Tuesday, January 23, 2018

Pokok Sahabi: Untuk Lihat Kebesaran Allah, Baik. Bukan Ambil Berkat.

Pokok Sahabi tiada kena mengena dengan kisah Rasulullah Pokok Sahabi di Jordan tiada kaitan dengan Rasulullah SAW - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Orang ramai diseru tidak mudah mempercayai kisah pokok di Jordan yang dikaitkan dengan tempat perteduhan Rasulullah SAW memandangkan kesahihan masih diragui dan tiada bukti kukuh.

Jelas Pensyarah Hadis Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle kajian yang dibuat pakar dari Jordan mendedahkan usia sebenar pokok itu tidak sampai 1,000 tahun.

Beliau yang pernah menuntut di Universiti Mu'tah Jordan menegaskan ini bercanggah dengan dakwaan orang ramai yang menyebarkan cerita mengaitkan pokok itu dengan sejarah Rasulullah SAW.

Tambahnya lagi, yang menyedihkan  terdapat juga segelintir umat islam yang pergi menziarah pokok berkenaan dengan melakukan perkara dilarang di sisi agama dan kononnya mengambil berkat dari tempat tersebut.

"Kisah yang dikatakan Rasulullah berteduh di bawah pokok itu tidak disepakati oleh ulama hadis. Sebahagian mereka menerimanya dan sebahagian mereka menolak kesahihan ceritanya. Antara yang menolaknya ialah al-Zahabi (wafat: 748hijrah) dalam kitabnya Tarikh al-Islam.

"Sebab beliau (al-Zahabi) menolak kesahihan kisah ini ialah kerana ia bercanggah dengan logik akal. Riwayat ini menyatakan bahawa Baginda dipayungi awan, jika begitu mengapa perlu berteduh di bawah pokok lagi," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.

BACA: Pokok tempat berlindung Rasulullah kekal segar hingga ke hari ini

Rozaimi lebih cenderung untuk menyokong dakwaan bahawa pokok berkenaan tidak ada kena mengena dengan kisah Rasulullah SAW. Kajian yang dilakukan oleh Pusat Geografi Diraja Jordan menunjukkan pokok ini hanya berusia 520 tahun sahaja.

"Jika pergi untuk melihat kebesaran Allah kerana menghidupkan pokok di kawasan kering kontang tidak mengapa. Tetapi jika pergi untuk melakukan amalan khusus dengan anggapan ia pokok teduhan Nabi atau ia adalah "the living sahabat" ia adalah dakwaan yang tidak ada bukti konkrit.".Katanya. (AA)


Lihat sebelum ini..
Siri Politik Islam Masakini..
Hasil carian imej untuk undi siapa


7 comments:

Anonymous said...

KOMEN SAYA TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN ARTIKEL DIATAS HANYA FLASHBACK APA HERO PAN PERAK PERNAH BUAT

PAKAI BAJU HITAM, MEETING BAWAH POKOK, BAKAR LILIN APA LAAAAAAAAAAAAAAAA JENIS BUANG TEBIAT. LA NI MAMAT NI JADI KEPIMPINAN PAN NEGERI

Sidang tergempar DUN di bawah pokok

https://www.malaysiakini.com/news/99413


Dalam sidang tergempar yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sementara itu, Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh, Ridwan Ibrahim memberitahu peguam Speaker DUN V Sivakumar bahawa mereka tidak boleh mewakilinya dan sepatutnya diwakili oleh penasihat undang-undang negeri.

Anonymous said...

NAK TANYA GOLONGAN WAHABBI. ....... MESYUARAT BAWAH POKOK, KEMUDIAN PAKAI BAJU HITAM, BAKAR LILIN APA HUKUMNYA.

Anonymous said...

Insaflah ibenu hasyim! Dah tua kutuk tapi nafsu kuda!


_peminat hadi bewang_

Anonymous said...

POKOK DIBERI NAMA, POKOK DEMOKRASI. BAKAR LILIN MALAM2 LEPAS TU BERTAFAKUR MACAM NAK MINTA NOMBOR EKOR.

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

kerana menamakan pokok itu pokok demokrasi... BN takut dengan pokok tersebut dan pokok demokrasi itu telah di tebang..

Anonymous said...

Nasib baik bukan balak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails