Tuesday, January 23, 2018

Bayar RM150 Pakej Urut &Seks Hidangi Pelanggan, Diserbu.

 POLIS menahan wanita Vietnam dalam serbuan ke atas pusat urut refleksologi yang menawarkan khidmat seks, di Petaling Jaya, malam tadi. - Foto Nor Azizah Mokhtar

PETALING JAYA: Enam wanita Vietnam yang dipercayai terbabit kegiatan pelacuran tetapi berselindung di sebalik perniagaan urutan refleksologi, ditahan dalam Ops Noda di sebuah premis perniagaan di sini.

Ketika serbuan kira-kira jam 10.45 malam tadi oleh Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor itu, semua wanita berusia lingkungan 25 hingga 39 tahun itu sedang menunggu pelanggan di ruang tamu.

Seorang lelaki tempatan berusia 29 tahun yang berperanan sebagai penjaga premis turut ditahan.

Pegawai Turus D7 IPK Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman, berkata pemeriksaan mendapati ada di antara wanita Vietnam terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963.
'Hamba seks' tumpas selepas rumah urut diberkas
Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan mampu mengaut keuntungan sehingga RM2,000 setiap hari. - Astro AWANI

"Sebahagian mereka pula didapati melanggar syarat permit yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen, iaitu kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

"Semua wanita serta penjaga terbabit ditahan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan iaitu terbabit kegiatan pelacuran," katanya yang turut memberitahu sejumlah kondom serta wang tunai RM132 turut dirampas.

Difahamkan, sindiket pelacuran terbabit mengenakan bayaran kira-kira RM150 untuk pakej urutan serta hubungan seks kepada pelanggannya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlu dibuat kajian mengapa masih banyak kegiatan pelacuran tetapi berselindung di sebalik perniagaan urutan refleksologi masih berleluasa di negara ini? Di mana salahnya yang perlu diatasi?


4 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/22/al-quran-kitab-cetak-rompak-pemimpin-himpunan-bersih/

Al Quran Kitab Cetak Rompak — Pemimpin Himpunan BERSIH

Kuala Lumpur: Clement Chin, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.

Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataan beliau yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, facebook.

Clement Chin berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru.”

Beliau yang pernah terlibat dalam aktiviti untuk mengedarkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel-hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan ini juga menuduh kitab suci umat Islam tersebut telah diubah berkali-kali dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal.


Clement Chin yang pernah mengumumkan bahawa Himpunan Hijau adalah sebagai sebahagian daripada BERSIH itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.

ted manoff said...

Apa nii ibnu..cerita pasal urut seks tapi komen anon@ibnu pasal dap plk..cuba suruh pekerja seks veitnam tuu urut lobai pas mau terangkat serban..kahkahkah.. 😂😃😄😅😆Kalau nik aziz hidup mesti dia ludah muka hadi..💧💧💦

Anonymous said...

Ted gila maksimum kerana ted mendakwa boleh bercakap dengan orang mati.

Anonymous said...

ok lagi walaupun kerja orang gila..

Perasan tak sebelum masuk sini kata 'HOME' Tajuk nya pelacuran dan seks.... tapi gambar sisipan gambar Hadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails