Tuesday, October 24, 2017

Tinggalkan Wisma Tok Guru Sebelum 16 Nov Ini. -P/PAS K'tan.


Ahmad Fadhli Shaari
KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan memberi amaran kepada Amanah agar meninggalkan bangunan Wisma Tok Guru  di Pendek di sini sebelum notis pengosongan berakhir pada 16 November ini.

Ketuanya, Fadhli Shaari berkata, adalah jelas bangunan telah menjadi milik Pas Kelantan yang dibuat melalui satu pembelian sah oleh setiausaha kerja Pas  sebagai pemegang amanah.



"Geran tanah cukup jelas dengan nama pemilik dikeluarkan yang tidak boleh dipertikaikan lagi dari sudut kesahihan jual beli, undang-undang manakah yang menghalang kami untuk memacakkan bendera di luar bangunan yang sah milik Pas.
Hasil carian imej untuk Wisma Tok Guru
Hasil carian imej untuk Wisma Tok Guru

"(Sekiranya enggan keluar) kami pertimbangkan segala langkah yang sesuai mengikut undang-undang, terpulang kepada Pas Kelantan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan 150 pemuda Pas memacakkan bendera di bagunan tersebut malam semalam sekaligus dianggap sebagai tindakan drastik dari sayap Pas itu.

Mengulas mengenai kenyataan Adun Salor, Datuk Husam Musa yang mahu mengambil tindakan mahkamah bagi mempertahankan bagunan itu, Fadhli berkata, transaksi jual beli dan pemilikan adalah sah sehingga mahkamah menentukan sebaliknya.

"Notis 30 hari juga telah dikeluarkan, kami menghormati notis itu dan tidak menyentuh fizikal bangunan sekalipun kami selaku satu pihak dalam Pas berhak untuk memasuki bangunan berkenan, sekiranya tidak bawa sahaja kes pemasangan bendera ini ke mahkamah,"katanya.

Beliau dalam masa yang sama berkata, Pas tidak hadir  dengan niat melakukan provokasi sebaliknya hanya memacakkan bendera di bangunan yang sudah sah menjadi milik mereka.

Beliau berkata, sekiranya isu akhlak menjadi perdebatan, beliau mempersoalkan adakah Amanah mengambil sikap yang sama ketika mana mengambil alih bangunan itu sebelum ini.

"Mengecat  dengan warna oren dan memasang bendera parti yang berlawanan telah menghiris hati begitu ramai pihak dalam Pas khusus di Salor yang berusaha membangunkan markaz ini," katanya.
Dalam pada itu,  nada sama yang dinyatakan Ketua Penerangan Pemuda Pas negeri, Nazman Ibrahim  yang menegaskan,  tindakan mengusir Amanah boleh dilakukan jika mereka tidak mematuhi arahan.

"Kita dapati Amanah cuba mengingkari notis tersebut apabila dikatakan mahu mengadakan program pelancaran jentera pilihan raya bulan depan,"

"Jadi apabila kita letakkan bendera dikawasan wisma itu adalah satu petanda bahawa dengan apa cara sekalipun 16 November ini kita tidak mahu lagi lihat kelibat parti itu di bangunan tersebut," katanya. (SH)


IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

1 comment:

Anonymous said...

Husam, aku nak sumbu ajaib satu. Aku nak jimat minyak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails