Friday, October 27, 2017

Wanita Sektor Swasta Dapat Cuti bersalin 90 Hari


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan, 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita.


Katanya, wanita adalah tulang belakang kepada kesejahteraan keluarga dan pembangunan negara dan pengumuman itu adalah sebagai menghargai sumbangan mereka.


“Pertama: Mewajibkan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita dalam keahlian lembaga pengarah GLC dan GLIC serta badan berkanun, sebelum akhir tahun 2018.

“Kedua: Mencadangkan tempoh cuti bersalin mandatori untuk sektor swasta dinaikkan daripada 60 hari ke 90 hari, seperti yang telah dilaksanakan oleh perkhidmatan awam.


“Ketiga: 20 juta ringgit untuk program latihan dan keusahawanan wanita antaranya PEAK Entrepreneur Programme di bawah MyWin Academy.


“Keempat: Bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja, kerajaan mencadangkan layanan pengecualian cukai pendapatan individu disediakan ke atas pendapatan yang diperolehi dalam tempoh 12 bulan berturut-turut, kepada mereka selepas tempoh sekurang-kurangnya dua tahun berhenti daripada pekerjaan.


“Pengecualian ini layak dituntut bagi tahun taksiran 2018 hingga 2020,” katanya ketika membentangkan Bajet 2018, di Dewan Rakyat, hari ini.



IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

1 comment:

Anonymous said...

Tersenyum kambinglah penyokong dan pekerja kerajaan dari UMNGOK dan PAS pis pus kerana dapat duit dedak Rm 1500.00 hadiah dari Pahlawan Bugis.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails