Wednesday, April 13, 2016

Gara Dr. Zakir Naik, PK ADUN Perai Diserang.

ANGGOTA Unit Forensik PDRM membuat pemeriksaan ke atas kesan letupan molotov koktail yang dilemparkan di pintu masuk bangunan Pusat Khidmat ADUN Perai semalam.
Gara-Gara Celupar Dengan Dr. Zakir Naik, Pejabat Diserang Bom Petrol. Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Prai nyaris hangus, selepas diserang ...


SEBERANG PERAI – Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai milik sebuah parti pembangkang di Taman Chai Leng, Prai di sini dibaling bahan letupan dipercayai molotov koktail awal pagi semalam. ADUN tersebut ialah Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II dari DAP.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 3.45 pagi itu, letupan berkenaan disedari pengurus pusat khidmat itu yang tinggal di tingkat atas bangunan rumah kedai tersebut apabila dia ternampak api di hadapan pintu shutter bangunan itu.
“Pengurus pusat khidmat itu kemudian memaklumkan insiden tersebut seorang Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), S. Muniandy.
“Muniandy yang pergi ke tempat kejadian mendakwa, pintu di hadapan pejabat itu telah menjadi hitam dan menemui serpihan botol pecah di hadapan pintu masuk sebelum membuat laporan polis,” kata sumber tersebut ketika dihubungi di sini semalam. (IH)

3 comments:

An Anonymous said...

Kalau tak UMNO pasti PAN punya kerja ni.. yg UMNOnya nak provoke org Melayu.. yg PANnya nak tarik undi simpati non muslims..

Anonymous said...

Bagi saya pulak, ini mainan Dap utk tarik simpati, disamping membuktikan kunjungan dr zakir naik membawa keburukkan kpd perpaduan diantara kaum. Licik,,,permainan politik Dap,,dulu kacau dan pertikaikan kedudukan keistimewaan org melayu, sekarang sudah berani masuk campur urusan ugama islam pulak, org Islam malaysia masih berkelahi,,diperkuda, oleh musuh2. Musuh islam cukup seronok dgn keadaan ini, org melayu tak sedar diri lagi,,,

Anonymous said...

saya setuju memg itu yg saya fikirkan dap gunakan org india untuk kepentingan parti dia. isu ini untuk alih tumpuan rakyat pada isu lge banglo 2.8j.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails