Thursday, October 26, 2017

Kerjasama PAS/UMNO Melibatkan Syari’ah, Kemanusiaan &Sekat DAP. – Dr Zuhdi

Hasil carian imej untuk Dr Mohd Zuhdi Marzuki
PAS menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan UMNO melibatkan aspek pemerkasaan syari’ah Islam, isu kemanusiaan dan menyekat kemaraan DAP.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, ia bukan hanya perlu melibatkan kerjasama antara PAS dan UMNO, bahkan turut melibatkan semua masyarakat Melayu dan pengundi Islam di negara ini.
Menurutnya jalinan kerjasama itu perlulah merangkumi “sebelum” dan “selepas” pilihan raya umum yang bakal berlangsung.
“Kita bukan hanya (bekerjasama) untuk menghadapi pilihan raya, tapi dalam semua aspek yang berkaitan dengan kepentingan Islam dan orang Melayu. Jadi PAS sedia bekerjasama dengan semua pihak termasuklah UMNO yang menjadi tunjang kepada kerajaan.
“Itu dalam konteks sebelum dan selepas pilihan raya lah. Mesti ada usaha-usaha yang dilakukan untuk menghalang DAP daripada mendominasi politik di Malaysia.
“Ini bukan hanya melibatkan UMNO dan PAS, bahkan seluruh orang Melayu dan pengundi-pengundi Islam mestilah menyedari tentang kepentingan perkara ini dan bahayanya DAP ini kepada politik Malaysia,” kata Dr. Zuhdi dipetik Antarapos.
Bagaimanapun Dr Zuhdi berkata, dari aspek menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, PAS akan tetap konsisten mengetuai Gagasan Sejahtera untuk menentang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan sejajar dengan keputusan yang diputuskan pucuk pimpinan PAS sebelum ini.
“Cuma kita pendirian, dalam konteks menghadapi pilihan raya yang akan datang ini, sebagaimana yang kita sudah maklumkan bahawa PAS akan menghadapinya bersama Gagasan Sejahtera. Itu memang sudah disepakati oleh pimpinan PAS bahawa kita akan masuk pilihan raya ini dengan gabungan baru iaitu Gagasan Sejahtera,” tegasnya.
“Kerjasama PAS dengan UMNO, ia bukan hanya satu keperluan pada pilihan raya saja, tapi kerjasama itu perlu melangkaui batas kepartian.
“Maknanya, ia bukan hanya kepada persoalan politik, tapi semua persoalan-persoalan yang lain iaitu ke arah memperkasakan Islam dalam pemerintahan Malaysia dan juga untuk memastikan bahawa sendi-sendi perlembagaan yang berkaitan dengan Islam, Raja-Raja Melayu, hak istimewa Melayu, sendi-sendi itu mesti dipertahankan,” katanya lagi.
Dr Zuhdi berkata demikian ketika mengulas cadangan Pengerusi Lembaga Penasihat PAS, Datuk Mustafa Ali yang sebelum ini menilai kembali tawaran kerjasama UMNO pada pilihan raya umum akan datang.



IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

1 comment:

Anonymous said...

Bodoh betul pemimpin PAS ni,kalau dia tak sokong UMNO,DAP tetap tak dapat buat apa2 kerana majoriti penduduk Malaysia adalah Islam.Begitu juga kalau Pakatan Harapan menang dapat majoritI besar dengan mengalahkan BN dan dah tentu majoriti pemimpin Islam adalah ramai dan DAP tak dapat berbuat sesuka hati.Dah kenyang dengan dedak dan nasi kangkang pemimpin PAS NI.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails