Friday, September 16, 2016

Rupanya Duta Britain Ke Saudi Sah Peluk Islam, Tunai Haji..

Duta Britain Ke Saudi Sah Peluk Islam, Tunai Haji

MINA – Dalam kalangan 19,000 jemaah dari Britain yang berpeluang menunaikan ibadah haji pada tahun ini ialah Duta Britain di Arab Saudi sendiri, Simon Paul Collis bersama-sama isteri beliau, Huda Mujarkech.

Menurut laman berita tempatan Arab News, para diplomat dan wartawan di negara rantau Asia barat tersebut memang sudah lama mengetahui bahawa beliau telah memeluk agama Islam namun tiada kenyataan rasmi pernah dikeluarkan sebelum ini.
Pengesahan tersebut bagaimanapun hanya dibuat pada 13 September lalu dalam bentuk catatan Twitter daripada seorang penulis Arab Saudi yang juga ahli akademik dikenali sebagai Fawziah Al-Bakr.

View image on Twitter
Duta Britain Ke Saudi Sah Peluk Islam, Tunai Haji SIMON PAUL COLLIS (DUA DARI KIRI) KETIKA MENGHADAP RAJA ARAB SAUDI, RAJA SALMAN (KANAN) DI RIYADH PADA 2015. – GAMBAR ARKIB



أول سفير بريطاني للمملكة يؤدي فريضة الحج بع
View image on TwitterView image on Twitter
فوزية البكر @fawziah1
أول سفير بريطاني للمملكة يؤدي فريضة الحج بعد اسلامه:سيمون كوليز مع زوجته السيدة هدي في مكة. الحمدلله
9:21 AM – 12 Sep 2016
1,034 1,034 Retweets 736 736 likes
Beliau malah memuat naik dua gambar Collis, yang sedang memakai ihram, bersama-sama isteri beliau dengan kicauan berbunyi: “Duta Britain ke Saudi menunaikan ibadah haji selepas menganut Islam. Beliau dengan isteri bergambar di Makkah. Alhamdulillah.”
Collis kemudian membalas kicauan Twitter tersebut yang telah diulang kicau lebih sejuta kali dan menerima tanda suka hampir sejuta netizen dengan mengucapkan terima kasih kepada Fawziah menerusi laman Twitter milik beliau sendiri.
Meskipun Encik Collis enggan memenuhi permintaan pihak media bagi sesi wawancara semalam (14 Sep), beliau berkata: “Saya sudah memeluk Islam setelah berada di kalangan masyarakat Islam selama 30 tahun dan sebelum saya bernikah dengan Huda.”
Collis berkhidmat sebagai Duta Britain di Arab Saudi sejak Januari tahun lalu apabila Sir John Jenkins bersara daripada perkhidmatan diplomatik. Gambar tersebut menjadi ‘viral’ menerusi laman Twitter, Facebook, WhatsApp dan Instagram, menurut portalArab News.
Orang pertama yang mengucapkan tahniah kepada duta berkenaan dan isteri beliau ialah Puteri Basmah Saud Abdulaziz yang juga anak ke-155 dan paling muda dalam kerabat diraja Saudi menulis: “Ucapan tahniah istimewa istimewa buat duta Arab Saudi dan isteri beliau.”
“Terima kasih, Puteri Basmah,” balas Collis. Para jemaah haji Britain yang lain turut bergembira dengan pengesahan itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Haji Britain, Rashid Mogradia.
“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Encik Collis kerana sudah selamat menyelesaikan ibadah haji beliau,”
“Beliau adalah salah seorang daripada ribuan jemaah Britain yang menunaikan ibadah haji dan menantikan masa di mana beliau mengongsi pengalaman beliau serta memberi inspirasi kepada kita semua,” tambah Encik Rashid.
Di masa-masa sekarang di mana terdapat banyak publisiti negatif terhadap Islam dan Muslim, lebih-lebih lagi di Barat, tindakan duta berkenaan memeluk Islam dilihat oleh Muslim sebagai pewajaran tarikan universal agama Islam, lapor laman Arab News.
Encik Collis juga fasih berbahasa Arab. Beliau menyertai Pejabat Luar Negara dan Komanwel Britain (FCO) pada tahun 1978 dan setelah mempelajari Bahasa Arab, beliau berkhidmat kebanyakannya di negara-negara Arab.
Bapa kepada lima orang anak itu pertama kali dikerahkan ke Bahrain sebagai Setiausaha Kedua (1981 -1984).
Beliau pernah berkhidmat sebagai Duta Britain di Iraq (2012-2014), Syria (2007-2012) dan Qatar (2005-2007).
Beliau juga pernah menjadi Konsul-Besar Britain di Dubai (2000-2004) dan di Basra (2004-2005).
Beliau juga pernah berkhidmat di New Delhi sebagai setiausaha dari tahun 1991 sehingga 1994.
– Agensi


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails