Friday, October 27, 2017

Kerjasama Hamas-Fatah, Simbolik Ke Arah PAS-UMNO Di M'sia?


"DALAM perbualan telefon sewaktu saya dihubungi oleh Syeikh Ismail Haniyyeh, Ketua Biro Politik HAMAS, beliau menyatakan bahawa HAMAS tidak akan keluar daripada prinsip perjuangan Islam dan jihad membebaskan Palestin."

Jelas presiden PAS Haji Abd Hadi Awang semalam pada 5 Safar 1439 / 26 Oktober 2017 melalui Harakah..

Hasil carian imej untuk Ismail Haniyeh palestin

Menurutnya, situasi terkini yang berlaku di Palestin amat membimbangkan apabila rakyat Gaza dihalang untuk mendapatkan rawatan kesihatan di luar, dipotong bekalan eletrik dengan menghalang kemasukan bahan bakar, dihentikan bantuan dan elaun sara hidup untuk keluarga miskin, bekas tahanan Israel dan keluarga syuhada.

Rakyat Gaza menderita tekanan hidup dan ekonomi sehingga membawa kes kematian akibat halangan keluar untuk mendapatkan rawatan dan eletrik pula hanya dibekalkan selama 4 jam setiap hari.

Keadaan ini mendesak HAMAS dan FATAH memeterai perjanjian damai dengan kehadiran pegawai perisik Mesir. Perjanjian damai telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua HAMAS yang baharu, Salah al-Arouri dan Ketua Delegasi FATAH, Azzam al-Ahmad. 

Lanjutan daripada itu, kedua-dua pihak akan menyerahkan tanggungjawab bagi lintasan sempadan Rafah di Gaza dan kawalan pentadbiran Gaza kepada kerajaan perpaduan selewat-lewatnya 1 Disember ini. Jelas Presiden PAS lagi.

"PAS berpendirian bahawa perjanjian kerjasama yang dilakukan adalah semata-mata di atas kepentingan rakyat Palestin khasnya di Gaza, mengatasi kepentingan lain. 


"Kami sentiasa mendoakan kepada Allah supaya pimpinan HAMAS tetap berada di atas jalan istiqamah menegakkan Islam. Kami memahami keadaan darurat yang menimpa mereka sekarang tetapi darurat itu hendaklah diambil dengan sekadarnya sahaja.

"Kami mengulangi komitmen PAS dalam memperjuangkan isu Palestin sejak daripada dahulu lagi dan kami juga mendoakan kesejahteraan rakyat Palestin seluruhnya. Sejahtera Bersama Islam!" Tegas Presiden PAS.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah dalam kerjasama Hamas dan Fatah ini, suatu simbbolik ke arah langkah kerjasama PAS-UMNO di Malaysia? Atau kerjasama yang macam mana?

IKLAN: 

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.
Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

1 comment:

Anonymous said...

jauh panggang dr api.

kerjasama pas umno lebih mcm kalau fatah kerjasama
dgn Israel.

hamas fatah kerjasama utk membebaskan palestin
dr kezaliman Israel

pas kerjasama sokong umno utk terus bg kuasa pd
umno yg menyusahkan rakyat.

hentilah hadi kata2 kosong. bajet pas mana?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails