Wednesday, September 14, 2016

Arak Hilang Dara Dijual Secara Haram Kepada Orang M'sia.


Hasil carian imej untuk arak hilang dara
MINUMAN alkohol, Four Loko yang diharamkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat telah dijual secara dalam kepada orang Malaysia khususnya penuntut institusi pengajian tinggi.

Minuman itu mencetus kontroversi kerana dikatakan mudah memabukkan sehingga mendapat jolokan 'arak hilang dara'.

Walaupun ia tidak dijual secara terbuka di Malaysia, tetapi terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengimport dari China dan menjualnya melalui media sosial.

Pedagang haram tersebut menyasarkan laman-laman Facebook yang menjadi tumpuan mahasiswa.

Harga yang ditawarkan adalah agak mahal iaitu RM50 setin berbanding AS$3 atau AS$4 (RM12-RM16) di Amerika Syarikat. 

Persatuan-persatuan restoran yang dihubungi Sinchew Daily memberitahu, arak kontroversi itu tidak kelihatan dijual secara terbuka pada masa ini.

Import apa jua minuman perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, dan peniaga biasanya tidak akan mengimport minuman yang mana keselamatannya dipertikaikan.

Pusat-pusat hiburan malam juga dilaporkan tidak akan menjual minuman itu secara sembarangan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Beberapa negeri di Amerika Syarikat mengharamkan minuman Four Loka selepas terdapat pelajar yang jatuh sakit malahan terlibat dalam kemalangan kerana meminum arak itu.

Kandungan kafein dalam minuman itu juga merupakan perkara yang mencari perhatian pihak berkuasa kesihatan. (IH)

2 comments:

Anonymous said...

akkib malaysikini 13 ogos 2016:
PAS akan saman Sarawak Report di UK bulan depan
PAS akan memfailkan saman terhadap Sarawak Report dalam masa sebulan ini.
Menurut Presidennya, Tuan Haji Abdul Hadi Awang, PAS akan memfailkan saman itu di England.
"Kita telah membuat keputusan akan membawa kes itu ke mahkamah di England kerana kita difahamkan media tersebut berpusat di sana.
"Kita kenal queen counsel (peguam kanan) yang pernah ada hubungan dengan kita dalam kes sebelum ini.
"Dalam masa terdekat, dalam masa sebulan ini," kata Abdul Hadi dalam sidang medianya di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur hari ini.



Jadi sekarang, JADI KE TIDAK NAK SAMAN???!!!

Kalau tak jadi saman, adakah ia bermakna memang betul pimpinan Pas makan dedak rm90juta seperti didakwa? Atau betul yang Presiden Pas ini seorang PENIPU? Atau benar yang Pas bersetongkol dan bersubahat merompak daripada rakyat Malaysia? Atau memang SAH yang perjuangan Pas kini lebih mementingkan kesenangan dunia dengan cara mempermainkan terjemahan Quran dan Hadis?

Anonymous said...

aduh sapa nak mengaku ambik duit...mamat tepi jalan ambik rm 50 kalau tak mau saman... ambik duit ini peringkat...atas ambik juta juta...budaya malaysia budaya biasa...engkau ini dari mana...ketagih tunggu saman...semua ini hanya menguatkan hujah agama digunakan untuk kepentingan sendiri...hadi nak pencen...kurang kurang ada lah bekal nak bawa ke mekah bagi proses cuci dosa...jubah boleh tukar yang ada benang emas pulak...kah kah kah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails