Tuesday, June 06, 2017

Daesh Dah Beri Amaran Serangan, Britain Tak Sensitif?


Pasukan forensik melakukan pemeriksaan di lokasi serangan pengganas di London Bridge pada Ahad. Foto Reuters



KUMPULAN militan Daesh dilaporkan telah memberi amaran bahawa terdapat satu lagi serangan terhadap Britain pasti akan berlaku, dua hari sebelum tujuh orang maut dalam serangan di London Bridge.
Akhbar mingguan Al-Naba yang diterbitkan dalam wilayah yang diduduki badan pengganas itu dan disiarkan secara dalam talian, membuat ancaman tersebut di dalam satu artikel mengenai pengebom serangan Manchester, Salman Abedi.
Menurut laporan kepada PJ Media, artikel itu menceritakan tentang seorang tentera dari Daesh telah melakukan keganasan di seluruh Britain.
"Kehadiran mereka membuat tentera di bandar-bandar, menggerakkan pasukan polis di jalan-jalan berikutan kebimbangan terhadap serangan baharu yang tidak dapat dielakkan." Insiden yang berlaku pada Sabtu malam itu turut mengakibat 48 orang cedera.
Tiga pengganas yang menaiki sebuah van putih merempuh orang ramai di London Bridge sebelum meluru keluar dari kenderaan itu dan menikam mereka secara rawak. - Mail Online
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

jalilnor said...

tiada sesiapa atau mana2 entiti boleh membunuh manusia lain......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails