Friday, September 16, 2016

Ini, Amaran Kepada Yang Berperangai Yahudi/Kristian. -Abd Hadi.


Hasil carian imej untuk abdul hadi awang

Amaran Kepada Orang Yang Berperangai Yahudi Dan Kristian
Khutbah Jumaat 9 sept 2016
Oleh  Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Carilah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjayalah orang-orang yang bertakwa kepada Allah.

Sidang Jumaat yang dirohmati Allah,

Firman Allah SWT, maksudnya:

  • 95. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Benarlah (Apa Yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan ugama Nabi Ibrahim Yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.
  • 96. Sesungguhnya Rumah Ibadat Yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah Yang di Makkah Yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
  • 97. di situ ada tanda-tanda keterangan Yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. dan sesiapa Yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan Ibadat Haji Dengan mengunjungi Baitullah Iaitu sesiapa Yang mampu sampai kepadaNya. dan sesiapa Yang kufur (ingkarkan kewajipan Ibadat Haji itu), maka Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
  • 98. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli Kitab! mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa Yang kamu lakukan?"
  • 99. katakanlah: "Wahai ahli Kitab! mengapa kamu menghalangi orang-orang Yang beriman daripada menurut jalan jalan (ugama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang kamu lakukan. (Surah Ali -Imran)
Hasil carian imej untuk yahudi & kristian
Sebahagian umat Islam yang mewakili umat Islam diseluruh dunia berhimpun di Mekah al-Mukarramah menunaikan ibadat haji berhampiran dengan bangunan Kaabah yang didirikan oleh umat Ibrahim AS sejak ribuan tahun yang lali. 

Ia menyaksikan kiblat rumah ibadat yang dihadap oleh umat Islam selama ini yang mereka tidak melihat dengan mata mereka sendiri,bukan untuk menyembah batu-batu Kaabah itu , tetapi menyembah Allah SWT. 

Bangunan Kaabah hanya menjadi syiar dan lambing untuk satukan hala tuju menghadap umat Islam ketika bersembahyang. Khalifah Umar Ibn Al-Khattab RA ketika bertawaf, sampai di hajarul aswad, batu yang paling mulia yang di…. Ketika tawaf mengatakan:

  • (Maksudnya) : Sesungguhnya aku tahu kamu adalah batu yang tidak memberi apa-apa manfaat dan mudharat. Sekiranya aku tidak melihat Rasulullah SAW mengucupmu, nescaya aku tidak akan mengucupmu.
Semua mereka menghadap kiblat ketika sembahyang, semua mereka yang menunaikan haji menolak syirik menyembah patung dan berhala, menganut ajaran Islam, agama tauhid yang dibawa oleh Ibrahim AS yang dahulu oleh raja dan kelarganya kerana menegakkan tauhid mengesakan Allah dan menolak Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah SWT.

Allah menegaskan Ibrahim bukan menganut musyrikin (menyembah berhala) seperti yang didakwa oleh agama-agama menyembah berhala yang menyanjung Ibrahim yang disebut Berhama, Tuhan yang dilantik selain daripada Allah SWT. Ibrahim juga bukan seperti golongan ahli kitab (Yahudi dan Kristian) ynag percaya Ibrahim adalah Rasul, tetapi menolak hukum-hukum Allah SWT, menghalang syariat Allah SWT.

Di zaman Nabi SAW apabila Nabi SAW menegakkan syariat Allah SWT di Madinah, dijemput orang-orang Yahudi ahli kitab yang mengetahui kitab Allah (Taurat) dan dijemput orang Kristian yang menegtahui kitab Injil serta mengetahui kedatangan Nabi SAW. 

Menjadikan satu hikmah yang besar Allah SWT meletakkan hukum qisas dan hudud yang ada di dalam al-Quran Karim disebut di dalam kitab Taurat, dibaca oleh orang-orang Kristian yang membaca kitab perjajian lama yang dinamakan oleh mereka di dalam ada di dalamnya hukum qisas dan hudud sebagaimana yang ada di dalam al-Quran Karim yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. 

Tiba-tiba mereka meninggalkan hulum ini dan menentang Nabi SAW apabila Nabi melaksanakannya. Adalah menjadi hikmah yang besar Allah SWT menafikan mereka adalah pengikut Ibrahim AS. Ibrahim yang menolak syirik, bukan sahaja syirik menyembah berhala, tetapi termasuk mengadakan hukum-hukum yang lain daripada hukum Allah SWT dan menghalang orang yang mahu menegakkan hukum Allah SWT.

Tidakkah Allah SWT menegaskan kepada A’di Ibn Hatim, seorang daripada yang datang menghadap Nabi SAW sebelum masuk Islam dengan memakai salib di lehernya, Nabi SAW menyebut Firman Allah SWT:

Maksudnya : 

  • 31. mereka menjadikan pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (Mereka mempertuhankan) Al-Masih Ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia. Maha suci Allah dari apa Yang mereka sekutukan. (surah attaubah 31)
Lalu A’di menjawab: Wahai Muhammad SAW, kami tidaklah menyembah paderi menjadi Tuhan, tetapi kami kami juga menyembah Allah.

Jawab Rasulullah SAW: Tetapi kamu mengikut paderi-paderi kamu yang mengadakan hukum sendiri yang diizinkan oleh Allah SWT menegakkan hukum Allah SWT. Itulah makna kamu melantik Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah SWT.

Para ulama’ mengatakan:(Maksudnya)

  • Pengajaran diambil daripada lafaz yang umum, bukan sebab yang khusus.
Walaupun sebab turunnya ayat itu berkenaan dengan golongan ahli kitab (Yahudi dan Kristian), tetapi memberi amaran yang keras kepada orang-orang yang mengaku dirinya menganut agama Islam mengikut perangai Yahudi dan Kristian yang menolak hukum-hukum yang ada di dalam kitab Allah yang dilaksanakan oleh Rassulullah SAW.

Maksudnya: 

  • 100. Wahai orang-orang Yang beriman! jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang diberikan Kitab itu, nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman. (surah ali imran 100)
(IH)

18 comments:

Anonymous said...

Awak apa kurang nya. Mngkin lbh teruk dari yahudi. Mana pergi Amanat awk yg bt rakyat terengganu dn kelantan bercerai berai

Anonymous said...

Daripada ABI HURAIRAH RADHIYALLAHU'ANHU RASULULAH SAW bersabda:

"Kelak pada AKHIR ZAMAN akan ada pemimpin yang aniaya, menteri-menteri yang fasik, hakim-hakim yang curang dan ulama-ulama pendusta. Barangsiapa di antara kamu nanti SEMPAT MENEMUI ZAMAN INI, maka hendaklah ia tidak menjadi pegawai pajak, kaki tangan kerajaan dan PENGUASA UNTUK MEMBANTU KEBURUKKAN yang telah mereka lakukan. -"(HR.Thabrani)

Anonymous said...

Duit Rm 90j yang Najib derma kepada PAS tu mana pula perginya Tuan Presiden,janganlah makan sama sendiri. Kesian penyokong PAS yang lainnya.Melopong mulut menunggu habuan tak kunjung tiba.Akhir sekali bersekongkol dengan perasuah 1Malaysia,pencuri dan perompak duit rakyat tu apa pula ceritanya.Takkanlah semuanya halal belaka.

Anonymous said...

Cakap tak serupa bikin,sama macam seorang pemimpin yang mengaku sebagai pahlawan bugis yang dilahirkan untuk songlap duit rakyat.

Anonymous said...

Perangai macam kristian?? Perangai macam yahudi??? Ulamak kluk klak macam mung tu perangai mende pulok????. Cermin lah perangai mung dulu. Mung lupe Amanat songsang mung dulu???. Taghut sana sini kafir sana sini. Orang umno xblh jdi imam xblh jdi juru nikah xblh sembelih binatang ternakan. Mung ulamak bodo sombong keluar fatwa songsang buat rakyat terengganu derita. Ada yg bercerai berai kerana mung hadi!!!!. Mung dop rase bersalah pd rakyat terengganu ke..mung lebih teruk dari yahudi.mung xsoh cakap bnyop lah hadi. Aku kenal mung sape. Tahun awl 80han dulu aku pengikut mung. Ni baru aku sedar rupanya mung ada penyakit.. ulamak sakit mental

Anonymous said...

Oooo baru aku tahu, kalau nak bina tugu jgn bina menyerupai benda hidup .. jadi kalau sesiapa nak bina tugu kontol binalah kontol yg mati pucok .. kah kah kah .. sesiapa nak bina tugu Najib atau Chedet kelak, binalah masa ia dah dikapankan. Tapi replika sotong di Ganu OK .. tak harang.

Anonymous said...



Ddlm sejarah..

Yahudi & Kristian ada yg dijdkan kera & babi

Ler nih PAS + Ikatan = PASIK dah jd @pigs = (parti ikatan gagasan sjhtra) @PIGS

Bapok @pigs ler nih doh pandai dok menyalok babi hok dalang bukit nuh

Bapok dan geng2 pigs kuat sgguh sbb ade dedak cakor siku & lutut

Ambe doh jd tak faham...mane yg lebih hina @pigs tue ker, atau pung hok babi ddlm bukit yg dok kener salok tuh!?

Tuhan yg maha bijaksana buleh PUSING2 sikit dgn guna cara "SYMBOLIK" moga kita buleh fikir jauh lg dalam..ker guaner?

Anonymous said...

Org Melayu ni, bab dibodohkan dgn ayat agama, mmg cukup stim. Xder reserved, x berbelah bahagi. Pemimpin2 UMNO dan PAS tahu sangat akan kelaku Melayu bila disantau ayat2 agama. Mereka sanggup jadi bodo piang walaupun ditipu bulat2, asalkan kaitkan dgn tuhan, kaitkan dgn nabi, semuanya akan jadi tugas suci murni tak berbelah bahagi.

Sbb tu MP2 UMNO dan PAS hidup senang lenang dan kaya berpencen. Sultan2 boleh dilantik menjadi ketua agama. Agama pun kena ada ketua..kahkahkah.. Modal mereka ialah air liur, sembur saja ayat2 santau dan jampi agama, gerenti senang kene pukau punya.

Hasilnya duit akan disedekahkan setiap bulan oleh orang ramai. Paling best nak bodohkan Melayu ialah sembur saja konsep qada dan qadar, konsep bersyukur, konsep sedekah, nescaya ada yg sanggup kerat tangan dan kaki bagi sbg sedekah pun ada. Takat gelang emas, anak dara, wang ringgit, geran tanah ni, benda biasa jadi sedekahan. Untung pakai serban ketayap ni. Buat muka lembik sikik, cair siot.

Anonymous said...

Awak bukan kurang tapi lebih bila pulak rakyat terengganu dan kelantan bercerai berai dasar pengikut sekuler libral fitnah wajib bagi puak kamu. Moga allah beri hidayah pada kamu.ameeen

Anonymous said...

Moga allah memberi kemenangan kepada islam.

Anonymous said...

Dasar kafir dilaknati allah fitnah tiada salah bagi mereka. Teruskanlah dengan agenda kamu kami tetap berjuang untuk agama kami.

Anonymous said...

Puak sekuler libral yang anti islam sedang menyerang tghh tapi kami tetap berjuang untuk menegakkan islam.

Anonymous said...

Dulu pengikut tghh sekarang dah murtat kut tinggal islam termakan dedak dap. Muhasabah diri jangan ikut kata puak sekuler libral Nebraska tabur fitnah kamu percaya mana pegangan kamu.

Anonymous said...

Replika sotong tu puak sekuler libral yang kamu anuti tu yang bina.

Anonymous said...

Komen pengikut sekuler libral yang berguru dengan mak cik siti kasim. Ni dan sah bukan islam dan anti islam.

Anonymous said...




Anon2 4:22
4:24
4:28pm


Nape hok aji Adi bubuh nama gini (parti ikatan gagasan sjhtra)= pigs

Nape takleh piker panjong sikik..maner ulamok2 hebat mung sampai 'pigs' terkluor

Klu hok ngaji Arab nape tak gi guner Bahasa Arab je, nape guner Bahasa SEKULER

Slalu hok kutuk2 Pan & DAPigs ler nih jatuh hok depang muka..pigs teruh!

Boleh gi bincang dgn aji Adi..hok cari nama lain pulok, berehhh!

jgn hok sekuler sekuler2..pigs tue lg teruk drp sekuler, ke guaner?



Anonymous said...

Doh bende sakit otok...Otok punoh buleh pitih banyok otok jadi mereng. Bila nop samang serawak report. RM90 juta tu klu fitnah mg saman lah ke mung takut terkait dengan kembor mung Najib. Kah kah kah kah bengom!!!!

Anonymous said...

Kalau pas saman SR terbarai la kemaluan dia orang. Bukan setakat terima dedak 90 juta tu betul, SR siap boleh senaraikan sorang2 tu dapat berapa. SUA pas ada berani? Presideng dah warning, TITM dah membisu seribu bahasa bab nak saman SR.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails