Saturday, September 17, 2016

Indiana Jones Tabarruk Dengan Peti Nabi Musa?


Hasil carian imej untuk Raiders of The Lost Ark
Oleh ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ

HALAMAN HIBURAN

WATAK Dr. Indiana Jones lakonan Harrison Ford dalam filem Raiders of The Lost Ark sangat patuh kepada agamanya. Antara sumbangannya sebagai ahli arkeologi dalam filem itu adalah mencari dan menyelamatkan peti barang peninggalan Nabi Musa a.s. daripada jatuh ke tangan Nazi Jerman yang berhasrat menakluki dunia. 

Peti yang digelar “The Ark of Covenant” itu dikatakan mempunyai kuasa ketuhanan yang menjadi penghubung antara dunia dan langit. Kononnya ia juga memiliki kuasa tidak terbatas yang mahu dieksploit pihak Nazi menjadi senjata pemusnah.


Inilah fiksyen yang dibawa oleh pengarah Yahudi dari Hollywood, Steven Spielberg. Filem aksi ini pernah pecah panggung pada zaman kegemilangannya sekitar tahun 1981. Pun begitu, ramai yang kurang perasan bahawa kisah peti peninggalan Nabi Musa a.s. itu turut disebut dalam al-Quran.
  • “Dan Nabi mereka berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya daripada Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa daripada Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian daripada apa yang ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan Harun; peti Tabut itu dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu jika betul kamu orang beriman,” (al-Baqarah [2:248]).

TALUT DAN TABUT
Kisah ini disebut dalam ayat 246 – 251 surah al-Baqarah. Ringkasnya, selepas zaman Nabi Musa, Bani Israel ditindas oleh ramai penjajah antaranya Raja Jalut. Peti yang menyimpan barang peninggalan Nabi Musa yang menjadi lambang kemuliaan Bani Israel turut hilang. Ketika kegawatan ini, bangsawan Bani Israel meminta agar seorang nabi dalam kalangan mereka yang dikatakan bernama Nabi Samwil a.s. agar memohon petunjuk daripada Allah siapakah yang layak dilantik sebagai raja baharu. 
Allah memberikan petunjuk bahawa Talut yang bukan daripada darah bangsawan menjadi raja. Pelantikan ini pada awalnya tidak dipersetujui golongan bangsawan, sehinggalah Allah membuktikan kelayakan Talut dengan penghantaran “peti yang menyimpan barang peninggalan Nabi Musa dan Harun” di hadapan rumah Talut (Tafsir Ibn Kathir dan al-Razi).
Penghantaran peti secara ajaib kepada Raja Talut menjadi sumber inspirasi baharu bagi Bani Israel untuk kembali kepada ajaran Nabi Musa. Kisah ini menunjukkan kemuliaan Bani Israel terletak pada sejauh mana mereka mahu kembali kepada ajaran Nabi Musa.
Saya juga tidak menemukan riwayat yang menceritakan Bani Israel berkumpul dalam dewan besar mencium atau menjunjung barangan dalam peti ini sebagai suatu lambang menambah keberkatan.
Perihal berkat barangan para nabi pernah disentuh Allah dalam kisah Nabi Yusuf a.s. iaitu baginda menghantar bajunya yang penuh berkat bersulam mukjizat untuk merawat sakit mata ayahandanya yang lama menderita sakit rindu:
  • “Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya dia dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya,” (Yusuf [12:93]).

Benar sekali! Baju Yusuf mengandungi keberkatan yang langsung menyembuhkan sakit Nabi Yaakub a.s.:
  • “Maka sebaik sahaja datang pembawa khabar berita yang menggembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu dia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) daripada Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?,” (Yusuf [12:96]).

Ayuh! Marilah kita bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah SAW yang pasti asli iaitu al-Quran dan Sunah.
  • “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang kafir,” (Ali ‘Imran [3:31-32]).

Darul Ulum Online

Filem Raiders of the Lost Ark merupakan sebuah filem Warna yang dikeluarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1981. Ia diarah oleh Steven Spielberg dan merupakan filem dalam genre Adventure-Aksi. Wikipedia

4 comments:

Anonymous said...



Kpd saudara2 ku..

Renongilah kisah dibawah ini..kenapa yer??


Nape wktu Nik Aziz, TGNA meninggal semua org terasa sgt2 sgt2 sedih dan pilu
Sy dan klurga turut sgt2 terasa akan kehilanganya itu

komen2 ulasan bhs melayu, omputeh baik org cina dan india SEMUAnya sgt2 sedih n hiba
TAK ADA or NEVER walau sorang pun yg tergamak nak kutuk

Ramai yg sebak dan mengalirkan air mata dek terlalu pilu TANPA dipaksa2..



"Bg aku adalah krn ALLAH sendiri tlh menguci mati hati2 org yg nak mengutuknya itu krn TGNA itu tersgt2 AMANAH...dia tak pernah klepet menCURI walau "SATU" sen pun! Bahkan duit elaun nya yg sgt "BANYAK" sggup diBERIkan semula kpd rkyat.."


Begitu lah sbnr2 kekaseh ALLAH itu hanyasanya hanya suka memBERI...dan bukannya klepet sedondon rasuah mencuri..

renongilah bersama2 wahai shbt2ku..

Agar mnjd sumber ke INSAFan


Anonymous said...

Lepas ni ganti lak dengan Ahmad Yaakob. Ya Allah makin teruklah jadinya. Bukan ke makhluk ni yang langsung tak keluar rumah untuk melawat dan memziarah mangsa2 banjir di Kelantan 2 tahun lalu? Alasan dia rumah dia pun naik banjir. Menteri Besar mende ni? Apa dia nak risau? Kadam dia banyak tolong jaga rumah dia. Maklumlah Menteri Besar. Rakyat di luar tu yang terpaksa tanggung sendiri segala. Apa punye mentaliti mangkuk hayun ni. Lepas ni naik lak jadi Mursyidul Am. Makin jahanamlah aqidah ahli dan penyokong Pas.

Hadi Awang pun seekor lagi makhluk yang aneh. Sehingga kini senyap terus cerita nak saman SR. Hari tu bercakap bukan main lagi. Nak saman dalam masa sebulan la, nak saman di London la, nak guna perkhidmatan Queens Council yang kafir harbi la. Macam2. Dalam ruangan komen pun banyak kopipes tentang hal ini. Bila nak saman ni? Jadi ke nak saman? Berani kerana benar, kecut telor kerana dah kantoi.

Ulamak sepatutnya menyebarkan ajaran Islam seperti ayat Quran dan Hadis. Memimpin ummah supaya rapat dengan agama. Ulamak sepatutnya mendoakan agar semua orang kalau boleh masuk Syurga bersama-sama, bukannya dia masuk sorang-sorang, kemudian orang yang tak dengar dia semua masuk neraka. Ulamak mende kalau macam tu? Itu bukan ulamak. Itu Lebai Munafiq yang berserban dan berjubah. Rasulullah saw sudah ingatkan dalam hadis supaya berjaga2 tentang wujudnya manusia penjual agama seperti ini.

Kita doakan Allah sentiasa melindungi kita daripada terleka dan terikut taksub terhadap jenis manusia begini.

#ibnuhashimkantoi said...

"Berani kerana benar, lecut telor kerana dah kantoi?" Kah kah kah

Sama seperti ibnu hashim terkantoi mengambil kesempatan dan mengeksploitasi kesusahan pekerja2 malaysia yang terdesak mencari pekerjaan.

Kah Kah Kah ibnu hashim sudah kantoiii. Buang ler jubah dan serban tu. Nampak sangat macam pak arab, kuat menipu.

Anonymous said...

Kalau pas saman SR terbarai la kemaluan dia orang. Bukan setakat terima dedak 90 juta tu betul, SR siap boleh senaraikan sorang2 tu dapat berapa. SUA pas ada berani? Presideng dah warning, TITM dah membisu seribu bahasa bab nak saman SR.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails