Tuesday, January 23, 2018

Puak Islam Dituduh 'Menjadi Polis' Dalam Memerangi Jenayah.



BERITA AFP ini menyebutkan...

'Kumpulan Islam serbu majlis cari rumah pelacuran'

JAKARTA: Kumpulan konservatif Islam Indonesia menceroboh parti ulang tahun kanak-kanak, ketika menjalankan operasi mencari rumah pelacuran, kata polis hari ini.

Kejadian berlaku Jumaat lalu apabila puluhan anggota Barisan Pertahanan Islam (FPI) menyerbu sebuah rumah dipercayai digunakan untuk tujuan pelacuran, di pulau Madura, Jawa Timur.

Kumpulan berkenaan menarik dua orang yang disyaki pelacur dari rumah berkenaan dan menyerang pemiliknya, sehingga wanita itu pengsan, kata polis.

Mereka kemudian menceroboh rumah berhampiran, termasuk satu yang menganjurkan majlis ulang tahun seorang kanak-kanak.

"Kumpulan berkenaan menyerang rumah itu dan menyerang penduduk tempatan.
"Mereka cuba menjadi polis dalam cubaan memerangi jenayah," kata jurucakap polis, Frans Barung Mangera.

Beliau tidak mengesahkan laporan kumpulan radikal berkenaan mengasari beberapa wanita yang membawa anak mereka ke parti itu. - AFP
FPI Mojokerto Desak Penutupan Tempat Karaoke  
Disusupi Kasus Ahok, MUI Batalkan Salat Berjemaah di Kupang

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menuduh orang Islam sebagai 'Kumpulan konservatif' Islam Indonesia yang ingin melaksanakan tuntutan agamanya di negaranya sendiri adalah tidak betul. 

Kalau betul mereka yang disebut FPI (Front Pembela Islam) itu, mereka adalah pertubuhan berdaftar yang sah sebagai NGO, di negara tersebut. Mereka bisa diseret ke muka pengadilan, kalau tindakan mereka menyalahi undang-undang negara. 

Ternyata ianya tidak berlaku di negara yang mempunyai kedaulatan undang-undang itu. Mari kita lihat hak orang Islam bila berdepan dengan kemungkaran  sekitarnya.

Wajib Mencegah Kemungkaran..



عن أبي سعد الخدري رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول” من رأى منكم منكرا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه، وذلك أضعف الإيمان “ ( رواه مسلم )
Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وستم bersabda:
  • “Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”(Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40)
Umat Islam telah bersepakat atas wajibnya mencegah kemungkaran. Maka wajib ke atas setiap Muslim mencegah kemungkaran mengikut kemampuan. Mengubahnya mengikut keupayaannya untuk mengadakan pengubahan dengan perbuatan dan perkataannya iaitu, dengan tangan, lidah dan hatinya (membenci perkara mungkar).

Mencegah 'Dengan Hati' Itu Paling Tak Mampu.

Seseorang itu akan terlepas dari pertanggungjawaban apabila ia mencegah kemungkaran dengan hatinya kerana ia tidak berupaya untuk mencegah dengan tangan dan lidahnya. Ibnu Mas’ud ( r.a ) berkata:
  • “Hampir-hampir orang-orang yang hidup dari kalangan kamu apabila melihat kemungkaran tidak berupaya untuk mencegahnya melainkan Allah SWT mengetahui apa yang ada di dalam hatinya bahawa dia amat benci kepada kemungkaran itu.”
Begitu juga hukumnya sekiranya seseorang itu takutkan kemudharatan yang bakal menimpa diri dan hartanya sekiranya kemungkaran itu dicegah dengan tangan atau lidah memandangkan ia tidak berupaya untuk menanggung yang sedemikian itu. 

Walau bagaimanapun, jika benar-benar dalam sangkaan bahawa kemudharatan sebegitu tidak akan menimpa diri dan hartanya, maka hukum wajib mencegah mungkar dengan hati itu masih belum gugur darinya, bahkan hendaklah seorang Muslim itu mencegah kemungkaran tersebut dengan tangan atau lidahnya bergantung kepada kemampuannya.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
  • “Sesungguhnya pada hari kiamat nanti Allah SWT akan bertanya kepada hamba-Nya sehingga Allah SWT berfirman: ‘Apakah yang menghalang kamu dari menafikan kemungkaran apabila kamu melihatnya?” Apabila Allah SWT selesai mengajar kepada si hamba hujahnya, si hamba pun berkata: ‘Ya Tuhanku, aku mengharapkan-Mu dan aku menjauhi manusia.’(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah daripada Abu Sa’id al-Khudri)
Iaitu (maksud hadis ), aku mengharapkan kemaafan dan kemapunan-Mu dan aku takut sekiranya manusia menimpakan kemudharatan ke atas diri dan hartaku.

Mencagah Dengan Tangan atau Lidah. 

Ada dua hukum

1. Fardhu Kifayah

Jika kemungkaran tersebut disaksikan oleh lebih daripada seorang dari kalangan kaum Muslimin, pencegahan dan pengubahan kemungkaran itu adalah wajib ke atas sekalian kaum Muslimin di mana apabila sebahagian dari mereka melaksanakan tugas itu walaupun seorang, maka gugurlah kewajipan tersebut daripada bahu yang lain-lain. 

Apabila tiada seorang pun bangun melaksanakan kewajipan itu, maka berdosalah setiap orang yang berupaya berbuat demikian jika tidak beralaskan sebarang keuzuran atau ketakutan. Allah SWT berfirman, maksudnya:

  • “Hendaklah ada segolongan dari kamu yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari kemungkaran….” (Surah Ali-‘Imran: 104)

Maksud umat di dalam ayat tersebut ( rujuk mushaf ) bermaksud jama’ah, iaitu sebahagian kaum Muslimin.

2. Fardhu ‘Ain

Jika kemungkaran itu disaksikan oleh seorang individu dan beliau berupaya melakukan pencegahan atau pengubahan, maka wajiblah hukum ke atasnya berbuat demikian. Begitu juga jika kemungkaran itu disaksikan atau diketahui oleh satu jama’ah, namun mereka tidak berupaya melaksanakan pencegahan kecuali seorang daripada mereka, maka wajiblah hukumnya ke atas yang seorang itu. 

Jika seseorang itu tidak bangun untuk melaksanakannya, berdosalah ia. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم: “Barangsiapa dikalangan kamu melihat kemungkaran…” Iaitu, apabila tiada orang lain melihat kemungkaran itu kecuali dia seorang. Seumpama dengan ‘ melihat dan menyaksikan ‘ ialah pengetahuan mengenai kemungkaran itu dan keupayaan untuk mencegah atau merubahnya.

Akibat Tinggalkan Tugas Dakwah Hapuskan Mungkar Sedang Ia Mampu Laksanakan..

Jika kerja mencegah kemungkaran ditinggalkan, maka merebaklah kejahatan di seluruh bumi, lalu tersebarlah maksiat dan lain-lain perkara yang keji. Justeru itu terhapuslah penunjuk-penunjuk kebaikan lalu diganti dengan kehinaan yang mengumumi kehidupan masyarakat kita. 

Ketika itu, kesemua mereka layak untuk menerima kemurkaan Allah SWT serta penghinaan dan pembalasannya. Firman Allah SWT, maksudnya:
  • “Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan ‘Isa putera Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka derhaka dan selalu melampaui batasan. Mereka satu sama lain tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat itu. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka lakukan itu.” (Surah al-Ma’idah: 78-79)
Manakala hadis mengenai perkara ini banyak sekali, antaranya:

1. Daripada Abu Bakar ( r.a ), daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
  • “Tidaklah satu kaum itu apabila maksiat dikerjakan di kalangan mereka kemudian mereka tidak mengubahnya sedangkan mereka berupaya berbuat sedemikian melainkan hamper-hampir Allah akan mengenakan azab-Nya ke atas mereka.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)
2. Daripada Jarir ( r.a ), belia mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
  • “Tidaklah seorang lelaki itu mengerjakan maksiat di dakam satu kaum yang berupaya untuk mengubah maksiat yang dilakukannya, namun mereka tidak mengubahnya melainkan Allah menimpakan azab-Nya ke atas mereka sebelum mereka mati.” ( Diriwayatkan oleh Abu Daud )
3. Daripada ‘Adi bin Umair ( r.a ), bahawa beliau telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

  • “ Sesungguhnya Allah tidak mengazab golongan umum ( orang-orang yang tidak melakukan kemungkaran ) disebabkan apa yang dikerjakan oleh golongan khusus ( orang-orang yang mengerjakan kemungkaran ) hinggalah apabila kemungkaran dikerjakan dihadapan mereka di mana mereka mampu untuk mencegahnya, namun tidak mencegahnya. Apabila mereka melakukan sedemikian, maka Allah pun mengazab golongan umum dan golongan khusus.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud)
Betulkan Fahaman Salah.

Ramai dikalangan kaum Muslimin yang tersilap apabila mereka mengemukakan alasan mereka terhadap ketidakprihatinan dan sikap tidak bertanggungjawab mereka dalam mencegah kemungkaran dengan berhujah sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud:

  • “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk….” ( Surah al-Ma’idah: 105 )
Sedangkan ayat itu sendiri mewajibkan pelaksanaan pencegahan kemungkaran. Telah diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abu Bakar ( r.a ), katanya:

  • “Wahai manusia! Sesungguhnya kamu membaca ayat ini dan meletakkannya bukan pada tempatnya ( yakni surah al-Ma’idah: 105 tersebut ). 

Dan sesungguhnya kami telah mendengar Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

  • “Sesungguhnya manusia itu apabila melihat orang yang zalim namun mereka tidak mengahalang dan mencegah ( kezaliman ) nya, hampir-hampir Allah mengenakan azab-Nya ke atas mereka.”
Al-Imam An-Nawawi Rahimahullah menukilkan di dalam Syarah Muslim dengan berkata:
“Mazhab yang shahih di sisi para muhaqiqqun ( mereka yang mentarjihkan dan menshahihkan sesuatu perkhabaran ) tentang penafsiran ayat ini (surah al-Ma’idah:105 ) ialah:

‘Sesungguhnya apabila kamu melaksanakan tuntutan pencegahan mungkar itu yang dipertanggungjawabkan ke atas dirimu, maka kelemahan dan kekurangan orang lain tidak akan memudharatkan kamu seperti di dalam firman Allah SWT yang maksudnya:

  • “ …. Dan seorang, yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain….” (Surah ali-‘Imran: 164 )
Maka, apakah lagi alasannya seseorang itu yang telah terpikul di bahunya untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran?

Redha Dengan Dosa Adalah Satu Maksiat Besar.

Barangsiapa tahu tentang satu dosa dan dia redha akannya, sesungguhnya dia telah melakukan dosa besar dan mengerjakan seburuk-buruk perkara haram sama ada dia melihat perbuatan dosa tersebut atau tidak, maka dosanya adalah seperti dosa orang yang melihatnya tetapi tidak mencegahnya.

Daripada al-‘Urs bin Umairah ( r.a ), daripada Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:

  • “Apabila satu dosa dilakukan di muka bumi ini, maka orang yang melihatnya serta membencinya ( Baginda bersabda pada ketika yang lain: dan mengingkarinya ) maka dia sama seperti orang yang tidak melihat kemungkaran itu berlaku dihadapan matanya, tetapi redha dengannya, samalah seperti orang yang menyaksikannya.” ( Diriwayatkan oleh Abu Daud )
Disebabkan redha dengan dosa, hal ini akan mengakibatkan seseorang itu tidak akan mampu mencegah kemungkaran tersebut dengan hatinya. Kita telah mengetahui bahawa mencegah kemungkaran hukumnya adalah fardhu ‘ain dan meninggalkan fardhu ‘ain adalah tergolong ke dalam dosa-dosa besar.

والله أعلم
Sumber: Al-Wafi, fi syarh al-arba’in an-nabawiyyah Hadis ke-34.


11 comments:

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/22/al-quran-kitab-cetak-rompak-pemimpin-himpunan-bersih/

Al Quran Kitab Cetak Rompak — Pemimpin Himpunan BERSIH

Kuala Lumpur: Clement Chin, pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas menuduh al-Quran sebagai sebuah kitab cetak rompak, dengan 70% isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.

Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataan beliau yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan menerusi aplikasi media sosialnya, facebook.

Clement Chin berkata, “Mengapa kamu membaca kitab cetak rompak? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru.”

Beliau yang pernah terlibat dalam aktiviti untuk mengedarkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel-hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan ini juga menuduh kitab suci umat Islam tersebut telah diubah berkali-kali dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal.


Clement Chin yang pernah mengumumkan bahawa Himpunan Hijau adalah sebagai sebahagian daripada BERSIH itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan syiar Dewa Bulan Hubal sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam.

Reply

Anonymous said...

Jika pihak pemerintah dan polisi gagal bertindak ke atas pusat pelacuran, maka wajarlah pejuang Islam sebagai rakyat menggunakan kuasa rakyat bertindak ke atas pusat pelacuran untuk menghapuskan penyakit sosial dan penyakit kelamin seperti HIV, Aids, siplis dll.

Puak kafir harbi DA-Pig dan khadam-khadam liberalnya memang suka maksiat berkembang pesat konon 'kemajuan' .Kemajuan kepala bapak sifu banglo 66 skandal.

Oleh sebab itu kita umat Islam akan sokong dan undi parti Islam PAS dalam PRU 14.

Anonymous said...

Jika Clement ini berada di Indonesia, kita yakin Clement akan didakwa dan dipenjarakan.

Di Malaysia, puak kafir dan puak munafik bebas menghina agama Islam. Pemimpin negara tidur atau koma?

ted manoff said...

Sendiri buat entri sendiri komen..apasal ibnu sekarang suka copy blog pro bn..ibnu jgn jadii bangsat..🙅🙅

Anonymous said...

JIKA KITA MENDEDAHKAN KELEMAHAN BIBLE, CHINPANZEE PASTI AKAN MEROYAN GILA BABI.

KITA CABAR CHINPANZEE BERBAHAS DENGAN KITA TENTANG ALQURAN DAN BIBLE.

Anonymous said...

HIMPUNAN BERSHIT MENERIMA WANG DARI 'NDI' NGO YAHUDI ZIONIS AMARIKA YANG BERERTI PEMIMPIN BERSHIT ADALAH PUNDEK ZIONIS.

Anonymous said...

Say no kpd DAP yg anti Islam dan sekutu2 dlm PH

http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/691126-10-bukti-dap-anti-islam-menurut-ridhuan-tee.html

10 Bukti DAP Anti-Islam Menurut Ridhuan Tee

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah menyenaraikan 10 bukti yang menunjukkan DAP merupakan sebuah parti anti-Islam.

Yang pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak.



Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, 



Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. 



Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. 

Ketujuh,

DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM.


Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu.

Ke-10 DAP menentang ustaz dan ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak,



“Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.



“Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman,” katanya dalam satu kenyataan.

Anonymous said...

Sifu banglo 66 skandal terlalu terdesak mahu memfitnah parti Islsm dan ulama Islam sehinggakan dia terpaksa mengupah ted gila 9:32 am untuk menjaja fitnah.

Anonymous said...

NIIIIIIIIII DAKWAH ISMA. KITA JAUHKAN DIRI DARI GOLONGAN ANTI ISLAM

http://www.ismaweb.net/2017/10/17/oktoberfest-dap-makin-kurang-ajar-hina-islam/

Oktoberfest: DAP Makin Kurang Ajar Hina Islam

BANGI, 27 Muharram 1439H, Selasa – Parti rasis dan cavinis DAP semakin menunjukkan sikap kurang ajar, angkuh dan celupar apabila berterusan memperlekeh Islam.

Terbaharu, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng menyindir kononnya Pulau Pinang bukan negeri pelampau Taliban seperti negeri yang menghalang penganjuran pesta Jerman, Oktoberfest.

“Pelampau mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban,” kata Guan Eng.

Menyelar kenyataan itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim berkata, ungkapan pemimpin DAP nampak sangat memperlekeh Islam.

“Sewajarnya dia memilih untuk berdiam diri sahaja berhubung penganjuran Oktoberfest di negeri itu.

“Tetapi Guan Eng melontarkan ulasan sinikal yang bukan sahaja menzahirkan kesombongannya, tetapi bagaikan mencabar Islam dengan bidasan dan perkataan digunakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, besar kepala yang ditunjukkan DAP semakin ketara apabila seorang lagi pemimpinnya, Hew Kuan Yau memaki Islam dengan carutan “Sohai”.

“Keberanian DAP berperangai jelek membuktikan parti itu langsung tidak mengenal hormat dan sensitiviti yang tidak sewajarnya disentuh.

“Sikap anti Islam tersebut bukan baharu walaupun sering dinafi atau dilakonkan watak mesra Islam.

“Saya percaya, dari semua yang pernah dizahirkan parti itu, mereka akan terus mempermain dan merendah-rendahkan Islam,” katanya lagi.

Mengulas lanjut Ustaz Hishamuddin berkata, penghinaan yang dilakukan pemimpin DAP ini sangat merbahaya kepada keharmonian negara.

Sehubungan itu, beliau menggesa siasatan dijalankan ke atas kedua-dua individu berkenaan.

“Seterusnya DAP perlu mengemukakan permohonan maaf rasmi,” katanya.

Anonymous said...

Jgn dengar sgt ckp ridhuan tee..dia pn cina..

Anonymous said...

Jangan dengar cakap ular 12:14 pm ternakan sifu banglo 66 skandal. Kita dengar cakap saudara Islam kita Ridhuan Tee yang berani bercakap benar.

Sokonglah parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails