Friday, October 27, 2017

Kenapa G/Eng Makan Malam Bersama Pemaju Selepas Tragedi?



KUALA LUMPUR – Kenapa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng keluar makan bersama pemaju yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh di Tanjung Bungah?
Itu persoalan Naib Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai merujuk kepada gambar yang tersebar di media sosial itu dimana Guan Eng kelihatan makan bersama pemaju berkenaan pada sebelah malam selepas melawat tapak tragedi pada 21 Oktober lalu.

“Saya syak sesuatu kerana dia makan bersama pemaju. Saya hairan sebab kerajaan Pulau Pinang kata mereka senarai hitamkan kontraktor, kenapa tak senarai hitamkan pemaju? Apa kaitkan pemaju dengan kerajaan negeri saya tak faham.

“Mereka sepatutnya batalkan semua projek bukan hanya di Tanjung Bungah. Ini kerana kita tak tahu berapa banyak projek yang mereka tak patuhi, berisiko tinggi dan berapa banyak lagi nyawa yang akan terkorban di masa akan datang,” tegas Dominic dalam sidang medianya hari ini.

Beliau juga mencabar kerajaan negeri untuk menyenarai hitamkan pemaju dan menutup semua projek yang dijalankan pemaju berkenaan di negeri itu.
Dalam masa sama, Dominic meminta Kementerian Sumber Asli dan Sekitar mendedahkan senarai projek-rojek yang tidak diluluskan kementerian namun masih diteruskan kerajaan negeri.

Ini ekoran kenyataan kementerian sebelum ini yang mendedahkan projek itu tidak mendapat kelulusan namun kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP tetap memberi lampu hijau kepada projek berkenaan.

“Kita tak tahu berapa banyak lagi projek yang diteruskan walaupun tidak mendapat sokongan kementerian. Kita suspek banyak lagi projek yang tidak diluluskan tetapi diluluskan kerajaan negeri.

“Kita minta kerajaan untuk senaraikan projek yang tidak diluluskan untuk kita buat semakan adakah masih diteruskan,” katanya.

Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Majlis Perbandaran Pulau Pinang terus berdegil meski sudah dinasihatkan untuk tidak meneruskan projek di Tanjung Bungah itu dan tertanya-tanya mungkin ada agenda tersembunyi – MalaysiaGazette

IKLAN:

Informasi Baru Peluang Kerja Di Australia -Ibnu Hasyim.

Pihak kontraktur di Australia membuka peluang kerja-kerja baru bagi sektor pembinaan di bandar-bandar di Australia. Berminat, pihak kami sedia bekalkan maklumat.

2 comments:

Anonymous said...

Gi mana Pulok Dengan Pak Lebai, Kenapa Membisu pasal Pasar Baru Pasir Putih yang macam Raban Ayam tu.

Pak Lebai Takut Masuk Neraka kerana Mengkritik Amir-Ul-Mukminum atau Pak Lebai pun tak cerdik dalam bab ukur-mengukur dan timbang-menimbang ini?

Anonymous said...

Jangan dilayan October 27, 2017 at 11:13 AM bunyi salakan anjing-anjing guan eng.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails