Monday, January 22, 2018

Tadbir S'gor Ikut Model Islam. Dah Sampai Masanya, Jom Undi PAS!

Hadi Awang Presiden Pas, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di Fastakim 2.4 di Komplek Sukan Seksyen 17 Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan ditadbir berlandaskan model pentadbiran dan kepimpinan Islam jika Pas berjaya menawan negeri itu pada PRU14 nanti.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu yakin model kepimpinan Islam adalah polisi yang mampu memberikan manfaat secara menyeluruh bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada golongan bukan Islam.

“Selangor perlu menjadi sebuah model pentadbiran contoh dengan dasar kepimpinan Islam, satu penyelesaian yang menyeluruh.
“Ini tidak bermaksud dengan kepimpinan Islam kita akan pinggirkan mereka yang bukan Islam dan jika kita membelakangkan orang bukan Islam dalam pentadbiran itu tak betul dan tak adil. Berdosa jika tak berlaku adil kepada bukan Islam," katanya.

Menurutnya, orang bukan Islam tetap ada tempat dalam kepimpinan Islam kerana Islam mempunyai konsep peneriman kepelbagaian kaum serta membawa mesej yang mendahulukan kedamaian.

Beliau berkata, tiada masalah pemimpin bukan Islam berada dalam organisasi pimpinan kerajaan Islam selagi dasar dan polisi pentadbiran berteraskan agama tersebut.

Selain itu, Abdul Hadi turut menyeru rakyat dan pengundi di Selangor agar memilih calon dan parti yang membawa prinsip menegakkan Islam pada PRU14 nanti.

“Orang Selangor juga perlu menjadi contoh dan pilih calon Islam atau yang membawa perjuangan untuk menegakkan Islam iaitu menjadi agama rasmi di negara kita.
“Kepada pasukan jentera pilihan raya Pas khususnya di Selangor, perlu bekerja dan memberikan sepenuh kemampuan yang ada menjelang PRU14 ini. Teruskan selagi mampu dan selebihnya ALLAH akan bantu kita,” katanya.

Komen Weblog Ibnu HasyimTadbir Selangor ikut model Islam adalah wajar, kerana Malaysia adalah negara umat Islam yang masih belum melaksaanakan Islam sepenuhnya. Boleh menyontohi sejarah kegemilangan Islam dan lain-lain. Sekarang sudah sampai masanya untuk rakyat buktikan di Selangor pula, dengan mengundi PAS. Jom laksanakan segera dalam PRU14 ini.


Lihat juga..

20 comments:

Anonymous said...

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

UNTUK MENYOKONG DAP APA PAN BUAT

http://www.ismaweb.net/2017/12/02/isu-ateis-jangan-kerana-taksub-kita-diperbodohkan/

Isu Ateis: Jangan Kerana Taksub, Kita Diperbodohkan
SAYA dah lama perhatikan YB Khalid Samad (Shah Alam) dan YB Hanipa (Sepang) dan mula rasa terlalu meluat sejak perbahasan RUU355 dulu, seterusnya semasa perbahasan Bajet 2018 dan kemuncaknya pada Sidang Parlimen baru-baru ini.

Sampailah baru-baru ini, apabila timbulnya isu ateisme ini, memang membuatkan saya menepuk kepala dan menggelegak darah.

Perbincangan berkaitan isu ateis ini sudah menyimpang terlalu jauh. Tidak hairan juga kerana duo sejati YB Sepang dan YB Shah Alam ini memang suka mengalihkan, mempolitikkan, memperbesarkan sesuatu isu dan berpusing-pusing yang akhirnya tidak membuahkan apa-apa kebaikan langsung kepada umat, malah mengundang pergaduhan dan ketegangan yang tidak patut berlaku. Malulah sebab mereka dakwa yang mereka ini anggota sebuah ‘parti Islam yang progresif’. Bukan sahaja jauh daripada konsep politik Islam malah jauh sekali daripada progresif kerana mereka selalu berjalan mengundur ke belakang.

YB Shah Alam pula mencelah dengan angkuhnya seraya berkata:

“Ini persoalan kepercayaan lah kan. Kalau orang tidak percaya, kita tidak boleh paksa dia percaya. Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar. Dia percaya kepada Kristian kah, dia percaya kepada Hindu kah, dia percaya kepada Buddha kah. Itu kepercayaan, keyakinan.”

Memang terkejut saya mendengar apabila beliau menyebut “Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar”. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya, adakah beliau menghalalkan murtad? Kalau beliau merujuk kepada penganut agama lain yang tidak mempercayai agama Islam pun tidak logik juga kerana isu asal yang telah dibincangkan ialah penularan gejala ateisme dalam kalangan anak-anak muda Melayu Islam.

YB Sepang pula menyambung untuk membuktikan kenyataan Dr Asyraf Wajdi tempoh hari ialah salah sehinggalah beliau menegaskan, “saya rasa ateisme ini is duly protected by Article 11 of Federal Constitution” dan akhirnya sidang berhenti untuk berehat. Sekali lagi, perbahasan isu asal terencat.

Kenyataan YB Sepang itu telah viral di media sosial dan mendapat respon yang sangat negatif oleh netizens. Rentetan itu, page rasmi Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan sebagai respon dan untuk ‘membersihkan’ segala tohmahan.

Anonymous said...

Ibenu,izinkn aku ketawa dulu,kahkahkah kahkahkah kahkahkah kahkahkah! Berangan nk mampos agaknya!

Ibenu, boleh tk nk pijak hadi bewang secara berjemaah!?

Pas tu islam,islam tu pas?? Sapa yg ajar kau ni ibenu?

Tolong jgn siarkn gambar hadi bewang lagi boleh ibenu?

_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

DARIPADA DIATAS DAP MAHU ORANG ISLAM DIBERI HAK MURTAD MANAKALA PAM MENEGAKKAN HAK ATHEISM.

JAUHKANLAH KITA DARI FITNAH AKHIR ZAMAN DARI DAJJAL2 KECIL INI

Anonymous said...

BUKAN PAS ITU ISLAM DAN ISLAM ITU PAS TETAPI PH ITU DAP DAN DAP ITU ANTI ISLAM. REFER KE ISMAWEB DAN RIDHUAN THEE

Anonymous said...

macam mana nak tadbir ikut model islam......pemimpin nya makan dedak....

Anonymous said...

MACAM MANA NAK MEMBELA ISLAM JIKA DAP ANTI ISLAM DAN PAN SUKA HAK2 ATHEISM

Anonymous said...

SALAM, SILA LAYARI LINK DIBAWAH. VIDEO YOUTUBE MENUNJUKKAN DAP MENGAHALANG PEMBINAAN MASJID. KATAKN TIDAK KEPADA PH DAN DAP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

https://www.youtube.com/watch?v=H-0os1H0YJg

DAP halang pembinaan masjid kerana alasan ganggu waktu tidur merek

ted manoff said...

Ibnu jgn jadii bangsat..sudah tk boleh jawab copypaste blog pro najib.. Jgn jadii bebal ibnu..pas bkn islam tapii pergunakan islam utk kepentingan peribadi..ramai bkn islam takut dekati islam kerana ajaran songsang hadi dn pengikutnya..insaflah ibnu..🏁🎌🎌

Anonymous said...

TAK MENJAWAB SOALAN LANGSUNG TED MANOFF DE PENCACAI. DAP ANTI ISLAM HINGGA MASJID DIHALANG INI VIDEO DIA. ADAKAH PAN BERSETUJU??????????????????????????????????????????

SALAM, SILA LAYARI LINK DIBAWAH. VIDEO YOUTUBE MENUNJUKKAN DAP MENGAHALANG PEMBINAAN MASJID. KATAKN TIDAK KEPADA PH DAN DAP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

https://www.youtube.com/watch?v=H-0os1H0YJg

DAP halang pembinaan masjid kerana alasan ganggu waktu tidur merek

Anonymous said...

LAGU INI DITUJUKAN KEPADA HUSAM MUSA KAKI MIMPI 15X JUMPA ALLAYARHAM

https://www.youtube.com/watch?v=NNyls74SvtY

Ibnor Riza - Mimpi Yang Tak Sudah (HQ audio dgn lirik


VIDEO HUSAM MUSA MIMPI 15X DISINI. CERITA MIMPI SAMPAI GAWANG TANGAN ATAS BAWAH

https://www.youtube.com/watch?v=hhT_-RSbcQI

Anonymous said...

NIIIIIIIIII DAKWAH ISMA. KITA JAUHKAN DIRI DARI GOLONGAN ANTI ISLAM

http://www.ismaweb.net/2017/10/17/oktoberfest-dap-makin-kurang-ajar-hina-islam/

Oktoberfest: DAP Makin Kurang Ajar Hina Islam

BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Parti rasis dan cavinis DAP semakin menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan celupar apabila berterusan memperlekeh Islam.

Terbaharu, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menyindir kononnya Pulau Pinang bukan negeri pelampau Taliban seperti negeri yang menghalang penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest.

“Pelampau mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Menyelar kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ungkapan pemimpin DAP nampak sangat memperlekeh Islam.

“Sewajarnya dia memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu.

“Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, besar kepala yang ditunjukkan DAP semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”.

“Keberanian DAP berperangai jelek membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti yang tidak sewajarnya disentuh.

“Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam.

“Saya percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin berkata, penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan.

“Seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi,” katanya.

Anonymous said...

PEMBONGKARAN ISMA TERHADAP MARINA

http://www.ismaweb.net/2018/01/22/netizen-marah-kenyataan-marina-mahathir-mengenai-islam/

Netizen Marah Kenyataan Marina Mahathir Mengenai Islam
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Beberapa hari ini pengguna laman sosial berang dengan sikap aktivis liberal, Marina Mahathir, yang tidak sudah-sudah mempersoal Islam.

Rata-ratanya pelik dengan sikap pemimpin Sister In Islam (SIS) itu yang dianggap tidak sensitif apabila membicarakan isu berkaitan Islam.

Marina mendakwa negara hanya akan maju jika bersikap liberal, dan menuduh Islamisasi akan merosakkan Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia di ambang kemerosotan jika negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan, lapor Suara TV.

“Marina Mahathir, kamu tak payah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Jagalah rumahtangga kamu. Biarkan Tun M sahaja yang terlibat dalam politik,” tulis Zulfakar Mohd Derus.

“Apa kata, dia mati nanti jangan ada sesiapa orang Islam mandi, kapan, solat, dan kebumikan dia. Biar agama lain buatkan semua untuk dia,” tulis Ikhwan Abd Kahar.

Selain itu Singa Malaya berkata, Marina perlu kembali ke pangkal jalan dengan sikap dan perbuatannya selama ini yang menidakkan kebenaran Islam.

“Kamu mengunakan kemajuan Yahuni. Para saintis menyatakan bahawasanya al-Quran mendahului apa yang mereka perbuat. Hal ehwal duniawi Allah telah menyatakan kesemuanya. Berkemungkinan besar kamu tidak memahami yang tersurat apatah lagi yang tersirat.

“Kamu adalah satu-satunya wanita yang amat malang. Sungguh amat memilukan. Akhir kata sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.



“Bagus kau nak maju.. tapi kalau taknak guna cara Allah, jangan kau guna otak kau, badan kau, hati kau, pulangkan dulu segala yang Allah punya.. selepas itu silakan kerana kau terlalu maju daripada Allah,” sindir Nick Kamil.

Bercakap di Kuala Lumpur baru-baru ini, Marina mendakwa tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, sebagai Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata, penerbitan itu memberikan ‘dukungan empirikal’ terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana “ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”

Malah, Marina menganggap kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi turut membawa kepada keganasan.

Share With:

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2018/01/03/hikmah-putusnya-tahaluf-siyasi-pas-dap/

Hikmah Putusnya Tahaluf Siyasi PAS-DAP


Amaran: penulisan ini mungkin perit untuk ditelan oleh pelbagai pihak.

Tahun 2018 disambut oleh pengumuman Datuk Mahfuz Omar untuk keluar daripada PAS dan saya hanya tersenyum kerana sudah lama mengagak saat ini akan tiba.

MASIH ingatkah anda istilah ‘parasit-parasit PAS’ yang pernah popular dahulu yang didedahkan oleh Datuk Dr Hasan Ali dan akhirnya beliau dipecat daripada parti itu, di mana PAS itu sendiri melihat beliau sebagai parasit sebenar?

Ramai yang tidak mempercayai pendedahan Datuk Dr Hasan Ali itu, malah menganggap bahawa beliau hanya mahu mengucar-ngacirkan partinya sendiri. Sangatlah rugi apabila PAS kehilangan tokoh-tokoh Islam yang hebat dan bersih seperti Datuk Dr Hasan Ali dan Datuk Dr Nasharudin Mat Isa yang dicantas oleh para parasit dahulu.

Alhamdulillah, PAS kini sudah tiada apa-apa hubungan dengan DAP, malah telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Putusnya tahaluf siyasi dengan PKR juga penting kerana PKR seringkali menggunakan fitnah sebagai modus operandi untuk berpolitik. Mana mungkin sebuah parti Islam boleh bersahabat rapat dengan penipu dan pembohong lebih-lebih lagi PKR seringkali dilihat sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS sekarang menunjangi Gagasan Sejahtera, yang dianggotai oleh IKATAN dan PCM berserta sokongan yang kuat oleh NGO-NGO Islam. UMNO juga semakin cenderung untuk melaksanakan syariat-syariat Islam walaupun ramai lagi pemimpin-pemimpinnya yang bermasalah seperti korup dan anglofil. Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) juga sangat baik, matang dan menampilkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang ikhlas dan bersih perjuangannya.

Bagaimanapun, inilah dakwah dan peranan yang lebih utama yang patut dilakukan oleh sebuah parti Islam. Inilah yang umat Islam inginkan sekian lama; kesatuan umat. Umat Islam mahu usaha-usaha mendaulatkan Islam dilakukan oleh orang Islam itu sendiri, bukannya oleh puak anti-Islam yang hanya bersandiwara mempergunakan kita. Tanggungjawab mentarbiah umat terletak di bahu kita!

Sebagai kesimpulan, putusnya tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR dilihat sebagai perubahan yang besar dalam lanskap politik negara dan semestinya sangat menguntungkan umat Islam. Saya berharap agar PAS istiqamah dan teguh dengan prinsip dan pendekatan seperti sekarang!

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat.

Anonymous said...

JOM KITA UMAT ISLAM SOKONG DAN UNDI PARTI ISLAM PAS PIMPINAN ULAMA ISLAM DALAM PRU 14 DAN MENOLAK SEMUA PARTI SEKULAR, LIBERAL DAN KAFIR HARBI KERANA MEREKA MENENTANG ISLAM DAN MENINDAS UMAT ISLAM.

Anonymous said...


Itu nama nya tadbir mengikut model dedak.

Anonymous said...

Jika bina Mesjid atas kebencian.. tidak akan ada berkat nya.

Islam berlaku adil pada semua tapi bila bina Mesjid buat suka hati.

Anonymous said...

PAS bukan sahaja jual agama tapi PAS jual bendera untuk di gunakan oleh parti yang tak ada bendera sendiri.

Rupanya PAS dapat sokongan dari parti tidak ada bendera.. Alamak.

Pengundi yang sama sekali tolak calon bukan Islam tidak kira dari pihak mana kerana dakwah PAS yang menyuruh jangan undi kafir akan terpedaya kerana menyangka kan calon adalah seorang saudara baru.

Tak ke ini nama nya kerja setan.

Anonymous said...

Setan makan dedak cap roket dan menjilat sifu banglo terlajak diskaun yang memusuhi agama Islam dan umat Islam.

Bahkan terdapat setan yang sanggup makan babi bersama sifu kafir harbi. Kalau tak percaya , tanya Mike Selfie Amoi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails