Sunday, October 22, 2017

Tanjung Bungah, Lagi Mayat Ke5 &6 Dikeluarkan. Mengapa KM Bisu?


 Dua lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah ditemui, awal pagi tadi. - Foto Ihsan JBPM
GEORGETOWN: Mayat mangsa kelima dan keenam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah dikeluarkan pasukan penyelamat, awal pagi tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Moktar, berkata kedua-dua mayat dikesan anggota penyelamat yang melakukan pemantauan permukaan di lokasi kejadian.
"Mayat kelima adalah warga Indonesia dikenali sebagai Erwin.
"Mangsa dikesan pasukan penyelamat dalam keadaan tertimbus sebelum mayatnya dikeluarkan pada jam 2.45 pagi, manakala identiti mayat keenam belum dikenal pasti.

"Kita turut mengeluarkan mayat warga Indonesia dikenali sebagai Hosrin pada jam 11.30 malam tadi, sekali gus menjadikan bilangan mangsa tertimbus berbaki lapan orang.
"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan jam 8 pagi ini," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Seramai 14 pekerja pembinaan yang melakukan kerja mengikat konkrit terperangkap dalam kejadian runtuhan tanah pada jam 8.50 pagi semalam.
Susulan kejadian itu, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dikerahkan bagi membantu operasi SAR mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah terbabit. (BH)
lim-guan-eng-landslide-penang-1
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa hingga pagi ini KM Pulau Pinang masih membisu? Kena pada negeri dan diri sendiri diam. Kalau mengenai negeri Kelantan dan lain-lain cabul sangat mulutnya..

Pagi Sabtu, kejadian tanah runtuh berlaku di sebuah tapak pembinaan di Tanjung Bungah dengan sekurang-kurangnya 20 buruh binaan dikhuatiri tertimbus.

Bukan hendak salahkan sesiapa... tapi pembangunan melampau dan tidak dirancang di Pulau Pinang akhirnya mengundang padah. Apa yang membimbangkan berbagai pihak sebelum ini ketika membangkitkan soal 'hilangnya kehijauan' di kawasan berbukit sekitar Tanjung Bungah dan Balik Pulau terbukti benar.

Sebelum ini berbagai pihak mengkritik dasar pembangunan tidak dirancang dengan teliti oleh kerajaan DAP Pulau Pinang yang menyebabkan banyak berlaku banjir kilat di negeri itu. Bagaimanapun Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata banjir kilat itu berlaku kerana hujan.

Ertinya masih menyalahkan hujan. Kes inipun begitu juga?


Vieo: Dua lagi mayat ditemui


IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

2 comments:

Anonymous said...

Ini Malaysia Ma, ada wang, semua boleh.

Boleh beli tiket masuk syurga! Boleh kawin 4, boleh kawtim semua plojek kasi approved!

Siapa itu olang keleja JKR? Mata Sepet kah?

Siapa itu olang Keleja Bandaraya? Mata sepetkah?

Siapa itu olang keleja Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja? Mata Sepet jugakah?

Itu Olang ada bikin kerja itu, itu olang ada hali2 buat site visit? Itu olang ada ilmu boleh anticipate risk kah?

Hahahhaha Sajer mahu Tanya?

Anonymous said...

Anon October 22, 2017 at 12:34 PM

Siapa kata 'Ini Malaysia Ma, ada wang, semua boleh. Boleh beli tiket masuk syurga!'

Ini cakap orang bukan Islam. Cakap UMNO. Cakap kafir menghina Islam. Harap yang bercakap itu kerana jahilnya. Bertaubatlah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails