Friday, April 15, 2016

Prof.Ramasamy Terlibat Pengganas LTTE? M'sia Termasuk The Greater Tamil State?


Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Lihat sebelum ini..
TERSEBAR berita, Prof.Ramasamy Terlibat Dalam Kumpulan Militan Tamil Eelam (LTTE): Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Seorang Pengganas? Terlibat Dalam Kumpulan Militan LTTE : Prof.Ramasamy Digesa Letak Jawatan Timbalan Ketua Menteri..

Gambar Tranungkite Dari kiri; Ahli-ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) ; Prof. Dominic, Prof. Ramasamy, dan Bekas Peguam Negara Sri Lanka Mr.Siva Pasupathy. (Perpustakaan Foto TamilNet) Professor P.Ramasamy digesa meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang kerana terlibat dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE). 

Desakan itu dibuat oleh laman dbsjeyaraj.com yang menjelaskan LTTE adalah kumpulan militan yang berjuang untuk kemerdekaan bahagian utara dan timur Sri Lanka. 

“LTTE adalah satu-satunya kumpulan militan yang membunuh dua pemimpin dunia: Presiden Sri Lanka Ranasinghe Premadasa pada tahun 1993 dan bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi pada tahun 1991. 

“LTTE mencipta tali pinggang bunuh diri dan merupakan pelopor pengeksploitasi wanita dalam serangan berani mati. Ia mempunyai rangkaian dengan organisasi keganasan lain terkenal termasuk Al-Qaeda dan telah menghantar senjata, pakar pertempuran dan pakar-pakar bahan letupan kes Selatan Filipina untuk melatih dan ahli Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), yang dikaitkan dengan serangan di Lahad Datu. 

“Hasil daripada taktik keganasan itu, LTTE kini ditetapkan sebagai organisasi pengganas oleh 32 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, UK, India dan semua 27 negara-negara Kesatuan Eropah,”lapornya. Kelab Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mendedahkan beberapa bukti pautan media sosial yang membuktikan Ramasamy adalah penyokong dan aktivis LTTE. 

“Serangan LTTE paling sadis adalah di Masjid Meera Jumma, Kattankudy, ketika jemaah sedang solat Isyak. Membunuh 103 jemaah dan mencederakan 70 yang lain. Serangan dilakukan menggunakan senapang automatik dan bom tangan,”lapornya. - AIDCNews at 4/15/2016 03:19:00 PTG

Menurut Nukilan Ibnu Hasyim:

"Jangan terkejut kerana ini jelas terpapar di laman webTamil Eelam, satu pertubuhan pengganas nationali Tamil yang ingin membina negara Tamil bermula dari Tamil Nadu , Utara Sri Langka, Maldive (negara Afrika), Mauritius (negara ummat Islam), Malaysia (negara kita) dan Indonesia (negara penduduk terbesar Islam.). 

"Gerakan Militan nationalis Tamil sudah mula berubah corak operasi saperti pergerakan militan Yahudi dan mereka menggunakan negara dimana wujud kaum Tamil diaspora sebagai pengkalan untuk mengumpul dana pertubuhan pengganas Tamil Eelam , tempat merekrut , pusat ideologi dan tempat menyeludup senjata.

"Tanda tanya timbul , adakah rantaian aktivitii gangster Tamil di Malaysia dan desakan kurang ajar persatuan Tamil untuk mengubah undang undang Shariah di Malaysia adalah salah satu agenda Militan nationalis Tamil yang ingin menjadikan kumpulan mereka digeruni dan menguasai suasan politik di negara Ummat Islam...." 
 Lihat: (Malaysia Termasuk Dalam Tamil Empire?)

Ibnu Hasyim (kanan) bersama pemimpin Masjidul Jamiah, masjid Melayu di Colombo Sri Lanka pada tahun 2009 lalu.
(IH)

3 comments:

Anonymous said...

KERAJAAN PERLU BERTINDAK SEGERA KE ATAS PENYOKONG DAN AHLI LTTE

Kerajaan sepatutnya menyiasat dan menangkap ahli-ahli LTTE yang berada di negara ini dan mendakwa dan menghukum mereka kerana mereka menyokong dan membiayai LTTE dan terlibat dalam pasukan pengganas Tamil LTTE yang telah melakukan jenayah kemanusiaan terhadap orang-orang Islam dan Buddha di Sri Langka.

Jika kerajaan boleh bertindak cepat menangkap, mendakwa dan menghukum umat Islam yang disyaki menyokong ISIS, kerajaan juga mesti melakukan tindakan yang sama ke atas orang-orang kafir yang menjadi ahli atau menyokong LTTE sebab penyokong dan ahli LTTE boleh membahayakan keselamatan negara ini!

Kita tidak mahu kerajaan bersikap pilih kasih dalam kes ini. Oleh sebab itu, kerajaan perlu menyiasat parti MIC dan DAP dan NGO seperti Hindraf dan Hindu Sangam !

Anonymous said...

KEJAHATAN, KEZALIMAN DAN JENAYAH LTTE ADALAH SETARA REJIM ZIONIS ISRAEL

Senarai jenayah LTTE (Liberation Tigers of Tamil Eelam):

(1) Pasukan Black Tigers LTTE telah melakukan pembunuhan ke atas ahli politik, pegawai kerajaan, tentera dan polis.

(2) Melakukan 378 serangan berani mati (suicide attacks) di antara 5 Julai 1987 dan 20 November 2008.

(3) Melanggar hak asasi manusia.

(4) Melakukan serangan dan pembunuhan beramai-ramai ke atas oke atas orang-orang awam yang beragama Islam dan Buddha:
Aranthalawa Massacre, Anuradhapura massacre, Kattankudy mosque massacre, the Kebithigollewa massacre, and the Dehiwala train bombing.

(5) Memaksa kanak-kanak menjadi pengganas LTTE.

(6) Melakukan penghapusan etnik ke atas kaum Islam dan kaum Buddha.

(7) Melakukan pembunuhan ke atas tahanan-tahanan perang.

(8) Melakukan jenayah perang.

(9) Melakukan aktiviti lanun.

(10) Penyeludupan senjata dari luar negara ke dalam Sri Langka.

(11) Penyeludupan manusia ke negara Barat.

(12) Melakukan peras ugut.

(13) Melakukan Pengubahan wang haram.

(14) Pemalsuan passport.

(15) Pengedaran dadah.

(16) Pemalsuan kad kredit.

(17) Serangan siber (cyber attacks).

Aktiviti-aktiviti yang amat berbahaya ini telah dilakukan oleh penyokong dan ahli LTTE yang berada di Sri Langka, Asia Tenggara, Barat dll menunjukkan penyokong dan ahli LTTE adalah orang-orang yang berbahaya kepada negara kita.

Maka kita tidak merasa hairan melihat penyokong dan ahli LTTE menghina dan menfitnah Dr Zakir Naik dan memberi gelaran 'satan' kepada ulama terkenal tersebut dan cuba menghalang prgoram dakwah Islam kerana penyokong dan ahli LTTE mahu mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.






Anonymous said...

PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI KATTANKUDY (The Kattankudy Mosque Massacre)

Pada 3hb Ogos 1990, lebih kurang 30 pengganas Tamil LTTE telah memasuki bandar Kattankudy. Pada jam 8.10 malam, pengganas LTTE menyamar sebagai umat Islam dan memasuki empat buah masjid. Semasa umat Islam rukuk semasa solat solat Isya dalam masjid, pengganas Tamil LTTE melepaskan tembakan automatik dan melempar bom tangan ke arah umat Islam yang sedang solat.

Serangan pengganas Tamil LTTE telah menyebabkan lebih 147 umat Islam termasuk kanak-kanak terbunuh. Semua mangsa serangan tersebut telah dikebumikan di tanah perkuburan masjid Meera Jumma!

Semoga pembunuhan ke atas umat Islam yang tidak bersalah menjadi pengajaran kepada kita umat Islam yang masih hidup lalai dan lemah dan berpecah belah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails