Monday, January 22, 2018

Baru Umum MB S'ngor, Selepas PAS Menang. Tanding 42 DUN &20P.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat senjata tradisional Melayu yang bernama sundang sebgai simbolik perasmian Fastakim 2.4 di Komplek Sukan Seksyen 17 Shah Alam. - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM


SHAH ALAM - Pas memilih pendekatan tunggu selepas selesai PRU14 bagi menamakan calon menteri besar Selangor jika berjaya menang dan menjadi kerajaan di negeri itu.

Presidennya,  Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, buat masa ini Pas tidak akan menamakan calon itu kerana masih terlalu awal untuk diperkatakan.

“Soal calon Menteri Besar Selangor itu satu andaian. Kita tak mahu buat sesuatu hukuman andaian, nanti kalau kita calonkan kemudian bila bertanding dia kalah, itu tak betul.
“Kita di Malaysia bertanding pilihan raya bukan macam bertanding calon presiden seperti di Amerika Syarikat. Nanti kalau kita calon tapi kalah lain pula hal, jadi pendekatan terbaik tunggu selepas pilihan raya," katanya.

Beliau berkata, Pas yakin mampu melakukan perubahan di Selangor.
"Kalau kita sudah bersendirian ini (tidak bersama Pakatan Harapan) kita akan tentukan kemudian,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, senarai calon Pas yang akan bertanding di Selangor akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.

“Saya serahkan kepada pimpinan Pas Selangor dan terpulang kepada mereka untuk umumkan bila atau pada masa yang dirasakan sesuai,” katanya.

Pas yang sebelum ini membentuk blok Gagasan Sejahtera berhasrat menawan Selangor apabila mengumumkan akan bertanding di 42 kerusi dun dan sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen di negeri itu.

6 comments:

Anonymous said...

Kami akar umbi mau Mike Sabu jadi MB

Jesse Bertam
Betoi Betoi Amanah

Anonymous said...

http://www.mynewshub.cc/utama-sensasi/pan-kesal-cukai-arak-naik-bakal-beban-peminum/


PAN Kesal Cukai Arak Naik Bakal Beban Peminum

Published on Nov 9, 2016 in Politik/Utama & Sensasi


ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.
Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian. – MYNEWSHUB.CC

Anonymous said...

http://v2.ismaweb.net/2014/10/khalid-samad-pesta-arak-oktoberfest-tidak-boleh-dihalang/


Khalid Samad: Pesta arak ‘Oktoberfest’ tidak boleh dihalang


BANGI, 2 Okt – Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi ummat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

“Islam mengiktiraf bahawa arak tidak merupakan sesuatu yang haram mengikut ajaran agama mereka.

“Tambahan pula pesta kemuncak yang akan diadakakan di Petaling Jaya itu adalah di kawasan majoriti bukan Islam.

“Apatah lagi jika mahu dibandingkan dosa arak dengan syirik, sebenarnya dosa syirik lebih besar berbanding arak, namun gereja dan kuil tetap dibenarkan,” ujarnya ketika dihubungi wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian sebagai respon berkenaan penganjuran pesta arak oleh Carlsberg yang didedahkan ISMAweb beberapa hari lalu. Pesta arak ini telah pun bermula sejak 24 September lalu di RP, Saujana Hotel Subang dan diikuti di Berjaya Time Square Hotel, Brussels Setia Walk, Puchong, I Beam, Batu Pahat, Johor, Deutsches Gasthaus, Kepong, KL, Hakka Restaurant Kuala Lumpur, Movida, Sunway Giza, PJ dan Euro Deli, Penang.

Kemuncak pesta ini akan diadakan pada 10 hingga 12 Oktober ini di tempat letak kereta, One Utama Petaling Jaya.

Anonymous said...

PAN MENENTANG FATWA SELANGOR. LANGSUNG TIDAK HORMAT INSTITUSI AGAMA DI SELANGOR

Jawatankuasa Fatwa Selangor telah menggazetkan SIS dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat serta menyeleweng daripada ajaran Islam.

Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsan juga telah memutuskan bahawa fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat.

TETAPI PAN BANGKANG FATWA INI DAN MENGANGKAT SIS SETARAF DENGAN ULAMAK

https://aidcnews.wordpress.com/2017/02/16/sisters-in-islam-sis-sebaris-dengan-ulama-pengarah-strategik-pan/

Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama – Pengarah Strategik PAN

AIDCNews – 16/02/17 – Sisters In Islam (SIS) dan IRF (Islamic Renaissance Front) sebaris dengan ulama dalam mentafsir perundangan Islam, kata Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad.

“SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SIS sebelum ini difatwakan sesat di Selangor.

Dzulkefy mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai ‘ahli ziq’, yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai ‘pakar’ lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris.

Dzulkefy berpendapat SIS dan ulama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang.

“Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan” tegasnya lagi.

Anonymous said...

Majlis fatwa dah kata haram kenapa pandai2 kata sebaris dengan ulamak. Nilah maknusia lupa diri allah bagi akal gunakan untuk kebaikan jangan guna untuk keburukan diri sendiri. Dia ni sebenarnya merosakkan diri dia sendiri moga dia diberi hidayah kembali kepada islam yang sebenar dah makin jauh tersimpang puak2 pan ni nampalnya.

Puaka Rimba said...

Mung ingat Rakyat Selangor , se BODOH rakyat kelantan. Hehehekikikihahahakahkahkah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails