Sunday, January 21, 2018

Turki Serang Kumpulan Pengganas Sokongan AS Di Afrin.

Turki lancar serangan ke atas Afrin Erdogan menegaskan Turki akan melancarkan serangan susulan dan operasi ke atas wilayah yang dikuasai Kurdish itu. - Foto REUTERS

KUTAHYA: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengulangi sekali lagi bahawa serangan Turki ke atas bandar Afrin wilayah yang dikawal Kurdish adalah langkah yang perlu diambil bagi mengusir kumpulan militia YPG.

Militia YPG merupakan kumpulan pengganas yang disokong Amerika Syarikat (AS) berpangkalan di selatan sempadan Syria di wilayah Afrin. 
Erdogan juga tidak berselindung dengan menegaskan bahawa Turki akan melancarkan serangan susulan dan operasi ke atas wilayah yang dikuasai Kurdish itu.

Bercakap di bandar Kutahya, beliau menegaskan sasaran seterusnya Turki ialah bandar Manbij di Syria, yang terletak di sebelah barat sungai Euphrates dan pasukan yang dikuasai Kurdish yang disokong AS dari kumpulan Negara Islam pada 2016.

Presiden Turki itu sekali lagi mendakwa AS tidak menunaikan janji untuk memaksa militia Kurdish meninggalkan Manbij. 
Memandangkan janji-janji itu tidak dipenuhi Erdogan menjelaskan tiada pihak yang berhak mempertikaikan tindakan Turki untuk melakukan  serangan tersebut.

Malah beliau juga mendakwa bahawa tindakan itu adalah kerana mengikut keperluan semasa. Turki telah menguasai wilayah sempadan kedua-dua negara itu di mana tentera dan kereta kebal ditempatkan di sepanjang  pintu masuk dan laluan sempadan . (Agensi)


1 comment:

Anonymous said...

Sebenarnya gerila Kurdish adalah pengkhianat yang mendapat latihan, arahan, senjata, wang dan sokongan fizikal dan moral dari Israel dan Amerika Syarikat.

Amerika dan Israel menggunakan gerila Kurdish untuk melemahkan kerajaan Turki, Iraq , Syria dll yang menentang rejim pengganas Israel.

Di negara kita pula, parti kafir harbi DA-Pig adalah barua rejim pengganas Israel. Maka kita tidak merasa hairan melihat DA-Pig mendapat mendapat dedak dari NGO Yahudi Zionis yang mewakili rejim pengganas Israel berusaha melemahkan dan menghapuskan parti Islam pimpinan ulama Islam, ajaran Islam dan menindas umat Islam dan menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu.

Matlamat DA-Pig dan Israel ialah membentuk kerajaan sekular liberal untuk menjadi sekutu rejim pengganas Israel dan menindas agama Islam dan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails