Monday, April 11, 2016

Kembalikan Sokongan Melayu/Islam, DAP Terdesak Guna Dr Mahathir - Mohd Sobri Firestone

lge-coverAIDCNews – 11/4/16 – DAP dilihat semakin terdesak dan mula menggunakan talian hayat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengembalikan sokongan undi daripada masyarakat Melayu-Islam kata facebooker pro PAS, Mohd Sobri Firestone
Ia merujuk kepada program Anugerah Kehormat Top 50 Enterprise Awards Malaysia anjuran Persatuan Usahawan Muda Malaysia (PUMM), Sabtu malam di Pusat Konvensyen Straits Quay, Pulau Pinang.
“Tun Mahathir adalah tetamu kehormat program itu, lapor buletin rasmi Kerajaan Negeri Pulau Pinang, BuletinMutiara
“Ketua Menteri Lim menyampaikan ucapan pada majlis makan malam itu dan berterima kasih jawatankuasa penganjur di atas jemputan tersebut.
“Pengerusi Penganjur PUMM Lee Eng Hai; Presiden PUMM Dato ‘Tony Looi; Pengerusi Perhubungan PUMM Negeri Pulau Pinang, Tan Lay Seong; Penasihat PUMM Pulau Pinang Joseph Hon dan Leon Lee,”lapornya lagi
lge-tc
lge-tg
lge-ta
lge-td
lge-te
lge-tb
lge-t
lge-th
lge-tf

5 comments:

Anonymous said...

Itulah bijaknya politik org cina,,guna apa saja metod demi mencapai matlamat sekalipun terpaksa berbaik dgn musuh utama. Yg penting, org melayu mesti dipecahkan kesatuan mereka. Org melayu pas dan umno kena refund dan fikir2kan apa untungnya dua parti melayu islam utama ini bergaduh dan membiarkan diri diperkudakan oleh cina mca,gerakan dan Dap? Bodoh betul la politik org melayu ni...

Anonymous said...


Negara-negara asing termasuklah negara umat Islam dan negara kafir telah membenarkan Dr Zakir Naik memberi ceramah Islam dan berdialog dan berbahas dengan orang-orang kafir dan tokoh-tokoh kafir secara terbuka supaya orang ramai boleh menilai Islam dan Muslim tulen. Dan ceramah-ceramah Dr Zakir Naik telah berjaya meningkatkan kefahaman umat Islam dan orang kafir terhadap agama Islam dan tidak pernah menimbulkan rusuhan kaum dll.

Mengapa kerajaan BN menggunakan isu keselamatan untuk menghalang ceramah Dr Zakir Naik? Adakah pemimpin-pemimpin kafir merasa bimbang ceramah Dr Zakir Naik akan menyebabkan orang-orang kafir akan mendapat penerangan yang jelas dan positif tentang Islam dan berminat untuk memeluk agama Islam?

Sesungguhnya Allah telah memberitahu kita di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang kafir tidak pernah redha terhadap umat Islam:

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu."(Al-Baqarah 2:120)

Sesungguhnya Allah dan RasulNya melarang umat Islam mengundi orang-orang kafir menjadi pemimpin bagi umat Islam:

Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.
(A-li'Imraan 3:28)

Muhammad ’Ali al-Sobuni ketika memberikan tafsiran dan ulasan mengenai ayat 28 Surah Ali ’Imran dalam kitabnya Rawa’i al-Bayan Fi Tafsir Ayat al-Ahkam Min al-Qur’an telah menyatakan bahawa Allah melarang hambanya yang beriman memberikan wala’ (ketaatan, kasih sayang serta melantik menjadi pemimpin) kepada orang kafir dan mendekatkan diri dengan mereka dengan mawaddah wa mahabbah (kasih sayang dan kecintaan) serta membenarkan mereka, kerana ia merupakan sesuatu yang amat tidak wajar apabila memberikan wala’ kepada musuh-musuh Allah.

Sehubungan dengan itu, apabila berlaku pertembungan untuk memilih pemimpin di antara orang Islam dan bukan Islam, maka tidak ada alasan bagi orang yang mengaku Islam dan beriman kepada Allah untuk memilih serta melantik orang kafir untuk menjadi pemimpin mereka dengan mengetepikan orang Islam yang beriman kepada Allah SWT. Sekiranya seseorang Islam itu tetap melantik golongan kuffar dengan mengetepikan golongan beriman, maka nescaya akan mengundang kemurkaan daripada Allah kerana mengutamakan kekufuran melebihi keimanan.

Wahai umat Islam, kita telah melihat bagaimana pemimpin-pemimpin kafir yang mewakili parti-parti kafir telah menfitnah dan menghalang Dr Zakir dari memberi ceramah Islam kepada umat Islam di negara ini. Ini bererti mereka tidak menghormati hak kita sebagai umat Islam dan penduduk majoriti negara ini.

Marilah kita semua memulaukan parti-parti kafir tersebut supaya semua parti kafir tersebut kalah teruk dalam PRU14! Marilah kita semua bersatu menyokong dan mengundi parti Islam untuk menubuhkan kerajaan Islam yang membela umat Islam dan agama Islam.

NOTA:
Boleh rujuk 'Amanah Dalam Melantik Pemimpin' Oleh: Ustaz Shauqi
http://www.ustazshauqi.com/2008/02/amanah-dalam-melantik-pemimpin.html

An Anonymous said...

Saya setuju dan agak yakin parti2 Melayu boleh melakukannya spt yg tuan sarankan kecuali parti PAN si khodam DAP....

Ali said...

DAP lebih jujur dari PAS.Rakyat blh menilai. PAS dgn politik sempit dan bodoh,tikam belakang dan ajaran sonsang.

Anonymous said...

Anon 9:41 PM adalah contoh barua yang bangsat kerana menyokong parti kafir menentang ajaran Islam dan hukum Allah dan menghina dan menfitnah ulama Islam dan parti Islam semata-mata kerana ulama dan parti Islam berusaha melaksanakan ajaran Islam dan hukum Allah.

Fakta: Roket lebih bangsat dari parti Nazi dan parti Zionis. Rakyat blh menilai. Roket dgn politik sempit dan bodoh,tikam belakang dan ajaran sonsang. Roket menerima kemungkaran dan kesesatan dan menolak kebaikan dan kebenaran. Rocket can go to hell !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails