Mangsa berusia 23 tahun itu turut menjadi hamba seks kepada suspek berusia 29 tahun itu apabila dipaksa melakukan hubungan seks sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari.
Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, gadis itu mula dikurung di dalam bilik sewa berkenaan sejak 15 Januari lalu sebelum berjaya melarikan diri kira-kira pukul 2 petang kelmarin.
Katanya, mangsa melarikan diri selepas suspek memaksanya untuk me­minta duit daripada ibu saudaranya.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kenapa boleh jadi begitu? Apakah kerana bermula dengan perlakuan pergaulan bebas?