernama)

Bekas duta: Mengarut dakwa lawatan Dr M ke China satu bencana
PETALING JAYA: Dua bekas diplomat menyangkal dakwaan kunjungan perdana menteri ke China ialah “bencana diplomatik” kerana ia bukan tugas mudah untuk membangkitkan isu pemansuhan atau penangguhan projek berbilion ringgit diketuai China disebabkan keadaan kewangan Malaysia ketika ini.

Datuk Dennis Ignatius dan Datuk Redzuan Kushairi berkata demikian susulan artikel yang disiarkan Malaysiakini menyifatkan lawatan rasmi itu sebagai “bencana” kerana tiada perjanjian besar dimeterai.

Artikel itu turut menyatakan Dr Mahathir dalam satu sidang media berkata, negara kaya tidak patut menjajah negara lain dan syarikat China terpaksa memberi 30% saham kepada Barisan Nasional untuk projek di Malaysia, serta ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jhow dipercayai berada di China walaupun beliau tidak menunjukkan bukti terhadap dakwaan itu.

Ignatius yang juga bekas duta Malaysia ke Kanada berkata, kunjungan Dr Mahathir itu menghantar mesej beliau menghargai hubungan baik dengan China dan komitmennya untuk meningkatkan hubungan itu.“Ia sebahagian daripada proses diplomatik, politik dan undang-undang yang panjang serta sukar untuk bebas daripada perjanjian teruk ditandatangani kerajaan lama.

“Tiada orang mengharapkan penyelesaian cepat,” katanya sambil menambah tidak realistik untuk sesiapa pun menjangkakan perjanjian besar dengan China akan berhasil kerana kerajaan Pakatan Harapan baru mentadbir negara.

Beliau berkata, tidak mungkin Dr Mahathir merujuk kepada China apabila bercakap mengenai negara kaya menjajah negara lain kerana perdagangan antara 2 negara lebih memihak kepada Malaysia.

Mengenai hubungan diplomatik, Ignatius mengakui pendapat popular yang hubungan dengan Beijing adalah baik di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, katanya, ia mendatangkan kesan dari segi kontrak berat sebelah yang menggunakan wang pinjaman untuk pembinaan infrastruktur yang tidak mampu ditanggung Malaysia.

“Itu bukan hubungan baik yang kita mahu.”

Redzuan yang merupakan bekas duta Malaysia ke Uzbekistan, memuji Dr Mahathir yang pergi ke Beijing sendiri untuk menjelaskan keadaan Malaysia kepada pemimpin negara itu.

Katanya, keadaan semasa negara memerlukan kejujuran, keikhlasan dan keterbukaan sebagai pendekatan terbaik.

“Ia lebih baik daripada meneruskan projek itu dan terpaksa berdepan beban hutang dengan China yang kita tidak mampu tanggung. Beijing sepatutnya menghormati dan menghargai pendekatan sedemikian.”

Redzuan yang menganggotai kumpulan bekas penjawat awam G25 berkata, Malaysia mempunyai peranan dalam inisiatif “One Belt One Road” (Obor) China dan ia tidak akan berjaya jika projek Obor di Malaysia gagal.

“Keputusan Dr Mahathir dalam projek China memberi mereka alasan baik untuk menilai bagaimana mereka patut memacu Obor, yang jelas memerlukan tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti.”

Semalam, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong memberi amaran keputusan Putrajaya membatalkan 3 projek diketuai China akan menjejaskan hubungan dengan negara itu kerana projek itu sebahagian daripada Obor.

Melalui inisiatif itu, Beijing melaksanakan projek bernilai AS$926 bilion di sepanjang laluan strategik darat dan laut sejauh 15,000km.

Tiga projek yang dibatalkan itu ialah projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP).

Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..

9 comments:

Anonymous said...

bukan mudah utk deal semula dgn kuasa besar yg mereka akn sedikit rugi dgn pembatalan perjanjian sebelum ini.

hnya pemimpin yg bijak berani dan kuat saja blh berdepan dgn kuasa besar utk memujuk dn berhelah demi mnyelamatkn negara. kita percaya kli tun dilempang pemimpin china pun dia sanggup demi mnyelamatkn negara.

permergian tun ketika mnjelang hari raya qurban adalah suatu simbolik besar ketika umat islam bertakbir seolah mngiringi kepulangan perjuang umat dr perang.

mereka yg celik matahati dpt melihat ini dgn penuh keinsafan dn kesyukuran dn mari terus berdoa negara selamat dpd mnjadi percaturan dan alat kpd kuasa besar timur atau barat.

sesungguhnya hutang melampau itulah perkara yg blh mnyebabkn kluarga berantakan..bapa sanggup jual istri dn anak.. begitu jglah negara jika sudah terjerat dgn hutang melampau.

walaun masih mamai ke dgn keadaan ini? moga kamu diberi hidayah dlm memahami situasi sekarang. tkcukup hidayah takat jerit nk islam nk islam nk islam...

jgn jadi budak2 yg meronta2 nk susu gantung mak dia sedangkn bapanya jua ada hak yg sama.

Anonymous said...

Yusuf berkata: "Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.
Kemudian sesudah itu akan datang tujuh tahun yang amat sulit, yang menghabiskan apa yang kamu simpan untuk menghadapinya (tahun sulit), kecuali sedikit dari (bibit gandum) yang kamu simpan.

masa mewah tak beringat abeh diperaid sesama puak penyangak

ini semau berpunca dari salah urus tadbir negara oleh puak lama
berjangkit sampai lani

pemegang amanah pecah amanah

Anonymous said...

Kalau dah bodoh tak tahu merintah, letak jawatan. Orang lain pun ramai lagi. Anwar lebih wibawa..

Otak balacinya yang bodoh, pemimpinnya tak begitu.

ha ha ha

Anonymous said...

Wah barua dedak roket 10:42 PM menulis propaganda tahap longkang untuk mengagungkan pemimpin yang bersikap diktator yang menganut liberalisme yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Pembunuhan ulama dan orang kampung Memali yang tidak bersalah dan pelbagai skandal dan bailout yang berskala besar amat merugikan rakyat dan negara berlaku di waktu dia memerintah.

Dan sekarang pakatan munafik liberal-kafir harbi telah melantik dia menjadi boneka abang besar biaDAP di mana 17,000 kakitangan awam termasuk ustaz, ustazah, peguam negara, hakim dll yang terdiri dari kaum Melayu Islam telah dipecat !

Bahkan dia telah mendakwa beribu-ribu hadis sebagai hadis yang sangat lemah atau palsu sedangkan ulama-ulama menyatakan hadis-hadis tersebut adalah sahih ! Anaknya sendiri menyokong dan membela LGBT, feminisme dll.

Sejak pakatan berkuasa,harga kelapa sawit dan getah ekonomi, nilai ringgit dan pelaburan asing telah merundum menunjukkan pelabur-pelabur asing telah hilang kepercayaan terhadap pakatan.

Pemimpin-pemimpin pakatan telah mencipta pelbagai fitnah, alasan bodoh dan u-turn untuk memungkiri pelbagai janji dalam manifesto pakatan kecuali UEC dll yang menguntungkan kaum china! Dan kehidupan rakyat bertambah terhimpit dan beban rakyat semakin berat memikul biawak pakatan hidup.

Bahkan penyokong dan aktivis pakatan menghina ajaran Islam dan menyokong kemungkaran dan kesesatan dan mendesak pakatan menghapuskan institusi Islam dan melabelkan pengganas komunis sebagai 'pejuang kemerdekaan' setelah pengganas menyiksa, merogol dan membunuh ramai orang Melayu Islam dan membakar kampung Melayu dan memusnahkan negara !

Mantrinya pula menyokong dan membela LGBT, atheis dan ulama-ulama pakatan pula bersikap diam membisu seperti syaitan bisu membiarkan kemungkaran dan kesesatan berlaku di hadapan mata !

Pemimpin-pemimpin biaDAP pula mahu negara diperintah mengikut ajaran Kristian dengan slogan KL for Jesus, Subang for Jesus, Johor for Jesus dll. Bahkan puak kafir harbi ini dan khadam-khadam mereka telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam dan menyokong kemungkaran dan kesesatan.

Maka wajarlah umat Islam menyokong dan mengundi parti Islam PAS dan menolak pakatan munafik liberal-kafir harbi.

Anonymous said...

Barua dedak roket 11:07 PM,

Berbeza dengan puak munafik liberal yang bersekongkol dengan puak kafir harbi biaDAP menentang dan menghina Islam dan menafikan hak umat Islam, Nabi Yusuf A.S. tidak pernah bersekongkol dengan puak kafir menentang Islam dan menindas umat Islam.

Kamu adalah seperti keldai pembawa kitab tetapi kamu tidak memahami kitab yang kamu angkut.

Anonymous said...

Perang Badar , PRU14. PH menang. Geng kabilah kalah. Perang Uhud , PRK Sg Kandis . PH menang . Geng kabilah kalah lagi. Perang Ahzab , PRK Balakong dgn S Setia . Kabilah PAS dan MCA . Kita tunggu dan lihat

Anonymous said...

Nuat aljubb lagi parah berjudi forex kalah berbillion rugi,
Oh ya tak rugi bagi aljubb sebab yg menang tu kawan zionis gay dia.
Hidup Tun Dr. Mahadhir. Kepakaran mu dalam strategi sgt2 diperlukan.
Sekarang masanya dah tiba untuk tendang jijah kipas menteri yg langsung tak berfunsi tunggul mati tiada faedah.
Azmim for TPM now.
Yes Azmin, muda dan berwibawa.
����������������

Anonymous said...

Nuat aljubb lagi parah berjudi forex kalah berbillion rugi,
Oh ya tak rugi bagi aljubb sebab yg menang tu kawan zionis gay dia.
Hidup Tun Dr. Mahadhir. Kepakaran mu dalam strategi sgt2 diperlukan.
Sekarang masanya dah tiba untuk tendang jijah kipas menteri yg langsung tak berfunsi tunggul mati tiada faedah.
Azmim for TPM now.
Yes Azmin, muda dan berwibawa.
Azmin for the 8th PM.
Save Malaysia from aljubb and gangs.
☺☺☺☺☺☺☺☺

Anonymous said...

Penyokong ph ..sokong membawa rebah...
Lingkup negara di bawah ph.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails