Monday, August 20, 2018

BN Paksa Syarikat China Beri Saham 30%. Tun M, Rentikan Reka Cerita!

Hasil carian imej untuk tun mahathir


BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti daripada mereka cerita di hadapan pelabur asing, dan mengemukakan bukti kalau benar tuduhannya itu.

Najib menyatakan demikian dalam catatan di Facebook beliau, sebagai menjawab dakwaan serius yang dibuat Mahathir di hadapan para pelabur di China.
Mahathir menuduh kerajaan Barisan Nasional memaksa syarikat China memberi saham syarikat mereka sebanyak 30 peratus kepada individu tertentu.
“Hari ini di China, nada Tun Mahathir bagai berucap di ceramah politik di hadapan ahli perniagaan China dengan menuduh bahawa BN memaksa syarikat China untuk memberi 30 peratus saham syarikat mereka kepada orang tertentu,” kata Najib.
Mahathir kini dalam lawatan ke China sebagai satu usaha diplomasi memulihkan hubungan perdagangan dengan kuasa dunia itu, selepas melancarkan retorik mengkritik China sepanjang kempen pilihan raya lalu.
Najib menerangkan bahawa dua projek infrastruktur di bawah kerajaan BN, ECRL dan saluran petroleum dianugerahkan masing-masing kepada CCCC Ltd dan China Petroleum Pipeline Bureau (CPPB).
Dua syarikat terbabit ialah syarikat gergasi yang dikuasai oleh kerajaan China, dan CPPB dimiliki sepenuhhya oleh China National Petroleum Corporation (CNPC).
“Adakah masuk akal kononnya kerajaan BN meminta 30 peratus saham syarikat-syarikat kerajaan China sebagai sogokan?
“Adakah Tun Mahathir menuduh bahawa syarikat-syarikat gergasi milik kerajaan China bersubahat dengan kerajaan BN untuk melakukan jenayah rasuah?,” soal Najib.
“Tun Mahathir perlu berhenti bercereka dan tunjukkan bukti bahawa tuduhannya adalah benar dan sebagai seorang Perdana Menteri, seharusnya beliau berhenti bermain politik di hadapan pelabur-pelabur luar negara,” tegasnya. – Mynewshub.tv

7 comments:

Anonymous said...

Hanya PAS dan macai2 yg percaya lagi kpd Klepto Najib.

UMNO telah senaraikan Klepto Najib, Jamal Jamban, Bini Rosmah antara 10 yg tidak dikehendaki "Unwanted List" dimana2 spt tidak ingin memikul biawak2 hidup yg bau hancing dan kencing. Maknanya, UMNO sendiri tidak percaya kpd Mamak kaki bohong ini "serial liar".

Ingatlagi bagaimana Klepto Najib membohongi dunia didepan Investors asing diNew York, London dan Kuala Lumpur bahawa 1MDB adalah cetusan fiksyen dan persepsi burok pembangkang yg ingin menjatuhkan Kerajaan BN pimpinan Klepto yg dipilih secara demokratik. Tiba2 DOJ mengfailkan afidavit saman antikleptokrasi dan rampas harts dan aset2 dari hasil wang kecurian 1MDB oleh M01 Klepto dan Jho Low.

Bagaimana PAS, Hadi boleh berpuashati dgn Klepto Najib dan 1MDB melawan arus orang2 UMNO yg suruh Najib bertanggungjawab atas kecurian 1MDB?

Pengundi2 PRK diSeri Setia dan Balakong mesti ingin saksikan duet Najib- Hadi berceramah pertahankan jenayah curi khazanah negara dan bangsatkan Melayu, Islam dan Raja dgn hutang2 negara RM1 trillion lebih.

Anonymous said...


Kalau tidak pasal memaksa syarikat China beri saham 30%, peraturan apa lagi yang di persoalkan oleh pelabur China?

Sesiapa yang buat bisnes semasa BN akan menghadapi berbagai-bagai kesulitan sekira nya tidak memaksa diri untuk 'bersedekah'.


Anonymous said...

"adakah masuk akal" soalan penulis artikel.

mcm doalan pemimpin pas bila heboh najib curi 2.6b

sekarang harta karun bini saja pun dh 1.1b kt rumah..sudah pasti masuk akal.

apa susah nk 30%.. up kn harga projek. jual aset negara. rakyat tolong bayar kecuali ahli pas dn umno dikecualikn. sebb semua tak masuk akal mereka yg cetek mcm sg kandis itu.

Anonymous said...

Ana sudah faham.


PAS bergabung dengan BN sebab dari dulu lagi PAS bersubahat dengan perompak negara. Semua yg BN buat adalah terBAEK buat PAS! Semua yang PH buat adalah "arahan" DAP.

PAS tak sedar, majoriti ahli PAS pantai barat semenanjung "menyampah" dengan tindaktanduk pemimpin PAS.

Ibnu pun tak sedar diri, sokong pasti sampah akhirnya bau busuk enyelimuti Ibnu.

Amanah parti nyamuk.
PAS parti sampah.
Parti mana yang lebih baik?

Anonymous said...

kenapa awal2 ibnu dh kata tun mereka2 cerita.

tk perlu caya tun, tanyalah pelabur2 china tu benar atau tidak.

tk mungkin tun nk cemarkan nama Negara kpd pihak luar dlm keadaan
ph berkuasa. kot masa jd pembangkang mungkin blh reka cerita.

mana2 pihak bn tk puashati sila saman. tp jgn jerit lebih nnti
nampak sgt org 'yg ngaku dah bayar itulah yg kentut'.

zaman bn najib rasuah dan masyuk itu adalah biasa dan sinonim.

Anonymous said...

Haram jadah ni, pagi-pagi sudah fitnah.

Anonymous said...
Pak Hasyim....10 hari awal bulan Zulhijjah ni jika berpuasa dan buat amalan kebaikan....alangkah baiknya!
August 20, 2018 at 7:03 AM
pak asim said...
T.kasih atas nasihat itu.saya hargainya.tapi kalau sehari tak fitnah PH badan saya rasa tak sedap.hadi kata fitnah musuh pas wajib.
August 20, 2018 at 7:27 AM

Inilah tugas pendakwah Islam membetul dan menegakkan kebenaran. PH sudah sesat, kembalilah kepada Islam.

Anonymous said...

Berat mamak ni. Kaki putar jugak. Dulu tangkap anwar sebab meliwat, lepeh tu bebas pulak peliwat tu. Dulu tangkap kit siang, skrang peluk cium. Sabu pun sama kena isa, boleh berkunjung ke rumah pulak. Pandai main wayang mamak ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails