Monday, January 22, 2018

Pas Akan Jadi Kerajaan, Mengundi Adalah Wajib! Undilah PAS!

Datuk Seri Abdul Hadi Awang Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap di Fastakim 2.4 di Kompleks Sukan Seksyen 17 Shah Alam. – Foto Sinar Harian SHARIFUDDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Segala spekulasi dan khabar angin terhadap Pas, dengan beberapa dakwaan bahawa parti itu akan bertanding kurang daripada 100 kerusi Parlimen kini telah ditepis, apabila parti berkenaan mengesahkan bahawa mereka mungkin bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, beliau meletakkan sasaran tersebut yang ditandingi oleh partinya di peringkat Parlimen kerana mahu menjadi kerajaan, dan bukan lagi sebuah parti pembangkang sekiranya memenangi PRU14.

“Kemungkinan 130 lebih kerusi dan sekurang-kurangnya (untuk mendapat kemenangan) majoriti mudah. Pas mahu membentuk kerajaan atau menyertai pembentukan kerajaan dan bukan lagi menjadi pembangkang yang lemah,” katanya ringkas semasa sidang media selepas menghadiri Himpunan Fastaqim 2.4 di Kompleks Sukan Seksyen 17, di sini, semalam.

Menurutnya, semua parti yang bekerjasama dengan Pas akan menggunakan logo parti itu ketika PRU14, memandangkan mereka tidak mempunyai logo lagi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mendedahkan bahawa parti itu akan bertanding lebih 100 kerusi Parlimen di seluruh negara, dengan pihaknya sedang membuat perbicangan dengan rakannya dalam Gagasan Sejahtera, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) berhubung pengagihan kerusi yang akan ditandingi.

Sementara itu, ketika berucap pada himpunan tersebut, Hadi meluahkan kekecewaannya apabila mengetahui sebahagian besar belia Malaysia yang tidak mahu mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“Malangnya hari ini, ramai umat Islam dan anak-anak muda menganggap mengundi dalam pilihan raya tidak penting. Tidak mahu mendaftar dan tidak mahu mengundi.
“(Mereka menganggap) undi parti yang mana pun, nasib negara tetap sama. Ini adalah satu tanggapan yang salah,” tegasnya.

Hadi menjelaskan, tanggungjawab mengundi ketika pilihan raya berlangsung adalah tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh umat Islam kerana mereka perlu memilih pemimpin yang akan memimpin kerajaan negeri dan negara.

Undilah PAS!


Lihat juga..

22 comments:

Anonymous said...

MARILAH KITA JAUHKAN DIRI DARI DAP YG ANTI ISLAM DAN SEKUTU2 MEREKA YAKNI KOMPONEN PH


http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

ADAKAH PH AKAN MENYURUH KITA MENGHORMATI HAK MURTAD SEPERTI DIKATA OLEH DAP?

http://v2.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

January 22, 2018 at 10:04 AM

Anonymous said...


UNTUK MENYOKONG DAP, PAN SANGGUP HALALKAN ATHEISM

http://www.ismaweb.net/2017/12/02/isu-ateis-jangan-kerana-taksub-kita-diperbodohkan/

Isu Ateis: Jangan Kerana Taksub, Kita Diperbodohkan
SAYA dah lama perhatikan YB Khalid Samad (Shah Alam) dan YB Hanipa (Sepang) dan mula rasa terlalu meluat sejak perbahasan RUU355 dulu, seterusnya semasa perbahasan Bajet 2018 dan kemuncaknya pada Sidang Parlimen baru-baru ini.

Sampailah baru-baru ini, apabila timbulnya isu ateisme ini, memang membuatkan saya menepuk kepala dan menggelegak darah.

Perbincangan berkaitan isu ateis ini sudah menyimpang terlalu jauh. Tidak hairan juga kerana duo sejati YB Sepang dan YB Shah Alam ini memang suka mengalihkan, mempolitikkan, memperbesarkan sesuatu isu dan berpusing-pusing yang akhirnya tidak membuahkan apa-apa kebaikan langsung kepada umat, malah mengundang pergaduhan dan ketegangan yang tidak patut berlaku. Malulah sebab mereka dakwa yang mereka ini anggota sebuah ‘parti Islam yang progresif’. Bukan sahaja jauh daripada konsep politik Islam malah jauh sekali daripada progresif kerana mereka selalu berjalan mengundur ke belakang.

YB Shah Alam pula mencelah dengan angkuhnya seraya berkata:

“Ini persoalan kepercayaan lah kan. Kalau orang tidak percaya, kita tidak boleh paksa dia percaya. Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar. Dia percaya kepada Kristian kah, dia percaya kepada Hindu kah, dia percaya kepada Buddha kah. Itu kepercayaan, keyakinan.”

Memang terkejut saya mendengar apabila beliau menyebut “Kalau orang tidak percaya Islam itu adalah agama yang sebenar, kita tidak boleh paksa dia percaya Islam itu agama sebenar”. Persoalan yang bermain dalam fikiran saya, adakah beliau menghalalkan murtad? Kalau beliau merujuk kepada penganut agama lain yang tidak mempercayai agama Islam pun tidak logik juga kerana isu asal yang telah dibincangkan ialah penularan gejala ateisme dalam kalangan anak-anak muda Melayu Islam.

YB Sepang pula menyambung untuk membuktikan kenyataan Dr Asyraf Wajdi tempoh hari ialah salah sehinggalah beliau menegaskan, “saya rasa ateisme ini is duly protected by Article 11 of Federal Constitution” dan akhirnya sidang berhenti untuk berehat. Sekali lagi, perbahasan isu asal terencat.

Kenyataan YB Sepang itu telah viral di media sosial dan mendapat respon yang sangat negatif oleh netizens. Rentetan itu, page rasmi Parti Amanah Negara mengeluarkan kenyataan sebagai respon dan untuk ‘membersihkan’ segala tohmahan.

Anonymous said...



SALAM, SILA LAYARI LINK DIBAWAH. VIDEO YOUTUBE MENUNJUKKAN DAP MENGAHALANG PEMBINAAN MASJID. KATAKN TIDAK KEPADA PH DAN DAP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! INI TAK DAPAT PUTERJAYA SUDAH HINA ISLAM. KALAU DIBERI MUKA TAK TAU APA YG JADI. TENGOK VIDEO SENDIRI INSAF

LINK VIUDEO

https://www.youtube.com/watch?v=H-0os1H0YJg

DAP halang pembinaan masjid kerana alasan ganggu waktu tidur merek

Puaka Rimba said...

P arti A jaran S esat.

Anonymous said...

PEMBONGKARAN ISMA TERHADAP MARINA

http://www.ismaweb.net/2018/01/22/netizen-marah-kenyataan-marina-mahathir-mengenai-islam/

Netizen Marah Kenyataan Marina Mahathir Mengenai Islam
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 5 Jamadilawal 1439H, Isnin – Beberapa hari ini pengguna laman sosial berang dengan sikap aktivis liberal, Marina Mahathir, yang tidak sudah-sudah mempersoal Islam.

Rata-ratanya pelik dengan sikap pemimpin Sister In Islam (SIS) itu yang dianggap tidak sensitif apabila membicarakan isu berkaitan Islam.

Marina mendakwa negara hanya akan maju jika bersikap liberal, dan menuduh Islamisasi akan merosakkan Malaysia.

Katanya lagi, Malaysia di ambang kemerosotan jika negara meneruskan agenda Islamisasi yang tidak hanya akan memecahbelahkan masyarakat, tetapi menyuburkan keganasan, lapor Suara TV.

“Marina Mahathir, kamu tak payah keluarkan kenyataan yang menyakitkan hati. Jagalah rumahtangga kamu. Biarkan Tun M sahaja yang terlibat dalam politik,” tulis Zulfakar Mohd Derus.

“Apa kata, dia mati nanti jangan ada sesiapa orang Islam mandi, kapan, solat, dan kebumikan dia. Biar agama lain buatkan semua untuk dia,” tulis Ikhwan Abd Kahar.

Selain itu Singa Malaya berkata, Marina perlu kembali ke pangkal jalan dengan sikap dan perbuatannya selama ini yang menidakkan kebenaran Islam.

“Kamu mengunakan kemajuan Yahuni. Para saintis menyatakan bahawasanya al-Quran mendahului apa yang mereka perbuat. Hal ehwal duniawi Allah telah menyatakan kesemuanya. Berkemungkinan besar kamu tidak memahami yang tersurat apatah lagi yang tersirat.

“Kamu adalah satu-satunya wanita yang amat malang. Sungguh amat memilukan. Akhir kata sesat dihujung jalan kembalilah ke pangkal jalan,” katanya.



“Bagus kau nak maju.. tapi kalau taknak guna cara Allah, jangan kau guna otak kau, badan kau, hati kau, pulangkan dulu segala yang Allah punya.. selepas itu silakan kerana kau terlalu maju daripada Allah,” sindir Nick Kamil.

Bercakap di Kuala Lumpur baru-baru ini, Marina mendakwa tindakan seorang lelaki menampar seorang wanita Muslim kerana tidak memakai tudung di khalayak ramai, sebagai Islamisasi tidak positif atau sihat untuk negara.

Menyentuh mengenai buku Illusion of Democracy, Marina berkata, penerbitan itu memberikan ‘dukungan empirikal’ terhadap pendiriannya mengenai Islamisasi di Malaysia kerana “ia satu bentuk penjajahan, satu konsep yang selama ini tidak pernah diketahui tidak ganas.”

Malah, Marina menganggap kecaman terhadap ucap selamat kepada orang yang berlainan agama, membuktikan Islamisasi tidak hanya memecahbelahkan masyarakat, tetapi turut membawa kepada keganasan.

Anonymous said...

https://www.ismaweb.net/2018/01/03/hikmah-putusnya-tahaluf-siyasi-pas-dap/

Hikmah Putusnya Tahaluf Siyasi PAS-DAP


Amaran: penulisan ini mungkin perit untuk ditelan oleh pelbagai pihak.

Tahun 2018 disambut oleh pengumuman Datuk Mahfuz Omar untuk keluar daripada PAS dan saya hanya tersenyum kerana sudah lama mengagak saat ini akan tiba.

MASIH ingatkah anda istilah ‘parasit-parasit PAS’ yang pernah popular dahulu yang didedahkan oleh Datuk Dr Hasan Ali dan akhirnya beliau dipecat daripada parti itu, di mana PAS itu sendiri melihat beliau sebagai parasit sebenar?

Ramai yang tidak mempercayai pendedahan Datuk Dr Hasan Ali itu, malah menganggap bahawa beliau hanya mahu mengucar-ngacirkan partinya sendiri. Sangatlah rugi apabila PAS kehilangan tokoh-tokoh Islam yang hebat dan bersih seperti Datuk Dr Hasan Ali dan Datuk Dr Nasharudin Mat Isa yang dicantas oleh para parasit dahulu.

Alhamdulillah, PAS kini sudah tiada apa-apa hubungan dengan DAP, malah telah memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR. Putusnya tahaluf siyasi dengan PKR juga penting kerana PKR seringkali menggunakan fitnah sebagai modus operandi untuk berpolitik. Mana mungkin sebuah parti Islam boleh bersahabat rapat dengan penipu dan pembohong lebih-lebih lagi PKR seringkali dilihat sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

PAS sekarang menunjangi Gagasan Sejahtera, yang dianggotai oleh IKATAN dan PCM berserta sokongan yang kuat oleh NGO-NGO Islam. UMNO juga semakin cenderung untuk melaksanakan syariat-syariat Islam walaupun ramai lagi pemimpin-pemimpinnya yang bermasalah seperti korup dan anglofil. Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) juga sangat baik, matang dan menampilkan PAS sebagai sebuah parti Islam yang ikhlas dan bersih perjuangannya.

Bagaimanapun, inilah dakwah dan peranan yang lebih utama yang patut dilakukan oleh sebuah parti Islam. Inilah yang umat Islam inginkan sekian lama; kesatuan umat. Umat Islam mahu usaha-usaha mendaulatkan Islam dilakukan oleh orang Islam itu sendiri, bukannya oleh puak anti-Islam yang hanya bersandiwara mempergunakan kita. Tanggungjawab mentarbiah umat terletak di bahu kita!

Sebagai kesimpulan, putusnya tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR dilihat sebagai perubahan yang besar dalam lanskap politik negara dan semestinya sangat menguntungkan umat Islam. Saya berharap agar PAS istiqamah dan teguh dengan prinsip dan pendekatan seperti sekarang!

Melayu Sepakat, Islam Berdaulat.

Anonymous said...

KHADAM LANUN PUN ADA MARUAH, AKAN TERKESAN JIKA DITIPU TAPI YG GILA ADALAH PAN YG SERONOK DITIOU DAN MENIPU

https://www.ismaweb.net/2018/01/10/kemelut-pengagihan-kerusi-pru14-pan-diperdayakan-atau-mengalah/

Kemelut Pengagihan Kerusi PRU14 – PAN Diperdayakan Atau Mengalah
KEMARAHAN dan kritikan sebahagian ahli dan pimpinan PAN tentang agihan kerusi Parlimen PRU14 nanti adalah pencerminan penyakit yang biasa menimpa parti-parti politik tanahair.

Membaca analisa Dr Kamarul Yusoff tentang komen-komen sebahagian pemimpin dan para simpatisan PAN (https://www.facebook.com/kamarul.yusoff.7/posts/1776837725693611) mengingatkan saya kepada fenomena kerjasama politik yang tidak pernah menikmati suasana kestabilan untuk jangka waktu yang panjang. Krisis ini lebih ketara ketika blok parti-parti pembangkang “mencapai” keputusan tentang peruntukan kerusi-kerusi yang akan dipertandingkan oleh masing-masing parti secara individu dalam PRU14 tidak lama lagi.

Saya berpendapat bahawa parti yang paling malang sekali di dalam percaturan politik dengan pertaruhan tinggi (high stakes political game) adalah Parti Amanah Negara yang lebih dikenali sebagai PAN. Pada hemat saya, PAN telah di “checkmate” dan diperdayakan oleh kebijaksanaan berpolitik parti-parti lain.

Suatu keadaan yang menghairankan sekali, memandangkan pemimpin-pemimpin utama PAN bukanlah sembarangan individu. Hampir kesemua mereka adalah veteran-veteran politik yang punya banyak pengalaman ketika bersama PAS dahulu.

Persoalan yang segera timbul, siapakah yang sebenarnya berkuasa di dalam PAN?

Umum juga mengetahui bahawa sebahagian pemimpin PAN berasal dari pertubuhan Ikram, malah tidak keterlaluan sekiranya dikatakan bahawa PAN adalah platform politik bagi Ikram. Pembentukan parti politik sendiri merupakan sebahagian daripada rancangan asal Grand Design awal tahun 90 an dahulu, sekiranya mereka menemui kegagalan beraksi dari dalam parti-parti UMNO dan PAS. Ramai ahli dan aktivis Ikram juga dikenali sebagai penggerak utama bagi PAN, lama sebelum parti (PAN) ini ditubuhkan.

Idea tentang Rahmatun Alamin, Maqasid Syari’ah dan menguruskan perbezaan bukanlah sejati dari falsafah politik tetapi manhaj tersendiri yang diwariskan kepada PAN. Betapa PAN mendokong gagasan-gagasan ini bukan satu keistimewaan, malah ia hanya melantunkan kembali (echo) strategi politik sebuah NGO berwajahkan Islam.

Justeru itu, yang paling ketara di dalam pengagihan politik blok pembangkang hanyalah kenaifan parti “Islam” baru ini berpolitik berhadapan dengan kelicikan DAP dan PKR. Hakikat bahawa BERSATU diperuntukkan lebih banyak kerusi lebih perit bagi PAN yang nafsu politiknya tidak kurang besar juga.

Kenaifan ini lebih terselah ketikamana kita membaca komen sebahagian ahli-ahli Ikram yang cuba menjustifikasikan pembahagian yang “berat sebelah” dan “tidak seimbang itu” dengan kalimat-kalimat memujuk diri sendiri yang tidak meyakinkan langsung.

Ramai di antara anggota senior mereka terlibat dengan apa yang dikenali sebagai “Reformasi” ketika berlakunya krisis politik ekoran dari pemecatan, penahanan dan pembicaraan ke atas Anwar Ibrahim. Tokoh yang mereka bersetuju untuk diangkat sebagai Perdana Menteri (sekiranya blok pembangkang menang dalam PRU14) itu jugalah yang “memenjarakan” idola politik mereka iaitu Anwar Ibrahim.

Mereka mati akal bagaimana hendak menyelaraskan dua entiti yang saling bertentangan secara logik. Mereka juga gagal mengemukakan jawapan yang tuntas dan memuaskan untuk “reconcile”kan dua realiti yang saling bertentangan. Akhirnya dipilih jawapan alternatif yang semakin mengkusutkan kontradiksi ketara ini.

Puaka Rimba said...

P parti A anutan S yaiton

Anonymous said...

ANWAR PUN KENA TIPU

http://www.malaysia-today.net/153026-2/

Mahathir Berjaya Tewaskan Anwar Sekali Lagi

(1Media) – Kejayaan terbesar Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan bukan kerana berjaya melobi pimpinan tertinggi pakatan pembangkang supaya ‘angkat’ beliau sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, kejayaan sebenar Mahathir dalam Pakatan Harapan adalah terus berjaya menumpaskan pencabar terkuatnya yang beliau sendiri pernah penjarakan satu waktu dahulu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, kejayaan besar lain Mahathir selepas menyertai Pakatan Harapan adalah memastikan pakatan pembangkang melupakan tonik keramat ‘reformasi’ Anwar yang merupakan simbol penentangan keatasnya sejak tahun 1998.

“Kejayaan Mahathir apabila mereka (pakatan pembangkang) mampu untuk terus ditipu dengan taubat palsu yang bersalut keangkuhan. Kejayaan Mahathir hari ini adalah menghilangkan ketajaman perseteruannya dengan DAP yang dimusuhinya.

“Kejayaan Mahathir hari ini ialah membenam Parti Amanah Negara (PAN) ke dalam lumpur. DAP menyucuk hidung PAN lalu membiarkan Mahathir menariknya ke kubang lumpur. Berkubanglah di situ dengan penuh amanah kepada tuan yang melahirkanmu..,” katanya lagi dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mahathir yang diketahui memiliki dana yang besar berjaya mengangkat dirinya sebagai Pengerusi Pakatan Harapan hanya dalam tempoh beberapa bulan selepas menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Beliau seterusnya berjaya melobi pimpinan tertinggi Pakatan Harapan supaya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU Ke-14 walaupun perkara itu dibantah penyokong pembangkang.

Pencalonan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan sekali gus mengenepikan dan menidakkan peluang ramai pemimpin lain yang telah bertahun-tahun bersama pembangkang.

“Itulah kejayaan Mahathir, mengulangi kejayaannya dulu menubuhkan UMNO Baru untuk mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah. Dia meninggalkan UMNO untuk mengalahkan Pak Lah.

Dia menubuhkan PPBM untuk mengalahkan Najib. Aksi terbaiknya kini ialah memenjarakan Anwar di dalam dan memenjarakan pengikutnya di dalam jeriji telunjuknya di luar. What a Kajang kick!!,” kata Nik Mohamad Abduh.
Nik Mohamad Abduh seterusnya mengingatkan Mahathir adalah punca kepada kerosakan negara disebabkan keangkuhan dan pemerintahan kuku besinya selama lebih 20 tahun sebagai Perdana Menteri.

Menurut beliau, Mahathir namun akhirnya mengalami kegagalan untuk terus mengemudi lalu meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan meninggalkan Malaysia dalam kesakitan dan kelesuan.

Beliau turut mengingatkan negeri Kelantan dibina lebih 20 tahun lalu di bawah tekanan tinggi dan serangan bertalu-talu tanpa balas kasihan Mahathir.

“Kelantan disisihkan dengan kebencian dan dendam kesumat seorang diktator yang tidak mampu melihat keupayaan orang lain turut membangunkan negeri dan negara,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin Pakatan Harapan turut menggelar Mahathir sebagai bapa kepada segala penyamun dan melabelkan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu sebagai firaun dan diktator yang menzalami rakyat.

Ramai daripada mereka termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Mohamad Sabu dan Rafizi Ramli bagaimanapun membuat pusingan U menyanjungi Mahathir hanya selepas beberapa bulan tokoh korporat dan politik kaya itu menyertai Pakatan Harapan.

Perubahan mendadak pendirian pimpinan tertinggi Pakatan Harapan keatas Mahathir itu mengelirukan sebilangan besar penyokong pembangkang dan tiada penjelasan yang rasional mengenainya dibuat hingga hari ini.

Anonymous said...

PAN DITIPU, ANWAR DITIPU, PUAKA RIMBA LAGI LAAAAAAAAAAAAA BUKAN SAJA KENA TIPU TAPI KENA GORENG KUALI HANGIT PUNYA. KAH KAH KAH

Puaka Rimba said...

P parti A nak S undal

Anonymous said...

Puaka adalah jin kafir ternakan sifu banglo terlajak diskaun yang menentang ajaran Islam.

Anonymous said...

Puaka ialah syaitan yang diternak oleh sifu kafir harbi untuk menjaja fitnah kerana oyak dan sifunya bencikan Islam.

Anonymous said...

Puaka = syaitan = khadam iblis

Anonymous said...

x ramai mendaftar melayu islam. mengundi wajib. habis berdosa koa org. nas dan hadis mana pas pakai. ya kita semua wajib mengundi utk lenyapkan kapankan dan kebumikan PAS yg amat laparkan dedak dpd kepalabapak haramjadah

john storm said...

Di kelantan hanya ada 2 parti besar UMNO dan Pas.

Mahukah org selangor menjadikan negeri nya seperti Kelantan...?

Lu pikir laa sendiri....

Anonymous said...

Duduk kat Penang dan Selangor, tak mampu beli rumah brooooooooooooooooooo

Anonymous said...



Anak muda telah terkeliru dan mungkin tersesat dengan jawapan PAS iaitu biar Allah yang tentukan siapa PM PAS.

Jadi anak-anak muda menunggu kerana jika mereka mengundi pun yang menentukan PM PAS ialah Allah.

PAS langsung tak pernah memikirkan apakah kesan cara atau kenyataan mereka kepada anak-anak muda..

Wallahuaklam

Anonymous said...

KEPALA HOTAK KAU.

Mengundi adalah wajib di tujukan supaya orang takut dengan hanya mengundi PAS bukan wajib untuk undi parti lawan.

Jika wajib mengapa PAS tak usulkan menjadi undang-undang.

Ikut sedap mulut je keluarkan hukum.

Anonymous said...

Kita wajib menyokong dan mengundi parti Islam sebab PAS berusaha menjadikan Islam sebagai cara hidup umat Islam walaupun puak munafik dan kafir harbi dan barua ternakan DA-Pig sibuk memfitnah PAS.

Anonymous said...

Cerita 1:30 pm adalah cerita dongeng dan sesat oleh manusia bodoh dan sesat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails