Thursday, April 14, 2016

Apa Rahsia Miss P Beli Banglo & Guan Eng Buka Tender Tanah Manggis Pada Tarikh Sama?

Kenapa Miss P Beli Banglo & Guan Eng Buka Tender Tanah Manggis Pada Tarikh Sama?
Kenapa Miss Phang Li Koon membeli banglo di Jalan Pinhorn dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberi arahan agar tanah di Taman Manggis dibuka tender pada tarikh yang sama, iaitu 21 Oktober 2008, soal H’ng Khoon Leng, Naib Pengerusi GERAKAN Bahagian Tanjung.
“Mengapa pada hari yang sama iaitu pada 21 Oktober 2008, di hari ini, Miss Phang telah melengkapkan transaksi pembelian banglo di nombor 25, Jalan Pinhorn.
“Pada hari yang sama juga Ketua Menteri (Pulau Pinang) telah memberi arahan kepada pegawai kerajaan negeri untuk memulakan proses tender tanah di Taman Manggis.
“Yang menjadi satu tanda tanya bagi saya, adakah 21 Oktober 2008 itu satu kebetulan. Harap Ketua Menteri boleh jawab,”katanya. (semberono.com)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails