Thursday, October 26, 2017

Promosi Cerai Untuk Burukkan PAS -Asiah Abd Jalil




AIDCNews -25/10/17-Kawan rapat kepada Siti Kassim, Asiah Abd Jalil mengakui bahawa dia sengaja mempromosi perceraiannya kepada umum bertujuan untuk memburuk-burukkan imej PAS.
“Saya boleh memilih untuk bercerai secara diam-diam dan tenang. Simpan semua aib rumah tangga. Jaga maruah suami dan diri sendiri. Fikirkan perasaan anak-anak dan ahli keluarga.
“Tapi jika kisah rumah tangga saya tidak diceritakan, masyarakat takkan beroleh apa-apa iktibar. PAS akan terus merosakkan institusi keluarga tanpa sebarang kecaman dan tindakan,” kata Asiah dalam Facebook hari ini.
Dalam masa sama Asiah turut mendakwa pejuang siber PAS telah membuat aduan kepada pengasas Facebook Mark Elliot Zuckerberg supaya memadamkan dua artikelnya berkaitan perceraian itu.
“Mujahid siber PAS mengadu kat Mark Zuckerberg tentang dua status saya berkaitan dokumen permohonan perceraian saya. Dalam tempoh 12 jam, dua status tersebut were removed by Facebook.
“Parti syurga jenama Islam bersungguh-sungguh cuba menutup kebenaran. Bayangkanlah betapa pondannya cara jundullah PAS berjuang,”katanya.
Kakak kepada Ali Abd Jalil (gambar), seorang lelaki yang melarikan diri ke luar negara kerana dikehendaki polis berhubung cita-cita mahu menghapuskan raja-raja Melayu di Malaysia berkata dia telah memfailkan cerai kaedah hakam terhadap suaminya Mohd Hatta Saadon di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan pada Isnin, 23 Oktober.
Berita permohonan cerai itu ditularkan dalam blog-blog pro-Pakatan Harapan khususnya Milo Suam.
Asiah memberi tiga alasan kenapa dia menuntut cerai daripada suaminya, salah satunya ialah perbezaan pendirian politik — suami didakwa terlalu taksub kepada PAS.
Dua lagi alasan yang disebut dalam tuntutan cerai itu ialah, suami telah menuduhnya murtad, dan tiada lagi persefahaman — syiqaq (perselisihan) berpanjangan.
Dokumen tuntutan cerai itu telah dimuat naik melalui akaun Facebook miliknya, Asiah mendakwa dia tidak akan menuntut sebarang hak terhadap nafkah dan harta namun mahukan hak hadhanah (hak penjagaan anak) secara bersama.

IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

1 comment:

Anonymous said...

Encik encik suami, jgn lupa tggjwb utk didik puan puan isteri dgn ajaran agama yg benar. Jika tak mampu buat sendiri, galakkan atau bawak bersama ikuti kelas kelas agama di surau surau dan masjid masjid berhampiran. Jgn biarkan puan puan isteri dlm kejahilan. Nampak bnyk dah, zahirnya mcm alim, tp bila buka mulut jer, zahirlah kejahilannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails