Thursday, September 15, 2016

Meneruskan Misi Dakwah, 23 Ekor Lembu Diagihkan Kapada Masyarakat.



BERMULA pada 10 Zulhijjah 1437H sehingga 12 Zulhijjah 1437H, telah berlangsuang ibadah korban di beberapa DUN di Sarawak antaranya DUN Beting Maro, Lambir, Pujut, Muara Tuang, Pantai Damai, Sadong Jaya, Samariang, Sebuyau serta kawasan Bintulu.

Sambutan perayaan ‘Eidul Adha yang telah diadakan pada kali yang kedua di Sarawak oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat dengan kerjasama Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak serta beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai pihak terutamanya masyarakat awam. 

Pada tahun ini juga, sebanyak 23 ekor lembu telah diagihkan mengikut DUN yang ditetapkan. Penyertaan daripada pelbagai pihak menunjukkan PAS diterima oleh masyarakat awam untuk diberikan kepercayaan melakukan ibadah korban ini.

 Pelancaran Korban Perdana Untukmu Sarawak telah diadakan di dua tempat iaitu di Kampung Pusa (Beting Maro) dan Kampung Tukau (Lambir). 
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh bersama Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Pusat, Dr. Rosni Adam dan telah bersama-sama dalam upacara korban di Beting Maro manakala Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak Tuan Hj. Jofri bin Jaraiee dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak, Ir Mukhtar bin Suhaili telah melancarkan korban di Lambir.
Selain daripada melakukan ibadah korban, terdapat juga aturcara lain yang disusun dalam usaha mendekati masyarakat setempat untuk menyebarluaskan dakwah dalam kalangan mereka. Antaranya, Bengkel al-Fatihah, pemeriksaan gigi dan kesihatan, Kuliah Fardhu Ain dan ceramah-ceramah umum.
Sambutan dan kehadiran yang menggalakkan daripada masyarakat setempat menjadi pemangkin agar seluruh penggerak PAS dapat terus berusaha memberikan bakti kepada masyarakat sebagai persediaan untuk memimpin negeri ini pada suatu hari nanti. (IH)  

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails