Saturday, April 16, 2016

Air: 1.7Juta Penduduk 4 Negeri Terjejas.

DASAR tasik jelas kelihatan akibat cuaca kering di Empangan Timah Tasoh, Beseri, Perlis pada 12 April lalu.
KUALA LUMPUR – Kira-kira 1.7 juta penduduk di empat buah negeri sukar untuk mendapatkan bekalan air bersih akibat fenomena El Nino yang menyebabkan paras air di beberapa buah empangan semakin merosot.
Johor merupakan negeri paling kritikal apabila Syarikat Air Johor (SAJ) membuat pengumuman untuk melaksanakan catuan air berjadual di negeri tersebut meliputi 85,000 penduduk bermula Isnin depan.
Menurut kenyataan SAJ, langkah tersebut diambil berikutan penyusutan paras air di Loji Lok Heng dan Loji Sungai Gembut di Kota Tinggi selain Loji Sungai Mersing serta Loji Tenglu di Mersing.
“Antara kawasan yang terlibat dalam catuan air itu ialah Felda Bukit Waha, Felda Bukit Easter, Felda Simpang Waha, Kuari Waha, Felda Lok Heng Barat, Felda Lok Heng Timur, Felda Lok Heng Selatan dan Bukit Tentera,” jelas SAJ.
Sementara itu, di Pulau Pinang, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa berkata, bekalan air di negeri itu hanya mampu bertahan sehingga bulan Jun depan. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails