Wednesday, September 14, 2016

Salahkah Kerja Begini Di Australia? Ibnu Hasyim Buat Pencerahan..

Hasil carian imej untuk kerja di australia
Salahkah kerja begini di Australia?



ANTARA komen-komen terbaru di Blog Ibnu Hasyim mengenai kerja-kerja perladangan di Australia..
(lihat Selamat Hari Raya E/Adha -Teks Khutbah Haji Abd...) ...















Anonymous said...
Apakah Ibnu Hashim juga terlibat sama menipu rakyat Malaysia dengan menjanjikan pekerjaan HALAL sebagai pengutip buah di Australia?

Setiap kali beliau mengiklankan tawaran kerja sebagai pengutip buah di negara tersebut, segala kemusykilan telah dijawab oleh Ibnu Hashim dengan mengatakan bahawa pekerjaan itu HALAL dan tidak melanggar undang-undang.


Tetapi indah khabar dari rupa. 


Sebenarnya mereka telah ditipu oleh agen-agen yang lebih mementingkan fulus daripada kebajikan rakyat Malaysia tersebut.

Apakah Ibnu Hashim terlibat sama? Apa kesudahan kepada nasib mereka-mereka yang menggunakan Ibnu Hashim sebagai agen mereka? 


Mintak pencerahan daripada Ibnu Hashim.
Ir Anonymous said...
Saya sokong jika pencerahan diminta secara bijaksana begini. Bukannya secara maki hamun serta sumpah seranah!
Kepada 2 anon di atas mengenai kerja di Australia, okey kita sama-sama buat pencerahan.

1. Nyatakan siapa anda berdua di atas (September 13, 2016 at 8:05 AM & September 13, 2016 at 11:48 AM), kalau betul yang mengkritik itu dua orang. Jangan pengecut, baling batu sembunyi tangan. Sila beri nombor telefon sekali. 


2. Sila buktikan di mana salah saya sebagai perunding untuk 'orang tiada kerja' berkerja di Australia. Buktikan salahnya dari sudut negara, bangsa (kononnya) dan agama.

3. Jika betul salah dan ada bukti, sila kamu pergi buat report polis, kirim photostat report itu kepada saya. Biar saya jelaskan, kalau perlu hingga ke mahkamah sekalipun.
 

Kalau perlu jumpa, bersemuka dan berbincang, silakan. Beri tarikh masa dan tempat. Kalau beri nama dan alamat, sertakan nombor atau photostat kad pengnalan, supaya dapat disahkan. Kalau mahu berdepan dalam forum ramai pun boleh, tak ada masalah.

5. Kalau semuanya tak mahu, sila beri pendapat yang membina, kalau perlu kita rancang strategi dakwah Islam yang lebih berkesan. Tidak timbul soal dendam, berebut untung atau marah-marah.



Sekian, as-salamu 'alaikum.

Ibnu Hasyim.
tips-travel-bajet-australia-22
Rilek yop! Tapi jangan lupa cari duit dan ingat agama.. 



E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

E-Buku IH-106: Kerja Ladang, Australia & Islam.

Sebuah laporan yang dirilis dari sumber Australia baru-baru ini mencatat, semakin ramai orang Aborigin (penduduk asli benua itu) memilih Islam..

Surah ArRum. Ayat 009



Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? 

Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurnya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-Rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). 

Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.

Jika ada apa-apa masalah Sila hubungi..
Ibnu Hasyim 14 Sept 2016.
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 

Tel +6014 222 5865 (KL)

Wasap (Muaz) +6018 201 8842


Weblog Panduan: Ibnu Hasyim.Com
Rujuk artikel:

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per ...

http://www.ibnuhasyim.com/2015/06/peluang-kerja-kutip-buah-di-australia.html
Kerjasama Perunding: HMH Resources (Reg.no 001646737-T)

25 comments:

Unknown said...

Ada kes dimana pengambilan pekerja tiada mengikut prosidur Negara Australia dan mereka ini ditangkap. Adakah sdr megambil pekerja mengikut prosidur yang ditetapkan? Dg lain perkataan, adakah sdr seorang agen yang sah?

Anonymous said...

Apa hal ko emitional pak hashim.. dia tanya elok2 je

Ibnu Hasyim said...


Kepada yang bertanya, sila buktikan tuduhan ini.

'Setiap kali beliau mengiklankan tawaran kerja sebagai pengutip buah di negara tersebut, segala kemusykilan telah dijawab oleh Ibnu Hashim dengan mengatakan bahawa pekerjaan itu HALAL dan tidak melanggar undang-undang. Tetapi indah khabar dari rupa. Sebenarnya mereka telah ditipu oleh agen-agen yang lebih mementingkan fulus daripada kebajikan rakyat Malaysia tersebut.'

Ini tuduhan biadap bukan 'tanya elok-elok'. Sila buktikan!



Anonymous said...

Pak hasyim, jangan layan puak biadap itu.

Anonymous said...

Orang macam ibn Hashim ni terlalu banyak dalam Pas. Mereka kononnya mempertahankan agama. Disebaliknya mereka adalah peneraju cerita seks dan menjual anak bangsa yang memerlukan pekerjaan.

Anonymous said...

Jika tidak melakukan sebarang misleading dalam mengiklankan pekerjaan tersebut, tiada apa yang perlu Pak Hasyim nak berasa sensitif sangat.
Adakah pihak Australia mengeluarkan permit kerja sebagai pemetik buah kepada pekerja dari Malaysia? Atau adakah permit sedemikian hanya dikeluarkan kepada pekerja-prkerja daripada Negara-negara terpilih sahaja? Maksudnya kepada negara-negara yang disenaraikan sebagai pembekal atau pengekspot tenaga kerja manusia, seperti Indonesia, india, filipina dsb?
Sekiranya Malaysia tidak disenarai sebagai pembekal atau pengekspot tenaga kerja manusia, maka adakah pekerjaan yang dilakukan oleh pekerja dari Malaysia itu dianggap sebagai tidak sah oleh Kerajaan Australia?
Apakah status Visa lawatan yang dikeluarkan? Adakah ianya berstatus lawatan? Atau status bekerja? Setahu saya, jika status Visa adalah lawatan atau social visit Visa, maka tidak dibenarkan bekerja, kalau dibenarkan pun hanya terhad kepada beberapa jam seminggu sahaja. Betul tak Pak Hasyim? Tetapi, jika bekerja untuk beberapa jam seminggu sahaja, maka tidak berbaloilah kerja yang dilakukan berbanding dengan hasil upahnya. Sekiranya inilah keadaannya, adakah selamat untuk menganggap bahawa kerja yang dilakukan adalah kerja haram dan melanggar undang-undang Australia?
Di Malaysia kita marah kepada lambakan pekerja asing bekerja dalam negara kita secara haram. Hakikatnya, kita melakukan perkara yang sama di negara orang lain, iaitu bekerja secara haram. Apakah mentaliti "Ko buat tak boleh, Aku buat boleh," ini kita nak ekspot ke negara lain pula?

Anonymous said...

Tajuk di atas,".......Ibnu Hasyim buat pencerahan." Di manakah pencerahan yang dimaksudkan? Makin dia defensif adalah.

Anonymous said...

Ibnu hasyim dah buat pencerahan, tapi hati mereka masih gelap. Kesian, tak puas hati telefon balik Ibnu hasyim.

Anonymous said...

Bodoh anon 8.57 ni. Mana yang ko kata pencerahan?

Kalau dia iklan pegi makan angin, maka betul lah dia bertindak sebagai agen pelancongan. Tapi kalau dia iklan untuk bekerja di sana, dan yang pergi untuk bekerja hanya menggunakan visa tourist, maka dia telah menipu atau mislead orang ramai, dengan meyakinkan mereka boleh bekerja walaupun hanya mempunyai visa tourist.

Yang jadi persoalan dari mula adalah, samaada dia terlibat menipu orang ramai dengan menjanjikan pekerjaan di negara lain tanpa permit atau visa yang sepatutnya. Itulah pencerahan yang diminta.

Anon 8.57 jangan cuba nak membela dia. Dia dah besar panjang boleh jawab sendiri. Masalahnya dia ni tak jawab apa orang tanya. Pusing sini putar sana.

Anonymous said...

Saya setuju dg anon September 14, 2016 at 7:06 PM. Jangan layan geng bodoh sombong itu. Dah le bodoh, sombong pulak. Jawab tak ade hujah pun. Tak da bukti. Jawab tuduhan biadap dulu. Buktikan mana salah Ibnu hasyim? Dari segi agama, dari segi undang negara?

Bagi no tel, identiti, ajak Ibnu Hasyim berdepan kalau bukan pengecut. Tuan Ibnu Hasyim tok sah layan si bodoh sombong hati gelap itu. Hi hi hi.

Anonymous said...

Buktinya ada pada ibnu hashim sendiri...jika bekerja menggunakan visa tourist maknanya dia tipu orang. Saja penaya orang. Jika kabel dia power boleh dapatkan visa kerja, no problem, no hal. Alhamdulillah. Maknanya ibnu hashim memang seorang agen yang bersih, cekap dan amanah. Itu saja. Yang korang yang lain ni pun ikut defensif apahal? Ada share ke?
Tu saja nak tau, dapat visa kerja atau melancong? Jawab la ibnu hashim woiii, kami tengah saspen ni nak tau.

Anonymous said...

HUMAN TRAFFICKER!!!!!!

Anonymous said...

Itu perkara lumrah di Malaysia ni. Kalau dah ketua dia penyamun, anak didik pun penyamun jugak lah.
Sebelum menyamun, baca bismillah dan baca doa dulu. Harus hukumnya.

Anonymous said...

Hayatilah kata2 I/Hasyim ini untuk panduan:

"Kalau semuanya tak mahu, sila beri pendapat yang membina, kalau perlu kita rancang strategi dakwah Islam yang lebih berkesan. Tidak timbul soal dendam, berebut untung atau marah-marah."

Saya sokong I/H dalam al-amru bil makruf, termasuk memberi pekarjaan kepada orang yang perlu mencegah kemiskinan dan pengangguran. Teruskan tugas mulia anda. Buat baik memang ada cabaran.

Allahu akbar.Teruskan!

Ibnu Hasyim said...

T. kasih. Biasa le tu. Cabaran membawa berkat. Insya Allah.

Ir Anonymous said...

Bila masa ibnu hashim ni memberi pekerjaan kepada orang yang miskin dan penganggur?

Yang dia lakukan adalah mengesploitasikan golongan yang terdesak memerlukan pekerjaan dengan cara cuba meyakinkan bahawa hanya dengan visa tourist, boleh bekerja di Australia. Walhal tindakan itu bertentangan dengan undang-undang negara tersebut.

Sekiranya prosedur yang betul telah diikut, maka tidak menjadi isu. Tapi oleh kerana ibnu hashim enggan menjawab secara telus, sebaliknya pusing sini dan putar sana, maka kita anggap betul lah yang ibnu hashim ni menipu golongan terdesak mencari pekerjaan itu.

Tidak mengapalah ibnu hashim masih berdiam diri, kebenaran akan muncul sedikit demi sedikit.

Ingatan kepada semua...sekiranya visa yang dikeluarkan daripada kedutaan Australia adalah Visa Pelawat atau Torurist Visa, maka tidak boleh bekerja di negara tersebut. Jangan percaya sekiranya ada agen-agen mengatakan boleh bekerja walaupun Visa Pelawat. Ini bohong semata-mata. Walaupun kerja itu mungkin Halal, tetapi jika melanggar undang-undang negara tersebut, kamu akan ditangkap dan didakwa. Nasib kalau baik akan dihantar pulang, tapi kalau nasib tak baik masuk penjara. Jika berlaku, percayalah agen-agen ini pun akan buat donno saje. Tak mungkin mereka akan mengaku terlibat dalam pemerdagangan manusia, satu jenayah antarabangsa. Beringatlah warga Malaysia, Jangan mudah terliur dengan janji-janji manis, tak kiralah mereka pakai serban atau cuma pakai bikini. Menipu tidak kira agama dan bangsa. Sama-sama pentingkan diri sendiri.

Anonymous said...


September 15, 2016 at 5:52 PM

Mengapa kerajaan Australia beri visa pelancong, kalau ianya salah? Mengapa kerajaan Australia luluskan visa melancong sambil bekerja, atau belajar sambil bekerja, kalau ianya salah? Tahu apa itu Briging Visa?

Ibnu Hasyim, jangan layan si bodoh sombong itu. Buang masa aja. Dahla bodoh, sombong pulak.

Anonymous said...

Visa yang anon 5.52 cakap itu hanya diberikan kepada yang layak sahaja, tertakluk kepada temuduga yang dijalankan oleh pihak kedutaan, dan kali kedua apabila tiba di destinasi di Australia. Sekiranya yang pergi adalah golongan yang menganggur dan tak cukup kewangan untuk tinggal disana, maka besar kemungkinan visa bekerja sambil spa-apa pun tidak akan dikeluarkan.

Dalam pada itu juga, Autralia adalah salah satu negara maju yang tidak membenarkan sesiapa sahaja bekerja. Mereka akan memberi keutamaan kepada pekerja-pekerja daripada negara-negara yang mereka anggap sebagai dunia ketiga dimana peluang pekerjaan dan taraf hidup yang rendah. Rasanya Malaysia tidak termasuk dalam kategori tersebut. Kalau ada maknanya negara kita ni sama level dengan indonesia, Bangladesh, Vietnam, Myanmar, Filipina, dsb.

Dengan itu, rakyat Malaysia yang pergi ke sana adalah biasanya, terdiri daripada professional, pelancong dan pelajar. Kalau betul mereka ada Visa pelancongan sambil kerja ke, belajar sambil kerja ke, kira baguslah tu. Di sini kita nak tahu, ibnu hashim dapatkan Visa jenis apa untuk projek kutip buah ini? Apapun jawapan dia kita tak kesah, cuma dia yang tahu jika dia tu seorang penipu atau tidak.

Kalau dia jawab seperti anon 5.52 harapkan, iaitu dia tolong dapatkan Visa bridging, maka baguslah tu. Kita drop bende ni sekarang juga. No hal. Tapi ibnu hashim ni bodoh sombong, defensif dan emotional tak tentu pasal. Takut sangat orang tahu temberang dia selama ni. Lagi dia membisu makin kuat kita akan desak dia beri PENCERAHAN.

Inilah dikatakan bila menghina, memfitnah dan mengutuk orang lain itu tak apa, tapi bila kena batang idung sendiri, pusing sana putar sini. Selagi tak jawab, kita anggap kredibiliti ibnu hashim sangat rendah. Mudah-mudahan beliau insaf dan bertaubat.

#IbnuHashimKantoi said...

PIIIIRAH OIIII!!!!! KITA TAHU SIAPA IBNU HASHIM YANG SEBENARNYA. KAH KAH KAH. TAUBATLAH YOP!!!!!!

Ibnu Hasyim said...

Al-hamdulillah, Allah Maha Mengetahui.
Ya, Allah maafkan mereka, mereka tidak faham. Berilah pencerahan Mu, ya Allah!

Anonymous said...

Jual nama Allah lg utk selamatkn diri puak2 ni. Bukti utk menyokong takde.

Anonymous said...


bEGITULAH Sibodoh sombong, orang doa untuk dia, pun dia marah. Semoga Allah bebaskannya dari kejahilan dan kesombongan.

Suzie said...



Saya sorang pekerja Malaysia di Australia. Saya sudah setahun lebih kerja di sini. Saya juga mendapat bimbingan dari Ibnu Hasyim. Apa yang saya harapkan tercapai. Kalau ada sesiapa yang nak datang ke sini sila dapatkan maklumat dari beliau. Saya sudah ada visa kerja 2 tahun. Tahun depan saya balik.

Terma kasih kepada Encik IH. Maaf, saya cerita apa yang tak sepatutnya cerita spt diatas kpd umum. Tak payah bising-bising dan ragu, siapa berminat tel saja Enc Hasyim.

Suzie Abdullah
Melboune.
Insya Allah, beberapa bulan lagi, kita akan jumpa lagi.
No Tel

Anonymous said...

Heheheheh punyalah wayang. Napa tak guna nama ustazah suzie? Lagi afdal.

Korang ingat nak masuk Australia tu senang macam nak masuk Malaysia ke? Cuba sendiri mohon Visa dari Kedutaan Australia. Semasa temuduga jangan lupa cakap ingin memohon kerja kutip buah bila ada di sana. Tengok apa pegawai kedutaan tu jawab.

Pigs said...

Puak pigs memang lah begitu. Sokong membuta tuli sebab dah memang dah buta. Orang bodoh saje yang ikut tanpa soal. Kalau ketua suruh makan taik mau berebut nak tunjuk sapa makan taik lebih banyak. Itulah penyokong pigs kalau nak tau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails