Friday, October 27, 2017

Wisma Tok Guru Dijual Kepada PAS Sehari Sebelum Notis Kosongkan?



KOTA BHARU: Wisma Tok Guru di Kampung Pendek, di sini, yang menjadi rebutan dua parti, dikatakan pernah ditawar harga sehingga RM1.2 juta oleh Parti Amanah Negara (PAN).
Difahamkan, wakil parti PAN terlebih dahulu menemui pemilik tanah terbabit iaitu isteri bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim kerana berminat terhadap tanah berkenaan.

Sumber PAS berkata, isteri Allahyarham bagaimanapun tidak berminat untuk menjual kepada orang lain yang bukan ahli PAS kerana sedar bangunan di tanah terbabit adalah milik PAS.

Katanya, isteri Allahyarham juga sedia maklum bangunan di tanah terbabit dibina hasil kutipan derma yang dilakukan PAS.

"Kerana tidak mahu menanggung beban di akhirat, isteri Allahyarham akhirnya menjualnya kepada PAS menerusi setiausaha kerja parti itu, Mohamad Yasin Yusof dengan harga RM700,000.

"Jika isteri Allahyarham mengejar keuntungan, sudah tentu dia menerima tawaran ahli PAN.

"Bagaimanapun pemimpin PAN dikatakan hanya mengetahui tanah terbabit dijual kepada PAS sehari sebelum menerima notis meminta supaya mengosongkan premis sehingga 16 November depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, menawarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa, supaya menyertai semula PAS sekiranya enggan berpindah.

"Kalau Husam tak mahu keluar, PAS tiada masalah, namun dia (Husam) perlu kembali kepada PAS.

"Seperti orang bercerai, dia hanya berpisah rumah ketika bercerai dan sekiranya mereka kembali rujuk, mereka boleh tinggal bersama-sama semula," katanya.

Note: Isteri Dato Rosli dulu UMNO faham agama, Tapi Husam Musa kata dia anak didik Tok Guru Nik Aziz tapi jahil tentang harta wakaf. Semua kerana nafsu dan dendam tak boleh jadi MB. - AO 
(TKO)


IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

1 comment:

Anonymous said...

Mana dapat fakta ni? Adakah dari Berita Hairan? Dari mana sumber fakta ini, diharap jangan tambah dosa fitnah. Tunggu sahaja 15/11 ni dan tindakkannya. Harap semua bersabar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails