Friday, September 16, 2016

Haron Din Kritikal Masalah Jantung Di Hospital AS.



KL: Mursidul Am PAS, Datuk Haron Din dilaporkan berada dalam kritikal selepas mengalami masalah jantung dan kini dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat.

Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi laman status Facebooknya memberitahu, pihak hospital meminta keluarga Haron segera datang ke unit tersebut pada jam 5 pagi (waktu tempatan)

Tuan Guru Datuk Haron Din mempunyai komplikasi di jantung dan dimasukkan di ICU. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang.

"Keluarga yang lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon doa kalian," katanya.

static_map
Sementara itu, Pengerusi Darussyifa Malaysia, Abd Rahman Ahmad, menyeru untuk semua terus mendoakan kesihatan beliau kembali baik.

“Saya menasihatkan buat seluruh ahli Darussyifa’ menjaga nama baik Tuan Guru yang dikasihi dan jemaah kita Persatuan Perubatan, Pengubatan & Kebajikan Islam Malaysia (Darussyifa’).

“Tanggungjawab kita bersama menjaga nama baik dan jauhi sebarang bentuk sebaran maklumat berbentuk tidak sahih,” katanya di Facebook.
csbwqdmviaa6vyi
Katanya beliau berharap semua berhati-hati ketika menyebarkan sebaran tanpa sumber yang sahih kerana ia berkait rapat dengan dosa dan pahala.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung.

Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.

Beliau sebelum ini menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital yang sama pada 2 April 2012. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails