Thursday, June 08, 2017

Qatar Mesti ‘mengubah dasar’ - Menteri Luar Arab Saudi.











ADEL bercakap kepada pemberita di Paris kelmarin.- AFP


PARIS – Qatar mesti ‘mengubah dasar’ dan berhenti daripada menyokong ‘kumpulan pelampau’, kata Menteri Luar Arab Saudi di sini kelmarin, sehari selepas negaranya serta beberapa sekutu memutuskan hubungan dengan negara Teluk tersebut.
“Mereka perlu mengubah dasar mereka dan berhenti menyokong kumpulan pelampau,” kata Adel Al-Jubeir kepada pemberita, sambil menambah bahawa Qatar perlu bertindak seperti ‘sebuah negara yang normal’.
Bahrain, Mesir, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Yemen dan Libya memutuskan hubungan diplomatik dan rangkaian pengangkutan dengan Qatar pada Isnin lalu selepas menuduh negara itu menyokong ekstremisme.
Dalam satu langkah yang mengejutkan terhadap sekutu utama, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Qatar yang menempatkan pangkalan udara AS terbesar di Asia Barat membiayai ekstremisme sambil menyokong sekatan diplomatik tersebut.
“Mereka berkata akan mengambil tindakan keras kerana membiayai pengganas dan semua rujukan ditujukan kepada Qatar. Diharapkan ini adalah permulaan untuk pengakhiran keganasan yang kejam!” kata Trump.
Diplomat tertinggi Arab Saudi itu bagaimanapun tidak menjelaskan apa yang beliau mahukan da­ripada Qatar dan berkata, beberapa langkah boleh diambil dan pemimpin negara itu mengetahuinya.
“Kami mengambil keputusan untuk menjelaskan bahawa cukuplah setakat ini. Kami mahu Qatar menjadi sekutu bagi mencapai kedamaian dan kestabilan di rantau ini,” kata Adel yang turut menjelaskan bahawa mereka tidak berminat dalam perubahan rejim di Qatar.
Pada 2014, Qatar berjanji untuk berhenti melindungi pemimpin militan dan marah kepada saluran televisyen Al-Jazeera yang didakwa menjadi jurucakap kumpulan militan di dunia Arab. – AFP
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

Anonymous said...

2x5

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails