Friday, September 16, 2016

Malam ini, Tokoh Pas K'tan Sertai Amanah. Siapa?

Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis  sempena sambutan setahun Amanah  yang akan diadakan malam ini.

MALAYSIA DATELINE: Dijangka ahli dan tokoh politik Pas akan menisytiharkan keluar parti untuk masuk Amanah pada majlis sempena sambutan setahun Amanah yang akan diadakan malam ini. 

Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor hari ini dijangka akan menerima ahli baru Amanah dalam satu majlis ceramah perdana 'Harapan Baru Kelantan' yang diadakan dipejabat Adunnya Datuk Husam Musa malam ini. 

Majlis itu akan turut dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah bagi meraikan sempena setahun tertubuhnya Amanah di Kelantan. 

"Bertarikh 16 September 2016, bertempat di Bangunan Salor, satu majlis Ceramah Perdana dan perisytiharan kemasukan beramai-ramai ahli baru ke dalam Amanah sempena sambutan setahun Amanah Kelantan. 

"Majlis ceramah perdana ini akan diumumkan ahli yang telah menyertai Amanah bersekali dengan pimpinan mereka di dalam Pas," ujar Pengarah Komunikasi Amanah Kelantan Zahari Sidik dalam satu kenyataan. 

Orang ramai juga dimaklumkan untuk bersama hadir menyaksikan peristiwa bersejarah perisytiharan tokoh politik pentng Kelantan yang menyertai Amanah.

"Kami di pihak Amanah Kelantan menjemput dan mempersilakan semua rakyat Kelantan hadir ke majlis ini seterusnya dapat bersama menjadi 'turning point' merealisasikan 'Harapan Baru Kelantan," ujarnya. 

Pada 30 Ogos lalu bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa telah mengisytiharkan beliau masuk Amanah dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya selepas beliau dipecat dari Pas. Selepas tiga hari beliau menyertai Amanah dua cawangan dibuka di Dun Salor. Ini kerana sebelum itu pada 2 September Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mencabar agar mana-mana ahli yang mempunyai masalah dengan Pas agar keluar dari parti itu.

"Semua mereka yang ada masalah dengan Pas biar dia keluar dari Pas, senang sahaja… Keluar (Pas) dan masuk parti lain. Tinggal yang tiada masalah,” katanya kepada wartawan di perkarangan Masjid Rusila seperti dilaporkan portal berita. 

Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas naib presiden parti itu yang dipecat, Datuk Husam Musa menyertai Amanah. Justeru majlis pada malam ini diadakan khusus untuk meraikan kehadiran beliau dalam Amanah Kelantan. 

Selain pengumuman kemasukan ahli- ahli Pas bersama pimpinan mereka, majlis juga dijangka akan mengisytiharkan penyertaan pimpinan "hardcore" NGO yang menuntut 'Royalti' serta profesional dan pegawai kerajaan yang sudah bersedia untuk diumumkan bersama menyertai parti itu pada malam ini. 

Majlis ini akan disiarkan secara langsung melalui youtube (http://tinyurl.com/mediaghb) dan facebook page (https://www.facebook.com/ghbmediatv). 

4 comments:

Anonymous said...



PIGS @pigs = Parti ikatan Gagasan Sjhtera @pigs..sudah pasti memberi cabaran hebat

PIGS @pigs dgn ulamak2 PIGSnya pasti lebih bersemangat dgn sumber dedak cakor siku & lutut utk berhadapan dgn "nyamuk" hehehe..

PIGS @pigs bila dpt dedak drp tauke dedak pasti jd hebat berPUSING2 berbelit2 uturn sana sini aci sondol buat FITNAH tanpa bukti...mabuk merapu2 sbb lalok akibat laknat drp PILKUDA kejap hudud nyawa kami lah & pastu Ruu dan entah apa ntah lg, pastu PONTENG/tidur sbb dah kenyang!

Lg ajaib & pelik ada PIGS @pigs yg jahil TOLOL gi menyalak babi ddlm bukit huhu!

Klu setakat parti "nyamuk" mana leh lawan ulamak kasyaf warak PIGS @pigs tue!

Hidup hudud & Ruu PIGS @pigs

Idup PIGS @pigs..NO DAPigs

Takbir



Anonymous said...

Lembu nye anon 4:58

Ir Anonymous said...

Undi Munafikun = Undi Kafir Harbi!

Tergamakkah kita sendiri malah tergamakkah juga kita mengajak ahli keluarga kita yg dikasihi di dunia dan akhirat untuk sama-sama mengundi kedua pihak di atas??

Anonymous said...

https://youtu.be/xCYe9tjnYeQ

Pandangan TGNA terhadap Husam Musa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails