Saturday, September 17, 2016

Haron Din Generasi Terawal Lulusan Agama Sertai PAS -Abd Hadi.

Post Pic

MARANG: Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din adalah generasi awal lulusan Islam yang menyertai PAS sejak parti itu ditubuhkan, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila, di sini.

Hadi kemudiannya berkata beliau berharap roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga segala amal jariahnya diterima Allah SWT.

“Kita harap semua sumbangan Allahyarham terhadap Islam dapat diterima Allah SWT dan semua kekurangan beliau diampunkan oleh Allah SWT.

“Mudah-mudahan Allah bagi rahmat dan meletakkan rohnya bersama para Anbia, syuhada dan para solehin yang menegakkan Islam,” ujarnya lagi.
Allahyarham Haron Din, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Haron Din generasi terawal lulusan agama sertai PAS, kata Hadi.

Belasungkawa Datuk Dr Haron Din (1940 - 2016)
(IH)

2 comments:

Anonymous said...

Bertanding dalam pilihanraya pun tak pernah menang. Masa hidup tidak membetulkan yang salah, kini bila sudah mati, kenalah orang lain tolong jek sket reputasi dia. Nak kebumi di TANAH TUMPAH DARAH sendiri pun malu. Lebai lebai, berpura-pura sehingga akhir hayat.

Anonymous said...

Tak lama lagi giliran Hadi Awang pulak. Mudah-mudahan kepala taik itu sempat mengucap dan bertaubat. Nak tanam kat mana lah pulak tu?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails