Thursday, April 14, 2016

Bela Muslimah, Perempuan Sweden Bukan Muslim Pasang Foto Hijab..

Seorang muslimah hamil menjadi korban serangan di kawasan Suburban Farsta, Sweden. Insiden itu berlaku Jumaat minggu lalu.

Jurucakap polis setempat Ulf Hoffman berkata, seorang lelaki menghantuk kepala wanita itu ke kereta sambil berteriak-teriak. Hoffman meyakini penyerangan itu didasari motif agama.

Insiden ini menyebabkan sebahagian kaum wanita di Sweden membuat gerakan # hijabuppropet. Mereka mengenakan hijab, meski bukan muslimah, yang mengketepikan mereka di media sosial Twitter dan Instagram.

Penyiar televisyen Sweden Gina Dirawi dan ahli politik Veronica Palm merupakan dua orang dari sekian banyak wanita yang memutuskan bergabung dengan gerakan itu. Mereka ingin menunjukkan rasa simpati mereka kepada para korban penyerangan.

Pimpinan Green Party, Asa Romson ingin membuat perubahan lebih jauh melalui gambar profil mereka di Twitter. Dia menyokong gerakan tersebut.

"Risiko dipukul dan didiskriminasi atas pilihan mereka dalam berpakaian, menjadi kehidupan sehari-hari yang dialami ramai wanita Sweden pada 2013," tulis Romson.

Pengasas gerakan ini, Foujan Rouzbeh dan Nabila Abdul Fattah menulis pendapat berapi-api mengenai hak para muslimah mendapatkan perlindungan. Mereka juga mendesak Menteri Kehakiman Sweden Beatrice Ask untuk segera bertindak memastikan hak muslimah Sweden mendapat jaminan keselamatan dan kebebasan beragama.

(Sumber: viralwomen.com)

3 comments:

Anonymous said...

Perangai rasis dan anti ugama Islam seperti mana DAP wajar ditolak. Jika tidak aliran DAP seperti mana Ramasamy DAP memanggil Zakir Naik Satan mungkin membawa kebencian yg sama seperti mana du Sweden.

Malangnya DAP dibantu oleh talibarut mwreka yakni PAN pimpinan Mat Sabu, Khalid Samad, Mujahid dll

Anonymous said...

Awal2 lagi DAP melawan pakaian menutuo aurat di Malaysia. Apakah nasib muslimah du Malaysia jika Malaysia berkuasa di Putrajaya. Tolak DAP Tolak PAN


Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Seri Khalid Abu Bakar menyatakan siasatan akan dijalankan terhadap Exco kerajaan Pulau Pinang berikutan komennya terhadap khutbah Jumaat mengenai aurat wanita.

Beliau menambah bahawa exco tersebut akan disiasat dibawah seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila membuat komen yang sensitif sehingga boleh menyentuh sensitiviti agama.

Perkara tersebut disahkan oleh Tan Sri Khalid melalui Twitter rasmi beliau sebentar tadi.

Seorang Exco Pulau Pinang mengkritik khutbah Jumaat Jais yang menyentuh mengenai isu tutup aurat bagi mengelakkan daripada dirogol.

Chong Eng berkata, mesej khutbah Jumaat Jais itu memberi maklumat silap mengenai rogol, menyalahkan mangsa rogol dan menunjukkan berat sebelah lelaki dalam kepimpinan agama.

“Malangnya, khutbah Jais memberi maklumat mengelirukan, tidak bertanggungjawab, kurang hormat dan jelas berat sebelah lelaki.

“Mesej tutup aurat langsung tidak membantu mangsa wanita dari segi serangan seksual dan penderaan.

“Sebaliknya, ia mengalihkan kesalahan dan tanggung jawab mencegah jenayah seksual ke atas mangsa dan bukannya orang yang menyerang,” kata Chong yang juga pengerusi Perbadanan Kemajuan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dalam satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, Jais menukilkan khutbah Jumaat bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri.”

Dalam khutbah itu, Jais berkata, wanita Muslim wajib menutup aurat bagi mengelakkan daripada diganggu secara fizikal atau mental, bagi mengelakkan fitnah, pandangan jahat dan perkara yang buruk.

Kejadian seperti rogol, zina dan sumbang mahram boleh dielak jika wanita menutup aurat, menurut khutbah itu.

Chong berkata, penekanan Jais terhadap aurat wanita dan menyalahkan mangsa menunjukkan kepimpinan agama Malaysia tidak sensitif gender atau memahami isu wanita.

Beliau menyeru usaha konkrit dilakukan bagi meningkatkan perwakilan wanita dalam semua sektor, terutama kepimpinan agama.

Chong yang juga wakil rakyat DUN Padang Lalang dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam berkata, rogol membabit perkara lebih rumit daripada kegagalan wanita untuk menutup aurat.

Anonymous said...

DAP dan cangkul wajar diboikot kerana Rejim Pulau Pinang menindas orang kampung melayu Dan India.

Rocket adalah lambang racist yg melampu


Orang melayu ditekan Dan ditindas di Pulau Pinang. Malangnya puak2 Kajang Move Dan GHB tidal pedulikan nasib mereka. Mat Sabu Dan Mujahid adalah kelahiran PPinang. Demi pangkat Dan fulus, kesusahan mereka diabaikan


Kampung Melayu Menjadi Mangsa di Pulau Pinang

Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang berkumpul secara aman pagi tadi sebagai langkah terakhir menyelamatkan rumah dan kampung mereka daripada dirobohkan.

Mereka yang berkumpul sejak malam tadi sehingga awal pagi ini, turut menutup laluan masuk ke kampung itu menggunakan bas, kereta dan tiang konkrit bagi menghalang kemungkinan kereta jentolak masuk dan merobohkan rumah mereka

Tindakan itu terpaksa diambil selepas notis pengusiran mereka dari kampung berkenaan yang diperoleh tuan tanah daripada mahkamah berakhir hari ini.

Walau bagaimanapun, penduduk yang sudah mendiami kampung berkenaan lebih 50 tahun lalu enggan berpindah selepas tidak mendapat pembelaan sewajarnya selain tidak mempunyai hala tuju.

Sementara itu, blog penang-kini menyenaraikan 26 kampung Melayu yang sudah dilenyapkan di Pulau Pinang.

1. Kg Permatang Tok Subuh
2. Kg Buah Pala
3. Kg Pokok Assam,Jelutong
4. Kg Dodol
5. Kg Binjal
6. Kg Batu Uban
7. Kg Tanjung Tokong
8. Kg Bagan Dalam
9. Kg Permatang Tepi Laut
10.Batu Maung
11.Kg Pulau Jelutong
12.Kg Lima Kongsi,Sungai Bakap
13. Kg Teluk Kumbar
14.Kg Dalca
15.Kg Sungai Nibong Kechil
16.Kg Tengah Jelutong
17.Kg Terang Balik Pulau
18.Kg Genting,Balik Pulau
19.Kg Pondok Upeh, Balik Pulau
20.Kg Padang Benggali, Permatang Pauh
21.Teluk Air Tawar
22.Kg Gagah, Bagan
23.Kg Nelayan, Teluk Kumbar
24.Kg Selut Sg Pinang
25.Kg Siam, Pulau Tikus.
26.Kg Mutiara, Batu Feringghi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails