Tuesday, April 12, 2016

DUN Sarawak Dibubar Semalam..


KUCHING – Sarawak kini berada di bawah kerajaan sementara mengikut perlembagaan negeri selepas Dewan Undangan Ne­geri (DUN) dibubarkan secara rasmi semalam.
Speaker DUN, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, surat rasmi pembubaran DUN yang ditandatangani oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud pada 31 Mac lalu sudah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan selanjutnya.
Menurut beliau, mengikut Artikel 21 (4) Perlembagaan Negeri Sarawak, persidangan DUN perlu diadakan dalam tempoh 120 hari bermula semalam.
Pilihan raya juga harus diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN.
“Sepanjang tempoh itu, kedudukan Ketua Menteri dan jemaah menteri Kabinet negeri masih kekal sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11).
“Bagaimanapun, kerajaan sementara akan meneruskan urusan dan berfungsi seperti kerajaan negeri. Namun, kerajaan sementara itu tidak boleh meluluskan sebarang projek dalam tempoh itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails