Monday, August 20, 2018

Di Sebalik Pintu Rahsia Ada 'ayam'. Masih Di KERAjaan PH..



SERI KEMBANGAN: Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor membongkar aktiviti pelacuran di sebalik ‘pintu rahsia’ sebuah pusat kecantikan, di kawasan parkir sebuah hotel, di sini, malam tadi.
Pintu rahsia itu yang direka bentuk seperti loker dikawal ketat oleh pekerja premis itu dengan menggunakan alat kawalan jauh. Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata ketika serbuan, pihaknya menahan 26 wanita warga asing dipercayai menawarkan khidmat urut dan seks.
Beliau berkata, 13 daripada 26 wanita yang ditahan dari Indonesia, Thailand (7) dan Vietnam (6) dengan sebahagian besarnya tidak mempunyai pasport dan dokumen pengenalan diri.
“Mereka berusia lingkungan 30-an dan 40-an, untuk perkhidmatan urut, pelanggan dikenakan bayaran RM100.
“Mereka perlu menambah bayaran sebanyak RM190 jika berminat untuk perkhidmatan seks.
“Pada masa sama, (polis turut) merampas wang tunai RM603, 10 kondom dan jadual bertugas wanita terbabit sebagai bahan bukti siasatan,” katanya pada sidang media Ops Noda, di sebuah hotel, di sini, malam tadi. Ops itu yang disertai kira-kira 15 anggota polis D7 IPK Selangor dijalankan selama tiga jam bermula jam 9 malam.
Ditanya mengenai keadaan premis itu ketika ‘digempur’ penguat kuasa, beliau berkata beberapa pekerja warga Bangladesh cuba melarikan diri melalui siling tandas pusat kecantikan itu.
“Ada yang cuba larikan diri melalui siling namun ketangkasan anggota polis dapat menggagalkan ‘misi’ mereka.
“Seramai enam lelaki pekerja warga Bangladesh ditahan berusia antara 23 hingga 34 tahun.
“Dua lelaki pekerja tempatan berusia lingkungan 40-an masing-masing bertugas sebagai juruwang dan ‘kapten’ (pengurus operasi) turut diberkas,” katanya.
Dalam pada itu, Khaizam berkata, mengikut rekod polis, pihaknya mendapati pusat kecantikan itu tidak mempunyai permit perniagaan dan diberi amaran beberapa kali untuk menutup premis mereka sebelum ini.
“Ikut pengetahuan saya, premis ini sudah diberi arahan untuk menghentikan operasi perniagaan, namun masih berdegil jalankan aktiviti tidak bermoral ini.
“Premis ini sudah tidak beroperasi selama tiga hingga empat bulan, namun bertindak membukanya semula kira-kira sebulan lalu.
“Kita tidak akan kompromi dalam hal ini, polis akan terus pantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak berkaitan,” katanya.
Hal ini berlaku, masih di bawah kerajaan baru PH, warisan dari pemerintan BN.
Video: Di sebalik pintu rahsia ada 'ayam'   

20 comments:

Anonymous said...

yes dh agak berita sex selang seli dgn berita politik.

blog ibnu ni lebih kepada blog polisex.

islam bg walaun hanya bab kesalahan sex dipihak lain.

rompak dedak adalah wajib.. supaya melayu islam tk terancam.

elok pas bertanding di golok atau haadyai saja.

kt Malaysia byk masalah penyelewengan, pas tk faham puas hati semua.
pas tk sesuai ujud di Malaysia.

Anonymous said...

wow ibnu siar foto peha ayam laa sempena raya korban ni.

korban lembu ibnu bukan ayam.

tp ayam tu nampak macam mca aje. untunglah walaun kawan dgn mca yg suci tk makan babi dan gebu.

Anonymous said...

Berita
Parlimen
Pilihan Editor
Sukan
Seni & Hiburan
Global
Kolum
Surat
Laporan Khas
Ulasan
Wawancara
Lensakini
TV

ARMADA: Naib presiden MCA anti-Melayu
20 Ogs 2018, 2:16 tengahari (Dikemaskini 20 Ogs 2018, 2:21 tengahari)

A A
Pemuda BERSATU (ARMADA) Selangor menuduh Naib Presiden MCA Datuk Chew Mei Fun sebagai anti-Melayu.

Ini susulan gesaannya supaya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang juga menteri kewangan, menghentikan satu kongres bumiputera yang dikatakan anjuran kementeriannya.

“Kenyataan ini tidak sepatutnya keluar daripada pimpinan kanan MCA.

“Hal ini menunjukkan naib presiden MCA terdesak dan menunjukkan sikap sebenar MCA yang tidak mempunyai pemikiran waras dan jahil tentang Perlembagaan Negara,” kata Ketua ARMADA Selangor Adhif Syan Abdullah.

Baca: MCA cabar Guan Eng hentikan Kongres Bumiputera

Chew semalam menggesa Lim menghentikan Kongres Bumiputera "jika beliau (Lim) betul-betul peduli tentang perpaduan”.

Kenyataan itu dipercayai merujuk Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 yang akan diadakan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 1 September depan.

Chew menambah Lim sebagai anggota parlimen dan menteri kewangan harus menumpukan usaha membangunkan negara dan menyelesaikan masalah ekonomi rakyat, bukan memainkan isu perkauman.

Sementara itu, Adhif menyifatkan desakan itu sebagai sangat melampau dan bertentangan dengan semangat perlembagaan.

Dalam kenyataan bertajuk “Naib presiden MCA jahil, anti-Melayu”, Adhif berkata MCA dilihat cenderung kepada sikap anti-melayu dan bumiputera serta seolah-olah memberi petunjuk mereka ingin melihat hak bumiputera dihapuskan.

“Ia juga bukti jelas kegagalan Umno, selepas lebih dari 40 tahun, untuk mendidik MCA tentang kepentingan menjaga hak orang Melayu dan membangunkan ekonomi mereka.


“Lebih aneh lagi apabila PAS pula begitu gembira menyokong serta mempromosikan MCA dalam PRK Balakong,” katanya.

Anonymous said...

Begitu antara ulasan anjing tunggangan 'lebai kulup' yang anti Islam. Dah tiada modal lagi masih ulang isu lama.

Tembak lagi Pak Asim. Nampanya meroyan masih belum kuat.
Ha ha ha.

Anonymous said...

3.32 belaan mca bersunat

Enti PAS BODO said...

Ini lah parti rakan baru Pas..Pas ibarat orang lemas bagi tahi pon Pas kaut..

Enti PAS BODO said...

Ibnu ade modal ape bodooh..

Enti PAS BODO said...

Kes rompak rogol maksiat PH yg galakkan?...polis dah diberi tugas membenteras kegiatan ni...ape yg nak dikecohkan...bodooh ibnu hasyim..
Lobai Pas tonton filem seks salah PH jugak?..

Enti PAS BODO said...

KELANTAN

Dakwa masih ada aktiviti pelacuran di Kota Bharu

Mohd Roslan Puteh

A- A+ (Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Persidangan Dun Kelantan hari ini 'panas' apabila seorang anggotanya mendakwa aktiviti pelacuran masih berlaku di bandar ini walaupun setelah lebih 20 tahun Pas memerintah Kelantan dengan dasar 'Membangun Bersama Islam'.

Mohd Roslan Puteh (PKR-Guchil) mendakwa aktiviti itu masih berlaku di Jalan Hamzah di sini selepas beliau ditawarkan khidmat seks apabila kenderaan yang dinaikinya didekati sekumpulan wanita.

Beliau berkata wanita berkenaan, yang menaiki sebuah kereta, berbuat demikian sejurus beliau membayar bil telefon bimbitnya menggunakan mesin layan diri pada 12.45 tengah malam tadi.

"Masih ada wanita tawar perkhidmatan tak sepatutnya walaupun dah lebih 20 tahun (Pas memerintah Kelantan). Ada empat wanita (yang tawar khidmat seks).

"Saya terserempak (dengan mereka) selepas bayar bil telefon," katanya ketika sesi perbahasan Bajet 2017 Kelantan pada persidangan dewan itu di Kompleks Kota Darul Naim di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Hassan Mohamood (Pas-Tawang) bangun mencelah perbahasan itu dengan mengatakan dakwaan dikemukakan Mohd Roslan tidak mempunyai bukti kukuh

dan mencurigakan.

Beliau berkata sudah tidak ada lagi sarang pelacuran di negeri ini selepas ia dibanteras agensi berkaitan.

Namun, Mohd Roslan tetap mempertahankan dakwaannya itu dengan berkata perkara itu sangat mencurigakan kerana seorang wanita selalunya berada di rumah dan tidak berpeleseran lebih daripada 12 tengah malam.

"Mereka (wanita) sepatutnya berada di rumah tapi kalau berpeleseran di bawah pokok di satu kawasan yang sejak 40 tahun dahulu (terkenal dengan aktiviti pelacuran), sebagai umat Islam bagi saya keadaan itu mencurigakan.

"Saya boleh jadi pemandu kepada Exco berkaitan untuk tinjau tempat tersebut," katanya. - Bernama

Enti PAS BODO said...

Maksiat cemari kesucian Ramadan
ROSALWANI CHE SOH

1 JUN 2017
Maksiat cemari kesucian Ramadan
Sebahagian Pati warga Thailand yang ditahan dalam serbuan di dua lokasi di Gua Musang semalam.
A- A+ (Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Ibadat bulan Ramadan yang sepatutnya dipenuhi dengan amalan kerohanian dicemari dengan kegiatan maksiat dan tidak bermoral apabila dua lokasi berasingan di Gua Musang dikesan menyediakan khidmat layanan Pegawai Khidmat Pelanggan (GRO).

Namun tindakan licik pemilik premis berkenaan berjaya dihidu dan kawasan terbabit diserbu dalam Ops Gegar Jabatan Imigresen Kelantan.



Operasi di dua lokasi itu diketuai oleh Pengarah Imigresen Kelantan, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff bersama 30 anggota dan pegawainya.

Wan Mohammed Saupee berkata, serbuan bermula sekitar jam 11 malam sehingga jam 1 pagi itu berjaya menahan enam wanita warga Thailand yang sedang leka melayan pelanggan termasuk seorang lelaki warga tempatan yang melindungi wanita terbabit.

“Melalui serbuan di lokasi pertama, dua wanita warga Thailand berusia antara 30 hingga 47 tahun ditahan .

“Manakala dalam serbuan di lokasi kedua, kita berjaya menahan empat wanita warga Thailand berusia antara 22 hingga 37 tahun.

“Turut ditahan dalam premis di lokasi kedua itu, seorang lelaki Cina warga tempatan yang didapati melindungi wanita-wanita GRO terbabit di premisnya,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata, modus operandi yang dijalankan pihak terbabit adalah menggunakan premis restoran dengan khidmat karaoke disamping menghidangkan hidangan arak serta menyediakan layanan GRO.

“Kita juga mengesan kebanyakan pelanggannya adalah warga tempatan dan juga pekerja warga asing yang bekerja di sekitar kawasan terbabit.

“Kesemua enam wanita warga Thailand itu ditahan kerana menyalah gunakan pas lawatan untuk menjadi pelayan di dua premis berkenaan.

“Manakala lelaki Cina tempatan itu ditahan kerana menyembunyikan dan melindungi wanita terbabit di premisnya,” katanya.

Wan Mohammed Saupee berkata, kesemua Pati terbabit dihantar ke depot tahanan Tanah Merah dan lelaki terbabit ditahan untuk tindakan susulan.

Anonymous said...

Dimana sahaja dapigs kuat mesti ada pusat maksiat berleluasa. Juga judi juga gansters ceti, tokey dadah, komunis dan yg seHarapan dengannya.

Malah telah menjalar dikawasan melayu, jika ada je kedaigunting unisex sepet mesti ada salah satu jenis maksiat,

Kalau ada sepet mca yg terlibat tu mesti dari kepasan sekolah prebet sepet yg kuat sokong dapigs sbb dapigs adalah jelmaan bintang tiga.
Logo harapan pun sketch bintang tiga berbentuk bontot roket.
Oleh yg demikian pengikut2 harapan adalah sebetulnya pengikut beo-bintang tiga.
Pemuka2 partipan pun adalah dulu budak2 asuhan komunis yg berlindung disebalk pas.
Macam aljubb jgk yg berideologi komunis wahabi khawarij. Sama mcm su2 kelig93 yg pernah ditangkap sebab terlibat agensi2 maoist utk menawan m'sia dari orang melayu.

Enti PAS BODO said...

Perbezaan Hudud PAS dan Hudud sebenar..

Kerajaan Kelantan telah memperuntukan RM 500,000 untuk menyediakan draf Hudud. Hudud juga telah diwartakan dan diluluskan di Kelantan. Namun, belum ada perlaksanaannya lagi. Walaupun begitu terdapat 3 versi Hudud yg berbeza dari segi fasal dan huraiannya. Hudud adalah milik Allah, dan telah ditetapkan oleh Allah. Tetapi mengapa pula boleh berbeza-beza mengikut negeri-negeri yang berlainan?

Sehingga kini ada tiga versi hudud Pas yang masing-masing berbeza.

Pertama hudud Pas Kelantan yang bernama Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 mempunyai 72 fasal.

Kedua hudud Pas Terengganu yang dibentang dalam seminar pada 12 Mei 2002 bernama Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu mempunyai 74 fasal.

Ketiga Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (EKJS) (Hudud dan Qisas) Terengganu 1423H/2002M yang mengandungi 67 fasal sahaja.

Mana satukah hudud yang sebenar antara ketiga-tiga hudud Pas itu?

Draf yang dibentangkan pada seminar di Kuala Terengganu 12 Mei 2002 ada Bughah (Fasal 23, 24 dan 25).
Sedangkan dalam EKJS (II) 1993 Kelantan dan rang yang diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 7-9 Julai 2002 tidak ada Bughah.

Mengapakah bughah diketepikan dalam kedua-dua undang-undang hudud itu? Draf Hudud oleh PAS didapati tidak memberi keadilan malah menzalimi rakyat.

Ini kerana Hudud dikatakan terpakai untuk orang Islam sahaja, sebagaimana petikan dlm surat Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir) kepada Nik Aziz, yang menyatakan;

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum)”.

Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.

Enti PAS BODO said...

Permasalahan yang akan menjadi perkara pokok dalam hal hudud ini ialah perlantikan hakim. Dalam urusan pelantikan hakim terdapat dua percanggahan besar. Pertama tidak merujuk langsung kepada 15 syarat kelayakan menjadi hakim mengikut hukum syarak.

Yang kedua rang EKJS (Hudud dan Qisas) Terengganu tidak ada peruntukan khusus mengenai syarat-syarat kelayakan menjadi hakim. Sebaliknya sekadar disentuh secara tumpang dalam fasal 66 (1) Mahkamah Bicara Syariah Khas yang berbunyi “…daripada hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau daripada seorang yang berkelulusan dan berkelayakan dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.”

Yang peliknya apa yang dibentangkan dalam seminar 12 Mei 2002, bulat-bulat Pas Terengganu mencedok fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan menjadi fasal 70 dalam `Draf Cadangan’ yang dibentang pada seminar di Kuala Terengganu. Tiba-tiba dalam rang yang diluluskan di DUN 7-9 Julai 2002 terus dibuang sahaja fasal berkenaan.

Apakah peruntukan fasal 68 EKJS (II) 1993 Kelantan itu tidak diiktiraf oleh Pas Terengganu? Tetapi harus diingat, apabila tidak mengikut syarat-syarat kelayakan dalam Islam maka seseorang hakim itu tidak sah melakukan perbicaraan. Dengan itu seluruh proses Mahkamah Syariah Khas di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu menjadi tidak sah.

Jadi.., kesimpulannya di sini ialah, Hudud Allah dengan Hudud PAS berbeza. PAS mengubahsuai Hudud Allah supaya memberi manfaat kepada mereka dan mengatakan Hudud PAS adalah Hudud Allah. Mereka juga mendakwa, menolak Hukum Hudud PAS samalah seperti menolak Hudud Allah.

Hukum Hudud Allah tak boleh dipinda atau dikurangkan. Jika hitam, maka hitamlah, tidak boleh dicat putih ataupun kelabu. Jelaslah PAS memperalatkan Agama Islam demi kepentingan politik. Kemudian menuduh UMNO kafir semata-mata kerana Tun Mahathir menolak Hudud PAS

Anonymous said...

Engko cerita ni kutip dari tong sampah mana?...ko kenal ker kominis?..

Anonymous said...

Anon August 20, 2018 at 5:22 PM

Tuan yg mulia ante cedok dr mana maklumat ni.dr sumber parti?/dr sumber yg mengelirukan..Ante keliru lpas suruh org lain pulok keliru..politik ada batas nya..hukum ada syarat sah nya..

ada beza hudud dan Qisas..bukan boleh diterang dan faham dlm 2/3 jam, ulamak mengambil dr kitab yg dah lama bratus tahun..ante ada asas ke?? benda ni dah tak confius lgi kecuali dipolitikan..

sekarang kita nak ke tak nak perkara ini diundang2kan- Tidak/Nak

Anonymous said...


goblok Lu semua benda pakatan/dap dipolitik oleh lebai-lebai jahanan amanah pan memalukan parti sendiri..org kata bodo mare..

Anonymous said...


hi!!! budak2 amanah pakatan harapan/dap. Najib dah jatuh mahathirism naik balik apa lagi yg labai2 pan mahu...bodo

dah bodo jahil pula lpas tu taknak megaku ....magaku sajalah..

Anonymous said...

Benar anon 5:18, komunis berleluasa sekarang, komunis bandar dengan nama baru iaitu Parti Harapan, ada yg maoist, lgbtist, leninist, juburist, kelingist, evangelist, baruaist, satanist, kronist, macaist, gilaist, bahlolist, taiekist, pigist, monkeeist, dan berbagai lagi sedang meracau menjahanamkan negara sekarang.

Anonymous said...

Berdolak dalih tak ada gunanya, kalau dah ada perbezaan maka bawalah yg kamu punya..itu kalau kamu sebetulnya tidak menentang, bahas bodobodo takdak gunanya, setiap enakmen yg pas bentangkan itu pertamanya adalah utk menyediakan asas atau tapak kpd enakmen yg lebih sempurna, jadi ia dibuat mengikut kadarnya, dan boleh dipinda tambahbaikan sekiranya didapati tidak menepati kehendak islam secara tepat.
Bukankah disetiap enakmen itu dinyatakan dgn jelas bahawa mana2 bahagian yg didapati tidak menepati alquran & assunnah maka hendaklah dipinda supaya menepatinya.
Juga tidakkah setiap imam mazhab pun berkata demikian, baik maliki, hanafi, hambali, syafie dll iaitu "mana2 bhg dari fiqah ku yg tidak bersamaan dgn alquran & assunnah, maka yang bersamaan dgn alquran & assunnah itulah mazhab ku", yakni tolak yg dia orang fatwakan & gunalah yg mana terlebih betul.

Berdolakdalik dgn bahasan yg panjang lagi kelirubodoh tiada gunnya....yg penting adalah samada mau atau tidak, jika mau katakan mau jika tidak katakan tidak,
Jika mau buktikan kemahuan, berdolakdalik dgn berbagai alasan itu tanda sebahagian karenah syaitan.

Anonymous said...

Yg semacam 'menuduh umno kafir' tu sebetulnya adalah dari kem pas kelantan versi nikaziz, sampai solathajat kat stadium SMiv mintak jahanamkan umno, dan tak pernahpun buat solat mcm tu utk jahanamkan dapigs ke, israel ke, usa ke, komunis ke dsb. Jadi kalau ko nak persoalkan hal itu baik ko pergi tanya pengikut dia mcm husam dan geng2 parti amanah yg setiap masa duk jaja nama dia.

Ada pun Hadi takpernah buat benda mcm tu..
Dan yg dikatakan amanat hadi itu pun ayatnya begini "kita menentang umno bukan kerana nama dia umno, kita menentang sebab ia menolak islam.."
Jadi kalau nak dikira itu merupakan teguran halus kpd sesiapapun yg meletakkan umno ditentang kerana nama dia umno, yakni penentangan dibuat hendaklah bersebab.
Tidak pun disebut umno itu kafir atau perkataan melaknat disitu.

Jadi pemahamanya adalah penentangan pas hendalah ditujukan kpd mereka yg menentang islam, itu maknanya.

Prosa tu mudah je utk difahami sebab budak sekolah rendah yang bahasa melayunya separoh markah dlm kefahaman pun boleh faham, malah orang kampong yg tak bersekolah tapi tau dan daham bahasa melayu pun faham.

Yg tak faham atau susah nak faham atau pura2 tak faham adalah samada golongan putaralam berjiwa setan atau yg seHarapan dengannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails