Wednesday, October 25, 2017

Penduduk T/Bunga Terus Bimbang &Bantah. -R.Meenakshi



GEORGE TOWN – Persatuan Penduduk Tanjung Bunga melahirkan kebimbangan dan membantah keras sebarang kerja pembinaan di kawasan lereng bukit terutamanya di Tanjung Bunga bagi mengelak tragedi tanah runtuh di kawasan itu berulang.
Pengerusinya, R.Meenakshi berkata persatuan itu sangat terkejut sebaik saja mengetahui bahawa projek kondominium Granito@Permai yang dilanda tanah runtuh Sabtu lepas itu telah ditolak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Beliau turut mempersoalkan bagaimana majlis perbandaran dan kerajaan negeri berterusan membenarkan projek sebegitu dijalankan serta bimbang jika masih terdapat projek sama yang diberi kebenaran.
“Ini menunjukkan bahawa suara pemaju di negeri ini lebih kuat daripada kepentingan rakyat.
“Kami khuatir kalau undang-undang diabaikan, masa depan masyarakat tidak terjamin,” katanya kepada pemberita di sini semalam. (Kosmo!)
 Pemandangan dari udara lokasi kejadian tanah runtuh di tapak projek kondominium Granito@Permai di Tanjung Bunga.

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

1 comment:

Anonymous said...

https://anginperubahan.blogspot.my/2014/10/satu-demi-satu-kampung-melayu-hilang.html

Satu Demi Satu Kampung Melayu Hilang Dari Peta Pulau Pinang
PULAU PINANG 13 Okt. - Sebuah lagi perkampungan Melayu di negeri ini iaitu Kampung Mutiara, Batu Feringgi di sini, bakal lenyap selepas lebih 200 penduduknya diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing.

Kampung berkenaan yang terletak berhampiran lokasi pelancongan popular di sini wujud sejak 1950-an dan menempatkan kira-kira 48 buah keluarga.

Hari ini, penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan nasib mereka yang diarahkan berpindah tanpa pampasan dan rumah ganti.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) kampung berkenaan, Ismadi Abu Bakar berkata, masalah mereka bermula pada 2007 apabila tuan tanah yang menetap di Selangor menyerahkan notis pengosongan kepada mereka.

Menurutnya, keadaan bertambah sukar pada 2012 apabila mereka diarah berpindah dengan notis terakhir diterima kira-kira tiga bulan lalu.

Tambah beliau, arahan pengosongan itu membabitkan sebanyak 48 buah rumah penduduk yang terletak di lot A dan B manakala penduduk tidak dimaklumkan jenis pembangunan yang dirancang di kawasan tersebut.

"Sehubungan itu, kami meminta pihak berkuasa campur tangan bagi membantu penduduk di sini yang tersepit. Majoritinya adalah penduduk asal di Batu Feringgi dan ke mana kami hendak berpindah selepas ini," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi itu.

Terdahulu, Ismadi bersama kira-kira 100 penduduk kampung itu mengadakan demonstrasi sambil mendesak supaya keadilan diberikan kepada mereka dan merayu kerajaan negeri campur tangan menyelamatkan perkampungan mereka.

Pelbagai sepanduk turut dibawa antaranya bertulis 'Jangan Halau Kami', 'Kami Diusir Tanpa Pampasan' dan ' Tuan Tanah Tidak Berperikemanusian' malah ada yang tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata.

Menurut Ismadi, kawasan itu bukan perkampungan haram kerana diiktiraf kerajaan dan pernah mendapat anugerah Johan Kampung Terbaik di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau mempersoalkan mengapa tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mewartakan perkampungan itu sebagai kampung warisan.

Sementara itu, penduduk, Che Melor Othman, 48, berkata, dia berikrar untuk mempertahankan haknya sebagai penduduk kampung berkenaan dan menuntut supaya pemilik tanah lebih bertimbang rasa.

"Bagaimana saya, suami serta empat anak mahu meneruskan kehidupan kerana kami dihalau tanpa dibayar walaupun satu sen.

"Kami menuntut supaya diberikan rumah di kawasan ini juga kerana kami anak jati kampung ini," katanya.

Saudara kembarnya, Che Bunga pula berkata, mereka mahu terus menetap di situ kerana terdapat masjid di kawasan berhampiran selain mewarisi tempat tersebut daripada nenek moyang.

"Jangan main- main dengan kami orang Melayu di sini kerana apabila keadaan mendesak seperti ini, kami akan bangkit mempertahankan hak kami," katanya.

Bagi Aminah Said, 51, pula katanya, dia dan keluarga terpaksa menanggung kerugian besar kerana rumahnya bakal musnah selain perlu mengeluarkan perbelanjaan menyewa atau membeli rumah baharu di negeri ini yang sangat mahal.

"Saya hanya suri rumah dengan tiga orang anak. Bagaimana saya mahu mencari duit untuk berpindah?" katanya.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails