Thursday, September 15, 2016

Jilbab Traveler, Gadis Keliling Dunia Seorang Diri. Bagaimana Dalam Islam?

Hasil carian imej untuk Pencarian cinta sejati Jilbab Traveler
HALAMAN HIBURAN
Poster-film-Jilbab-Traveler-Love-Sparks-in-Korea
MENGELILINGI dunia seorang diri bukan satu perkara mudah. Apatah lagi apabila ia dilakukan seorang gadis muda dan berhijab. 
Cabaran membawa diri di negara asing, mencari makanan halal dan keselamatan diri menjadi permasalahan utama bagi setiap insan yang mengembara jauh mencari pengertian dalam kehidupan.
Namun, di sebalik cabaran itu, peluang menjelajah ke negara-negara asing meninggalkan kesan dan pengalaman manis yang tidak luput daripada ingatan seperti menikmati panorama menarik, mengenali sosiobudaya dan bahasa penduduk tempatan malah mengenali kenalan baharu.
Itulah yang diketengahkan sutradara terkenal Indonesia Guntur Soeharjanto menerusi naskhah cinta Jilbab Traveler: Love Sparks In Korea. Ia diinspirasikan menerusi novel fenomena tulisan Asma Nadia. 
Filem ini berkisar seorang gadis muda, Rania yang bercita-cita besar untuk menjelajah dan mengelilingi dunia. Gadis yang membesar di tepi landasan kereta api itu memberi definisi baharu buat dirinya menggapai impian terbang bebas mencari makna hidup.
Ibu dan bapa merestui Rania mengembara ke beberapa buah negara terutama bapanya yang ingin melihat anak kesayangan mereka berkelana. Di dalam hati bapa Rania, dia menyimpul impian agar Rania menemui cinta sejati.
“Jadilah seperti Ibn Battuta, seorang Muslim yang menceritakan tentang dunia menerusi penjelajahannya mengelilingi dunia. Kamu, akan menjadi mata serta telinga ibu dan ayah untuk mengenal dunia,” kata si bapa.
Benar seperti diduga, dalam kelananya, Rania bertemu seorang lelaki asing, Hyun Geun yang berasal dari Korea. Berlaku salah faham yang membawa kepada perjalanan mereka meneroka keindahan Kawah Ijen atau Kawah Putih yang terletak di Bandung, Indonesia.

Hasil carian imej untuk Pencarian cinta sejati Jilbab Traveler

Hasil carian imej untuk Pencarian cinta sejati Jilbab Traveler
Perkara utama yang menjadi keistimewaan filem ini ialah panorama indah ditonjolkan termasuk destinasi pelancongan popular seperti Baluran, Pulau Jawa dan Kawah Ijen. Filem ini turut menelusuri keindahan Pulau Nami, Korea Selatan yang menjadi lokasi popular selepas ledakan drama fenomena Winter Sonata sehingga membantu menaikkan destinasi pelancongan tersebut.
Walaupun begitu, tetap terselit beberapa kekurangan dalam filem yang ditayangkan di Indonesia sejak 5 Julai lalu ini. Antaranya, kesan khas teknik imej janaan komputer (CGI) yang digunakan pada awal jalan cerita. Jelas terlihat penataan kesan yang tidak begitu menjadi dalam babak menceritakan jelajah Rania ke beberapa negara seperti Afrika Selatan dan Mesir.
Namun, ia masih menjadi filem terbaik untuk tontonan umum kerana menyampaikan pelbagai mesej positif terutamanya tentang tujuan menjelajah dunia.
Selain pengalaman dan sebagai proses menambah keyakinan diri, menjelajah juga sebenarnya ruang untuk manusia mencari jawapan bagi setiap persoalan yang timbul dalam kehidupan mereka.
Dalam Islam, bagaimana hukum seorang wanita mengembara jarak jauh seorang diri tanpa diiringi muhrimnya? Kalau lelaki no problem.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails